Slider

Pengalaman Pertama Puasa Syaza

Sunday, August 14, 2011

Hai, semalam sempat berbuka puasa dia luar bersama keluarga.

KOLAJ
Macam tahun – tahun sebelumnya, berbuka di restoran yang sama iaitu di
Restoran Wan Thai, Langkawi Mall, Kuah, Langkawi. Sebab? Sedap.

Tahun ni jugak merupakan tahun pertama Syaza (4 tahun++) berpuasa. Sebelum ni kalau di Putrajaya, puasa dia agak kurang mencabar sebab kat rumah cuma ada ibu, abah dengan adiknya saja.

Tapi bila balik kampung, jumpa pakcik dia (12 tahun), paksu (3 tahun) dia dan jugak maksu (5 tahun++) dia, puasa dia sedikit mencabar memandangkan hanya dia (tak termasuk pakciknya) yang berpuasa.

Bila dah balik kampung ni biasa la kan..budak – budak..mesti nak main je kan.

Macam tu la jugak Syaza. Punya seronok bermain sampai dia lupa yang dia tu puasa.

Bila dah badan dah letih dan kedahagaan, cabaran bermula.

(berdasarkan dialog sebenar – err..lebih kurang sebenarnya)

Scene 1

“Maklong, nak aiiiir”

“Eh tak boleh..Syaza posa”

“Tapi Maksu tak puase. Dia minum air tadi”

“Err..nanti dia tak dapat duit raya..haaa..maksu tak dapat duit raya nanti. Syaza puasa penuh nanti dapat duit raya. Maklong bagi, ibu lagi, abah lagi, uwan lagi, pak lang mat lagi..bla bla bla..”

Sabo je lah aku boleh g bagi alasan camtu-.-

; maksunya adalah anak mak sedara saya. Tua beberapa bulan dari Syaza kalau tak silap. Cuma saiz badan maksu lebih besar dari Syaza.

Scene 2

Lebih kurang pukul 4++ petang, paksu kelaparan. Maka dimintanya nasik. Lepas dengar paksu dia mintak nasik, dia pun mula la..

“Mak Longggggg, nak nasik”

“Eh eh. Mana boleh makan nasik. Syaza kan posaaa”

“Tapiii..kenape paksu tak puase?”

“Paksu kecik lagi..Syaza dah besar kena la posaaa..”

“Paksu pegi makan jauh – jauh. Jangan makan depan Syaza. Syaza puase.” Tegas bagi arahan.

Nasib baik la Syabil tak buat hal makan nak makan depan tv.

Kelmarin, kami sekeluarga berbuka di luar. Syaza letih gila kelihatannya. Mana taknya, siangnya main tak ingat. Sampai kena jerit – jerit nak suruh dia berhenti main.

P8130123Sabar menanti waktu berbuka.

P8130125
Tok : Paksu kena tunggu Syaza berbuka dulu baru makan tau.
Paksu Syabil : =.= *korehkoreh pinggan nasik.


P8130135

 Si kecik

Syasya pun sama naik nak berbuka Nyah-Nyah
[klik untuk entri Selamat Datang Syasya]

Waktu berbuka, dia minum air soya setin habis. Pastu makan sotong goreng beberapa ketul dan lepas tu cergas semula. See.

buka puasa 2011 gif


Lepas berbuka, pegi shopping sikit di Billion. Beli bantal sebijik. Tengah offer 60%. Dari RM60++ tinggal RM20++. Tunggu apa lagi. Rembat la kan. Kebetulan beli cadar baru, sarung bantal dia besar gila. Tak padan dengan bantal kabu yang kecik cinonet ai tu-.- boleh lipat dua lebihan sarung tu Smile with tongue outTapi last last bantal baru tu dok kat kaki. Sedap bantal kabu jugak Nyah-Nyah

 

Selamat berpuasa!

10 comments:

  1. COMELny syaza!! mcm nk cubit je pipi dia.. hik3.. bestny buka kat luar ngn family.. jeles! hahaha.. blik t, nk ajak abah buka kat luar jgakla.. ^^

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa syaza!!~ utk fina gak..

    nk tunggu crita syabil puasa plak.. hikhik~

    ReplyDelete
  3. @Farhana Jafri
    Ahah..syaza ke syasya? :P

    ReplyDelete
  4. @Cik Adza
    ahaha..syabil tunggu tahun depan kot huhu..

    ReplyDelete
  5. wah ! restoran Wan Thai ! lama tak datang sini . =)

    ReplyDelete
  6. @HEROICzero
    kebanyakan yang datang langkawi mesti tak terlepas restoran nih..datang lagi!

    :D

    ReplyDelete
  7. mesti kelakar kan budak2 kecil tunggu waktu berbuka
    ekekekkke

    ReplyDelete
  8. @Hans
    Hahah..slalunya ibu syaza akan suruh dia baca doa awal - awal sebelum azan sebab kalau suruh baca lepas azan, kirim salam. dia rembat air dulu huhuhu

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah .

    2tahun habis masa belajar sana .


    ada rasa nak pergi sana lagi .


    =)

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright