Slider

Hujan lebat di sebelah Utara. Sorryy bos, saya cuti dulu baru isi borang ye >.<

Thursday, March 31, 2011

Kelmarin dulu (Selasa) saya cuti. Hujan lebat gila. Tak boleh naik moto dalam keadaan tu. Ingatkan hujan sekejap sekejap je sebab selalunya camtu. Boleh dikatakan sepanjang hari tu hujan. Tunggu hujan berenti tapi tak berenti – berenti jugak, sms kat Julia cakap saya amek cuti hari tu. Julia juga mengalami masalah. Kereta tak dapat dihidupkan. Enjin masuk air kot. Terpaksa ke pejabat lewat. 7.45 pagi keatas adalah lewat bagi Julia sebab dia selalu masuk keja dalam pukul 7.20 pagi – 7.30 pagi camtu. Saya ni, awal – awal masuk keja je la sampai awal kat pejabat. Tapi sekarang, haha..lagi 5-10 minit nak ke pukul 8.00 pagi baru sampai. Berdedikasi kan kan kan? Baiklah tak.

P3271009_julia_kakmilah
Julia si penggemar pink

Terasa sangatlah heaven sebab dapat sambung tidur balik. Aktiviti adalah sangat terhad dimana tak boleh basuh baju sebab hujan lebat, dah tu pulak mesin basuh rosak lagi, maka terpaksa keringkan baju yang tengah lembap – lembap yang telah dibasuh (oleh emak) pada hari sebelumnya.

Lepas inform Julia, sms Hafis pulak. Pesan itu ini lebih kurang, handover kerja yang perlu dihabiskan, tinggal wasiat dua tiga ketul, terus sambung tidur balik. Punya la best dengan hujan lebat sepanjang hari tanpa mengetahui apa jadi kat luar, tidur tanpa rasa bersalah. Macam tidur waktu malam je amannya. Hujan la katakan.

P3301105_buatkejadalamujan
Buat keja dalam hujan lebat. Rajin kan? 
– gambar takde kena mengena Tongue-

Waktu tersedar tu, keadaan pada masa tu (hujan masih lebat) macam pukul 9 – 10 pagi je rasanya. Sekali tengok jam, haa ambik kau dah pukul satu. Turun ke bawah, konon nak buat makan tengahari la. Tapi menengokkan nasi lemak pagi tadi yang ayah belikan masih lagi berbungkus – bungkus terus tak jadi masak.

Tak masak tengahari. Rugi kalau masak pun. Tak habis punya. Syafiq pun lepas balik sekolah kadang – kadang je dia makan. Pukul 2 ptg dia balik, penat agaknya dia bantai tidur sampai ke petang. Hujan katakannn..

Online sekejap, offline. Pastu online balik pastu offline and so on and on and on.

Boooring weh. Tambah – tambah hujan – hujan camni. Tidur je la kot yang best pun. Tidur lama – lama pun boleh buat badan letih balik. Tengok tv, melayan si kecik syabil, tengok tv balik bla bla bla..

DSC_1282_NSF
Syabil Red heart

Petangnya, ayah balik dengan tangan yang penuh dengan makanan. Beli kat pasar malam. Ada apam balik, keropok lekor, laksa beras (laksa buat sendiri), DURIAN etc etc etc. Terus rasa berbaloi percutian ni. Kalau kau pegi keja pun sama jugak perasaannya ceh.

Oh. Hari ni pun saya cuti TongueProgram untuk Mac sudah setel! Yeahuuuuuu..Baiklah, kena start plan untuk April pulak T__T.

Saya guna font lain untuk entri ni. Rasa lebih refreshing. Hnsssf *tarik nafas kesegaran..

Tu pun nak cakap.

Pasni saya padet pasal kejadian kelmarin (Rabu 30/3/2011) – letak tarikh. Skema gila.

Baru lepas kaya sekejap. Nak pi KFC belanja family makan.

Dedaa..

4 comments:

  1. eh seharian eh hujan?
    kawasan kau tak kena banjir ker?

    ReplyDelete
  2. @Raji
    ada jugak kawasan yg air naik. Tp takde la seteruk kat kawasan tanah besar sana..

    ReplyDelete
  3. @nelly
    syok syok jugak..tp kalau dah lebat sangat, bahaya jugak hehe

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright