Slider

Buka Puasa di Artisans Pizza, Langkawi

Thursday, August 25, 2011

Buka puasa di Artisans Pizza dengan Julia kelmarin (24 Ogos 2011 – Rabu).


Klik gambar untuk ke sumber.

Julia pilih Meal A, saya pilih Meal B + Mushroom Soup *tamak

Meal A - Julia (RM10.50)

Pizza 6” (Sangat sedap pizza dia!)
Sup Cendawan (Mushroom Soup)
Sirap Bandung
2 hirisan buah hari ini
(fruit of the day)
kurma free

Meal B Cipina – RM 19 (RM15+RM4)

Spaghetti (Rasa dia boleh la..sedap jugak. Kuah banyak & isi ayam pun banyak!)
Sirap Bandung (Diorang serve awal, so ais mencair and you-know-how's-the-taste la kan. Kalau dia serve lagi 10 minit nak waktu berbuka lagi sedap.)
2 hirisan buah hari ini (fruit of the day) – dua hiris tembikai susu yang sejuk!
kurma free
tambahan – sup cendawan (Mushroom Soup)

Sup cendawan dia not bad kalau hirup macam tu saja. Tapi kalau cicah dengan roti bawang putih (garlic bread) mak aiiiiiiiiiiiiiiiiiiih. Marvellousss!

Gambar pulak.

P8241486Suasana di dalam restoran yang berkonsepkan minimal
*memandai je kau

P8241484Mushroom Soup + garlic bread (RM4)

 P8241493      P8241488
Sirap Bandung & Kurma

P8241487Jam kat hp ni cepat 15 minit

P8241494 Pizza yang nyummmmmmeh! Julia punya.

P8241490Spaghetti saya

Serius kenyang. Lepas tu g jalan – jalan kat Uptown Kuah sambil tunggu mak ayah beli pinggan mangkuk kat Ram’s. Mak ayah datang Kuah lepas buka puasa. Mak nak beli pinggan kat Ram’s sebab tengah promosi.

Oh.

Ramai orang dah sedia maklum kalau nak beli pinggan mangkuk kat Langkawi ni, mesti ke Haji Ismail Group atau Idaman Suri kan? Ada lagi satu tempat. Ram’s (M. Chuharmall). Dulu Ram’s ni terletak kat Pandak Mayah. Tapi sekarang diorang buka cawangan baru kat Pekan Rabu. Satu gudang untuk beli dalam kuantiti yang banyak n satu lagi kedai kat bangunan berhadapan. 2 tingkat. Ada pinggan mangkuk, cokelat, barang – barang hiasan, cadar katil, langsir, karpet n banyak lagi.

Nanti lah kalau rajin saya buat review. Sekali dengan gambar kedai & lokasi dia.

Hari ni balik 3.30 petang. Ada yang dah mula cuti n get ready nak balik kampung. Selamat pulang & berhati – hati di jalan raya ye Smile

selingan..

P8251495Julia balik kampung hari ni kebetulan naik feri yang sama dengan bos dia. Suka. Haha.

Selamat berbuka!

Anda klik, anda comel Smile with tongue out

12 comments:

  1. ok. sedap/. tak bole komen lebih2 di bulan posa

    ReplyDelete
  2. @JelinaJoli
    amboih. boleh camtu..haha

    ReplyDelete
  3. @Hans
    paling sedap pizza tuuu tsk rugi tak order haritu..

    ReplyDelete
  4. terasa nak gi makan pizza la...

    p/s apsal blog awak bila bukak ada bunyi meletup meletup eh?

    gedegukkk degukkk degukk...

    ReplyDelete
  5. @Shawn Razaleigh
    saya pulak tak pernah sesuka iniiiiii <3

    ReplyDelete
  6. @Zulfikar Hazri
    pizza tersedap yang saya pernah rasa setakat ini..

    Hoh? gedegukk deguk macam org minum air kah?

    err..err

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright