Subscribe:

Monday, February 7, 2011

Hari Terbuka Pusat Observatori Negara Langkawi

Ini cerita sudah lama. Tapi mahu update jugak.

Sedikit cerita. Hai, nam
a saya FINA
Tak pernah sampai kesini. Tak pernah tahu kewujudan tempat ni pun sebenarnya. Tengok - tengok dah tersergam indah nun di celahan hutan Bukit Malut berdekatan empangan. First time juga sampai ke empangan ini sebenarnya.


Pegi sini pun sebenarnya ada event. Majlis perasmian balai cerap pusat ni oleh YB Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia. Itu berlaku pada malamnya. Sebelah siangnya diadakan aktiviti untuk penduduk Langkawi. Aerobik, jogging pagi, pertandingan mewarna untuk kanak - kanak, pameran, ceramah by Dr Faiz etc etc etc *tak ingat sebenarnya.


Nak dijadikan cerita, beberapa hari sebelum tu dah perasan satu MPV kalo tak silap park kat parking pejabat. Then tertulis kat pintu kereta tu perkataan ANGKASA. Kat bawah perkataan ANGKASA tertera perkataan Pusat Oberservatori Negara Langkawi. 


Time tu sangkaan mestilah lokasi pejabat diorang kat atas Gunung Raya dimana terletaknya pusat pemantauan satelit Tiungsat-1 tu. Pastu salah sorang yang turun dari kereta tu pulak bawak banner yang lazimnya perlu dicop kat pejabat sebelum boleh gantung kat mana - mana station banner kat kawasan jajahan pulau ni.


Then the next day, Cu (maksu) ajak g Bukit Malut. Ada aerobik katanya. Pukul 6.45 pagi. Mak tak dapat join sebab ada kenduri. Pukul 6.00 pagi yang masih gelap tu nak gagah naik skuter g umah Cu then pegi sekali dengan Cu n adik sepupu adalah satu keberatan buat saya. Gelap kot. Dah la tak biasa sangat lalu jalan nak ke Bayas tu. Maka joinlah saya pegi ke sana pada pukul 10.00 lebih.


Sesampainya kat sana..masya-Allah..sangat indah kawasan tu. Tak sangka ada juga tempat secantik tu kat Langkawi ni. 



Ini dam - empangan





Persekitarannya sangatlah cantik <3
tak tahu lansung kewujudan tempat ni


cerap matahari
teruja sekejap dapat tengok matahari secara live :D

syabil & aisyah
benda kat belakang tu mcm bergerak2 @_@

Dr. Faiz si yang berbaju hitam

Oh oh..yang buat saya kuciwa sikit tu adalah bila mendapat tahu yang Dr. Faiz ada join aerobik+jogging pagi yang seawal 6.45 pagi tu :(


Kalau lah saya tau, sanggup ku redah gelap pekat pagi kejut ayah mintak p hantaq ke umah Cu :D


Dapat la bergambar barang sekeping dua dgn Dr. Faiz. Itu pun lepas Cu tahan dia sebelum dia masuk bagi ceramah. Hee..sori aaa Doc for taking your time :D


Jaaadiiiilah..
Gambar ni tak letak watermark
sebab curik kat fb adik sepupu :P


Oh ya, tempat ni bukan senang - senang boleh diakses begitu sahaja seperti tempat - tempat tarikan pelancong yang lain. Hanya yang berkenaan saja dapat masuk ke tempat ni. Ahem..bapak sedara ai penjaga dam ni. Dapat lah bodek2 masuk ke tempat ni besok2 ehe..


Okai. Tu saja. Bai.


fanpage : Langkawi National Observatory, ANGKASA  


berita dari ANGKASA ada kat sini


Hai, nama saya FINA

10 comments

February 8, 2011 9:39 AM

lame suda x g langkawi..
macam best je.
;D

February 8, 2011 2:31 PM

@saya_arief
memang best hee..nak datang gtau je ehehe

February 9, 2011 9:28 PM

salam kenal fina
dah ada benda baru kat langkawi ni.. tempat ni mmg dibukak utk public ke?

February 10, 2011 6:08 AM

walahhh, smart la kan pemandagan diaa! wuwwwww.

eh BCR dah tukar cara chat, dtg belog aku tengok kat bawah tu. jom lah join! ngee

February 10, 2011 9:30 AM

bila le nak pi langkawi ni

February 10, 2011 1:43 PM

tambah lagi satu tarikan kat langkawi. hehe. tak pernah sampai lagi kat sana.

February 11, 2011 2:39 PM

@CikSembang
malangnya tak dibuka untuk public..

tempat ni saya baru tahu tapi rasanya dah lama dibina :P

February 11, 2011 2:42 PM

@AISHA INANI
dah tukar. hehe. makasih sebab gtau :D

February 11, 2011 2:45 PM

@Sharinginfoz
hehe..nak mai gtau la ye :D

February 11, 2011 2:47 PM

@Amir Said
huhu..senang - senang datang la sini..

Post a Comment
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
1Malaysia Blogger Community
Page Rank
MyFreeCopyright.com Registered & Protected blogr.my

BlogMalaysia.com