Slider

Entri selingan, Al-fatihah buat blogger Toh Tuan Tanah

Sunday, September 19, 2010

Sebelum saya pos apa – apa selepas beberapa lama tak pos entri ni, saya nak ucapkan sekalung takziah buat keluarga TTT @ Toh Tuan Tanah yang telah kembali ke rahmatullah pada 17 September yang lalu. Saya terlewat nampaknya. Sangat sibuk lepas raya ni. Keluar pagi balik malam sampaikan tak sempat nak online. Laptop pun biar je pasang takde orang layan.

TTT

Pagi ni, baru ingat nak buka blog. Dapat tahu mengenai pemergian allahyarham melalui blog Fitrihadi. Bila buka page facebook allahyarham, ramai orang dah ucap takziah.

Saya pun, macam FIT kenal TTT dari contest menang blackberry tp saya tak sempat hantar penyertaan sebab masa dah tutup masih takde idea. Walaupun saya tak join, allahyarham sering jugak datang ke blog saya tinggal mesej kat shoutbox. Sangat peramah orangnya.

Apa pun, al fatihah buat allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang – orang yang beriman.

* Saya dah jumpa info mengenai perkataan arwah waktu saya ragu – ragu dulu. Kita tak boleh sebut arwah sebab maksud arwah tu adalah roh. Kena sebut Allahyarham yang bermaksud Allah mengasihi dan bila kita sebut ‘Allahyarham polan’, itu bermaksud ‘Allah mengasihi si polan’. Sambil sebut, sambil kita mendoakan.

** Takde sebutan spesifik untuk si mati lelaki dan si mati perempuan. Semuanya guna allahyarham. Lebih lanjut, sila rujuk sini [klik]. Wallahualam..

6 comments:

  1. alfatihah... ramai meninggal bulan pose n raye ni....

    ReplyDelete
  2. @enjelinajolipit
    tu la. ajal kan..sama - sama lah kita beringat.

    ReplyDelete
  3. innalillahiwainnailaihirajiun.

    actually both 'arwah' and 'Allahyarham' are not grammatically correct in Arabic. its a malay tradition adopted from india (muslim india) and there is no any religious obligation to us to use those.

    ReplyDelete
  4. @Benrauf 2.0
    oh. mcm tu..tapi mcm mana pulak kita nak address si mati kalau mcm tu?

    ReplyDelete
  5. Sorry tak perasan ada soklan tambahan. Tak ada religious obligation untuk address yang mati dengan arwah/allahyarham. itu just our tradition dan tak ada kaitan dengan tuntutan agama. Kalau tengok hadis, Nabi cuma sebut nama je. Kecuali pada arwah para Nabi, kita digalakkan memberi salam. so terpulanglah nak panggil si mati tu arwah ke allahyarham ke almarhum ke mendiang ke atau the late ke. saya just nak bagitau itu bukan daripada mana-mana ajaran Islam je. Takut bercampur yang mana satu tuntutan yang mana satu tradisi. Itu je. :)

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright