Subscribe:

Monday, September 20, 2010

Perasaan perasan memang best dilayan kan?

Selamat pagi semuaaaaa..Dah makan?

Nah tengok muka saya yang fresh dari ladang pejabat.


P9200125

  Muka perasan comel –_-“
Ini pesen muka saya yang macam baru bangun tidur. Awal pagi lagi teruk. Orang selalu tegur, Kau nampak jalan ke Pentot? Aku tengok mata kau macam takleh bukak je pun. Choy. Tak baik tau. Ai nampak oke. Jelas melas lagi. Tak baik tau.

Pagi ini, bangun dengan perasaan terasa comel yang segar walaupun terasa kelewatan. Tapi bila turun ke bawah, on the way ke bilik mandi sempat saya mengerling ke arah jam. Oh. Masih awal rupanya.

Takpe. Boleh berleka – lekaan mandi – mandian kat dalam bilik air. Jangan tiru aksi ini. Tak elok dok dalam toilet lama – lama ye adik - adik.

Selepas mandi, ketika tengah senang hati bersiap – siap mekap mekapan, kedengaran gerimis menyapa atap zink rumah menghasilkan runut bunyi yang cukup indah. Ecececeh. Ayat sastera abes ah. Skema pulaksBatting Eyelashes

Saya teruskan proses menconteng muka sambil meleterkan diri kepada adik Syafiq yang juga ketika itu sedang bersiap – siap ke sekolah. Time ada ayah mengada – ngada betol budak ni sorang. Semua benda nak ayah yang buatkan. Time ayah keluar awal pegi menoreh dulu senang je nak bangun pegi sekolah. Sekali panggil je dah zap berdesup bangun ke bilik air. Reti pulak dia nak pakai baju sendiri, angkat beg sekolah sendiri, cari stokin sendiri, naik basikal sendiri, masuk pagar sekolah sendiri, parking basikal sendiri, masuk kelas sendiri haha over over.

Sambil berharap hujan berhenti, sambil – sambil pakai losyen ecece dah pandai pakai losyen dah sekarang Tonguesambil jenguk jenguk telefon bimbit dengan satu niat suci murni :- Nak sms Julia/Bad “Bad/Julia tolong punch kat saya sat. Sini hujan la :(” hehe. Boleh la berlewat – lewatan Big Grin. Sebab hujan haa..bukan sengaja oke. Tak suka lah nak lewat – lewat pegi kerja ni [walauuuuuupun kau selalu je sampai pejabat kurang 5 minit nak ke pukul 8]

Belum sempat niat dilaksanakan, tertera sms dari Bad, dia dh tolong punchcardkan. Hujan lebat katanya kat pejabat. Mesti dia dah boleh agak akan kesukaran saya pegi keja kalau hujan. Ini lah namanya kawan. Faham kesukaran dan keperluan kawannya ketika kesusahan kan kan kan? Dan dan je puji kawan kannnnn.

*********

Sesampai ke pejabat, dia atas meja sudah tersedia air mineral. Eh, baik hati betul siapa ini yang letakkan botol air mineral untuk saya kat sini? Wahhh..terima kasih ye.


P9200131

Terus perasan diri ini ada secret admire yang lomentik baik hati bagi ai air mineral sebab tekak sakit kelmarin buat suara ai macam serak – serak gagak basah persis Ella gitu. Terus daydreaming sekejap sambil teka – teka siapa agaknya si secret admire ai iteww *efek gedikDay dreaming

Lepas beberapa ketika selepas sedar dari perasaan perasan yang best itu, baru saya teringat, itu air mineral saya yang kelmarin punya beli kat kedai runcit beli mamee (-___-“). Terus sedar diri kembali.

Haih. Perasan je kau kan Fentot. Sudah sudah. Pergi buat kerja. Bos sudah usya – usya. Cecece bos, konon – konon keluar cari staf la, padahal nak bagi hint kat saya la tu tak p kat bos lagi tunjuk justifikasi lagi x_x. Baik bos. Berita diterima over. Saya buat sekarang. Eh silap. Bos cari Abg Ilyas suruh pegi fotokopi. Perasan lagi. Hmm..

*Blogging, ku seru semangat mu :’(

14 comments

September 20, 2010 12:16 PM

pentot..hehe

September 20, 2010 2:42 PM

@cik helena
ehehe..panggilan manja-.-"

:P

September 20, 2010 5:40 PM

kekadang sakit tekak kan, memang tension

1,000 UV Sehari

September 20, 2010 11:22 PM

@Sharinginfoz
itu la. paling malas bila kena angkat telefon. suara pun romantik semacam jek T__T

September 20, 2010 11:43 PM

haaaaa..baru leh masuk..
koh koh koh...

September 21, 2010 12:27 AM

@Aujinz
jin, kalendar hijrah dalam blog ni yang buat hal..hehe

September 21, 2010 1:20 AM

hahaha, ramai gile rase malas kot nk gi ofis...
kena ade semangat baru setiap hari..hehehe

September 21, 2010 1:56 AM

hahaha.. aku ske cre penulisan ko.. ngan ala2 slh perkataan,, monolog bagai.. tp yg terbaek,, effek ngn icon2 tu.. hahaha~

September 21, 2010 8:23 AM

@cEro
betul.....*mengeluh

September 21, 2010 8:24 AM

@Captain
ehehe..malu ah orang puji. kan dah nak perasan dah ni :">

September 21, 2010 10:26 AM

haha. kelakar... :D

September 21, 2010 10:32 AM

salam kenal..
boleh tahan juga perasaan perasaan cik adik nih..hehehe

September 21, 2010 11:08 AM

@Amir Said
hehe..hari perasan semalaya :P

September 21, 2010 11:13 AM

@Hamizah
hehe. sindrom kadang - kadang.

Post a Comment
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
1Malaysia Blogger Community
Page Rank
MyFreeCopyright.com Registered & Protected blogr.my

BlogMalaysia.com