Slider

Petua Untuk Memutihkan Leher atau Ketiak Hitam

Sunday, October 23, 2011

  1. Sediakan bahannya iaitu kunyit, limau nipis dan timun.
  2. Perahkan limau nipis.
  3. Manakala timun hendaklah dikisar halus untuk mendapatkan ekstraknya.
  4. Seterusnya, anda tumbukkan sedikit kunyit.
  5. Campur dan gaulkan perahan limau nipis serta ekstrak timun tadi dengan kunyit hingga sekata.
  6. Akhir sekali, sapukan bahan-bahan tersebut pada bahagian bawah leher atau ketiak.
  7. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam.

sumber : Pak Ngah

#ww Wordless Wednesday (Kedu Rabu)#7–Ohhh comment button..you don’t know how much I miss you~

Wednesday, October 19, 2011

 

 

comment button

Follow my blog with Bloglovin

Salah satu sebab saya suka Melaka :)

Friday, October 14, 2011




C, thanks pasal dinner tadi..berselera jadinya makan dengan you. Sampai berapa pinggan I tambah. Mak ayah I pun sama. Diorang suka you. Lepas ni diorang nak makan dengan you lagi :) Thanks ye ♥...

C, walaupun ramai yang tak suka you sebab bau you, tapi I tak kisah. Mak ayah I lagi tak kisah. You buat kami bahagia ketika di meja makan tadi.

Tak payah you rasa rendah diri dengan kelemahan you tu, sebab bagi I, itu yang buat you ‘sedap’ hihi Blushing

Thanks C..








..encalukLove Struck


Sedapnya Ya Allah sampai 4 kali tambah nasikDrooling




Awat. Ampa ingat apa ha?? hahahaLaughing

P/s – Cencaluk ni dibeli oleh rakan sepejabat, Abg Asri waktu dia ke Melaka untuk lawatan kerja. Tenkiu abg Asri.



Jangan marah aaa..nanti kena jualllBatting EyelashesHee hee

Akak nurse, bawak kereta elok–elok boleh?

Wednesday, October 12, 2011

Hai,

Hari ni di jalan raya saya kecewa.

Keluar dari rumah ke tempat kerja macam biasa. Sempat bernyanyi riang selagu dua sambil berlatarbelakangkan sawah di kampung. *Sempat berangan tengah buat videoklip seround*

Seronok bawak skuter hari ni sebab kat jalan tak banyak kenderaan sangat.

Lepas pada traffic light depan PETL (Pasaraya Ekonomi Taman Langkawi), selalunya samada akan pecut skuter tinggalkan kenderaan lain atau biarkan kenderaan lain lepas dulu. Kat situ bahaya sikit, selain kawasan sekolah, ada selekoh yang tak berapa nak tajam sangat la. Tapi kalau silap percaturan, dapat la merasa cium divider kat situ hehe.

taman langkawiLampu isyarat Taman Langkawi. Nampak tak bumbung bangunan 4 segi di sebelah kanan tu?
Itu kami panggil sekolah atas bukit..tahu sebab apa?
..sebab sekolahnya memang dok atas bukit. LOL.

Waktu melepasi kawasan sekolah, kat depan saya di lane kiri ada shuttle van. Kat lane kanan ada sebuah kereta - Kancil @ Kelisa tak dapat dipastikan tapi saya masih ingat nombor plate kereta beliau. (Sehingga entri ini ditulis).

Saya tak potong van atau kereta tu sebab time tu tengah membelok. Tiba – tiba kereta Kancil ke Kelisa ntah yang berada di lane kanan terus makan jalan van tadi. Van tadi terpaksa mengelak & memberi hon tanda amaran.

“Wehhh..kuajaqnyaaaa” perkataan ini otomatik terpacul dari mulut saya. Sorang – sorang atas skuter. Bercakap dengan diri sendiri. Bengang.

Serius nampak van tu sedaya upaya mengelak dari terlanggar kereta tu. Kadang – kadang situasi camtu boleh buat jantung ni nak luruh sekejap walaupun hal kecil. Kat jalan jangan main – main ye. Jalan raya & kemalangan ni dah macam adik beradik. Dimana ada highway, di situ ada eksiden.

taman langkawiKejadian tu berlaku di kawasan yang dibulatkan

Lepas dah lalu selekoh kedua dan melepasi lampu isyarat, ambil lane beri laluan, terus saya pecut skuter nak tengok siapa yang biadap sangat bawak kereta macam tu. Pecut pun sebab time tu kat jalan cuma ada skuter saya ngn kereta tu. Kereta lain masih di belakang sebab baru lepas lampu isyarat.

Bila dah sampa kat sebelah kereta dia..

Ohhooo..

Seorang perempuan. Tangan kiri di stereng..

Tangan kanan pegang hp.

Seorang nurse.

Kak, kamu tu pakai uniform. Uniform nurse. Seorang nurse dikenali dengan sifat penyabar, sentiasa memberi senyuman manis, lemah lembut budi bahasa dan tutur kata, sopan santun serta mempunyai sifat empati yang tinggi. Nak jadi nurse ni nampak je senang.

Tapi kalau tak ada nilai kesabaran yang tinggi, kalau tak reti nak bersopan, kalau tolong jangan jadi nurse. Pesakit yang dok sakit tu lagi sakit jadinya nanti.

Macam tu jugak kat jalan raya. Akak dah lambat sangat ke nak pegi kerja sampai bawak kereta macam orang mabuk ni? Ikut dannn je. Spoil mood ai tau. Lagu yang ai dok nyanyi tadi pun dah lupa.

Saya respek dengan nurse – nurse yang menjaga allahyarham nenek saya dulu. Terima kasih banyak – banyakHappy

Mata kail, mata kuyu
You like, i love youBlushing

Ep. 2 - Langkawi–K.Perlis–Changlun–Danok–Padang Besar–K.Perlis–Langkawi..

Thursday, October 6, 2011

Sambungan dari Ep.1 -  Langkawi–K.Perlis–Changlun–Danok–Padang Besar–K.Perlis–Langkawi

Balik semula ke UPP. Suami kakak sepupu beli pulut ayam yang dikatakan sedap tu. Tapi sampai – sampai je rumah yang dituju, koey teow goreng dengan air kiwi sedia menunggu di atas meja. Kan saya dah cakap tuan rumah adalah rajin memasak. Banyak pulak tu dia masak.

Photo-0088_thumb
Yang berbungkus – bungkus dalam plastik tu adalah pulut.
Ayam 10 ketul dah selamat masuk pinggan.

AutoPadang BesarAuto

Lepas habis solat Jumaat, bergerak ke Padang Besar (belah Siam) pulak.

P9300409_thumb

Otw ke Padang Besar. Lalu ladang tebu. Cantik~

Sesampainya di Padang Besar, kami ke Pasaraya Yeoh Shin kalau tak silap.

P9300412_thumb

Sebab suka, ai rembat 3 bijik beg – beg ni.

P9300413_thumb

Walaupun dah mintak kebenaran nak amek gambar,
tetap takut – takut nak snap banyak – banyak.

P9300417_thumb

Skuter – skuter dia comellll~y17_thumb[4]

P9300419_thumb

Parking yang disediakan oleh Pasaraya.

P9300420_thumb

Bangunan dia lawa & bersih.

P9300422_thumb

Pulut mangga yang nyams~

Lepas dah setel di Padang Besa belah Siam, kami berkejar ke Padang Besar Malaysia pulak. Pegi dalam keadaan rushing sebab kejar masa. Time tu dah pukul 5++. Sangkaan kami feri last pukul 6.30 petang. Beli apa yang patut, terus berkejar balik.

Sesampainya di Jeti, terus ayah keluar beli tiket. Feri last adalah pukul 7 rupanya Smile with tongue out

Masuk je ke dalam balai menunggu, tuuuuuudia! Macam pusat penempatan sementara mangsa banjir. Sesak! Sib baik area kami duduk tu orang tak berapa ramai (ada kerusi kosong). Dapat kerusi betul – betul depan kipas lagi huhu.

P9300423_thumb

Photo-0101_thumb

Snap pakai hp sebelum naik feri.

Sampai ke rumah dalam pukul 9++ (makan siap – siap kat Abg Man Tasik sebab penat sangat dah nak masak). Upload gambar sekeping ke fb, *sudah selerah apa yang patut, tido.

Sekian.

Bai

*sudah selerah = selesaikan

Ep. 1 - Langkawi–K.Perlis–Changlun–Danok–Padang Besar–K.Perlis–Langkawi…

Wednesday, October 5, 2011

..dalam masa satu hari.

Best gila.

Planning last minute. Punya excited sampai janji nak jadi urusetia pendaftaran sukaneka kampung pun ai lupa. Sorry Fida.

AirplaneDari LangkawiAirplane

P9300340Dalam feri

P9300342Hantu bonceng

P9300343

My Ferry - Seat tak penuh (feri 2 tingkat)
Sejuk sampai kebas jari kaki. Sib baik tak kena frostbiteBaring teeth smile

P9300344Random

P9300351Kena bangun awal Red heart

P9300362

Kuala Perlis – air cetek

P9300363Nak sampai dah

AirplaneKuala PerlisAirplane

P9300369

Time ni dah dapat kereta sewa. Amek kereta dulu, bayar lepas hantar.
Kelass kan?

Tak sempat nak snap banyak – banyak sebab keadaan di Jeti Kuala Perlis tu macam sibuk sikit. *Semak perut #orangutarakata

AutoChanglunAuto

P9300371Tosey. Besarr punya.
Makanan kat mamak ni mahal gila.

Lepas makan gerak ke rumah kakak sepupu. Seorang business woman. Masuk dalam rumah dia, separuh ruang tamu penuh dengan stok baju – baju yang baru sampai.

P9300380
Korang boleh agak berapa nilai loket ni?
Kalau saya gtau mesti tak percaya.

P9300374Baju 1 Malaysia pun dia ada jual huhu.

Lepas berborak lebih kurang, kami bergerak ke destinasi.

P9300383-horz
Singgah sekejap di UPP. Tukar kereta.

P9300385
Mak, kakak sepupu & tuan rumah yang ramah & rajin masak.

AutoDanokAuto

P9300386

Nak sampai dah

P9300388

Danok

P9300391

Border

P9300392

Danok

P9300394

Tempat pertama.

P9300395

Beras. Macam – macam jenis!

P9300402

Pekan Danok.

Time ni dah nak balik. Waktu shopping, tak sempat ambik gambar. Mana taknya, rambang mata memilih barang. Terus lupa kameraCamera

 

Masuk kereta baru teringat kamera balik hehe.

 

Pekan Danok.

Photo-0077Photo-0081

P9300403

Photo-0082

Bai Danok!

…Sambungan di Ep. 2 Langkawi–K.Perlis–Changlun–Danok–Padang Besar–K.Perlis–Langkawi…

 

*semak perut = tak senang duduk/tak selesa

Kalau rajin boleh Like.

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright