Subscribe:

Sunday, February 20, 2011

Saya tak suka surprise. Tapi tak tau kenapa surprise yang ni buat saya terharu..

Hari tu kan (17 Februari 2011) meeting yang sepatutnya dijalankan pada pukul 10 pagi ditunda ke pukul 11.15 pagi sebab bos ada urusan diraja (ayat suma nak grand, padahal menyambut kerabat je pun :P). It was my birthday that day dan saya ingat orang - orang kat ofis tak perasan pun *mode sedih sekejap T__T. Tapi jadi sebaliknya bila ada dua 3 4 5 orang yang tegur and wish my birthday *mode terharu pulak :-s

Lepas habis meeting masing - masing bergerak ke ruang makan. Waktu paling best kalau ada meeting ; waktu melahap. Pak Lek masak sedap oh. Tak nyesal kalau tempah kat dia. Sepulangnya dari meeting, semua menjadi sibuk mengerjakan kerja yang telah diberi mengikut arahan bos (sila bayangkan satu situasi busy macam kat pejabat CSI waktu ada kes). Bos juga turut serta duduk disebelah melihat perkembangan serta memberi tunjuk ajar. Skema semacam pulak part ni.

Waktu tengah sibuk - sibuk dok keletuk keletak keyboard komputer, Julia bersuara nak keluar sekejap. Okai lah. Tade hal. Walaupun selalunya dia ajak kalau nak kemana - mana tapi kali ni tak ajak dan terasa jugak kat situ tapi...taaakpelah. Ada hal personal tu kot. Teruskan kerja *taip taip taip.

Sepulangnya dia, dia bawak seperti sebungkus apantah tak dapat dipastikan isinya dan secawan air. Eh, gi beli makanan lagi? Baru lepas makan je kan..Sambung buat keja..

Tengah kusyuk buat keja, bos tegur..

"Eh, tu kek sapa pulak?"
"Sapa lagiii..besday girl laahh hehe" sambut Julia.


Terus pandang kat Julia. Oh my goat! Dia p beli kek rupanya T____T *terharu serta merta.

To be frank, saya jarang celebrate birthday dengan kawan - kawan dan tak pernah buat majlis pun untuk birthday saya. Sekadar makan - makan dengan family pun dah cukup. Well, it's just a birthday kan. Kalau saya betul - betul nak celebrate birthday, saya nak celebrate tepat - tepat waktu kelahiran saya which is pukul 3.40 pagi. HAHA. Sapa sanggup attend kalau saya buat? :P

jus bos belanja :P

Thanks korang ♥ kek ni sangat sedap
Tenkiu ♥
Bos tanya, "Ini birthday yang keberapa ni?"


Yang tau takpelah, yang tak tau tu, korang agak2? Hehe..

Hai, nama saya FINA
A

16 comments

February 21, 2011 12:10 AM

happy birthday fina..
yang pasti.. masih muda belia..
:D,
semoga success dalam hidup..

February 21, 2011 9:08 AM

@cikgu isza
terima kasih cikgu ;)

aminn..

muda tu tak muda la sangat. dah berat ke 30 dah :P

February 21, 2011 10:54 AM

sedapnye kek kau pina....taon ble agaknye ko nk buat b`day party kol3.40pg tu...?

February 21, 2011 11:31 AM

@aza shafiza
haha..tu saya pun taktau. tunggu kawen kot nanti. celebrate berdua je ngn suami..aish..malu pulak rasanya cakap cmtu :P

February 22, 2011 12:15 AM

Sape cakap tak akan ada org datang pukul 3.40 pagi??
PKe sanggup datang,tapi dengan syarat buat besar-besaran..Makanan nak kena banyak..hehe

p/s:biasalah,benda free..huhu

February 22, 2011 10:07 AM

@Pejuang Kesenian Extreme
hahah..sanggup eh? nanti kalau nak buat saya jemput naa hehe

February 22, 2011 8:27 PM

hoho pekerja kesayangan bos ni...memang bertuah ar.. heheh

- Fitrihadi.com -

February 23, 2011 12:53 PM

GEGAR BLOG ANDA kesini

wah........baru lepas sambut hari lahir yer..
happr belated birthday fina..semoga pjg umur dan dimuahkan rezeki

February 23, 2011 6:17 PM

happy belated birthday cik fina. sorry lmbt wish.

semoga apa yg kamu idamkan tercapai yer. *hugs*

February 24, 2011 8:24 AM

@Cik Adza
makasih cik adza syg :x

amin amin amin ya rabbal alamin...

*hugs

February 24, 2011 12:52 PM

sama sama hikhik~



:p

February 25, 2011 2:09 PM

happy bdayyy, sorry late wish, baru baca, ekeke

February 28, 2011 9:40 AM

@Bro Fit
takdelah kesayangan..kebetulan dia ada time tu kat situ ehehe..

February 28, 2011 9:41 AM

@Citarasa Rinduan
aminnn..terima kasih ye :)

February 28, 2011 9:41 AM

@Azza Firza
Thanks ye dik :)

February 28, 2011 9:46 AM

@1145119668453870303.0
:D

Post a Comment
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
1Malaysia Blogger Community
Page Rank
MyFreeCopyright.com Registered & Protected blogr.my

BlogMalaysia.com