Wednesday, October 12, 2011

Akak nurse, bawak kereta elok–elok boleh?

Hai,

Hari ni di jalan raya saya kecewa.

Keluar dari rumah ke tempat kerja macam biasa. Sempat bernyanyi riang selagu dua sambil berlatarbelakangkan sawah di kampung. *Sempat berangan tengah buat videoklip seround*

Seronok bawak skuter hari ni sebab kat jalan tak banyak kenderaan sangat.

Lepas pada traffic light depan PETL (Pasaraya Ekonomi Taman Langkawi), selalunya samada akan pecut skuter tinggalkan kenderaan lain atau biarkan kenderaan lain lepas dulu. Kat situ bahaya sikit, selain kawasan sekolah, ada selekoh yang tak berapa nak tajam sangat la. Tapi kalau silap percaturan, dapat la merasa cium divider kat situ hehe.

taman langkawiLampu isyarat Taman Langkawi. Nampak tak bumbung bangunan 4 segi di sebelah kanan tu?
Itu kami panggil sekolah atas bukit..tahu sebab apa?
..sebab sekolahnya memang dok atas bukit. LOL.

Waktu melepasi kawasan sekolah, kat depan saya di lane kiri ada shuttle van. Kat lane kanan ada sebuah kereta - Kancil @ Kelisa tak dapat dipastikan tapi saya masih ingat nombor plate kereta beliau. (Sehingga entri ini ditulis).

Saya tak potong van atau kereta tu sebab time tu tengah membelok. Tiba – tiba kereta Kancil ke Kelisa ntah yang berada di lane kanan terus makan jalan van tadi. Van tadi terpaksa mengelak & memberi hon tanda amaran.

“Wehhh..kuajaqnyaaaa” perkataan ini otomatik terpacul dari mulut saya. Sorang – sorang atas skuter. Bercakap dengan diri sendiri. Bengang.

Serius nampak van tu sedaya upaya mengelak dari terlanggar kereta tu. Kadang – kadang situasi camtu boleh buat jantung ni nak luruh sekejap walaupun hal kecil. Kat jalan jangan main – main ye. Jalan raya & kemalangan ni dah macam adik beradik. Dimana ada highway, di situ ada eksiden.

taman langkawiKejadian tu berlaku di kawasan yang dibulatkan

Lepas dah lalu selekoh kedua dan melepasi lampu isyarat, ambil lane beri laluan, terus saya pecut skuter nak tengok siapa yang biadap sangat bawak kereta macam tu. Pecut pun sebab time tu kat jalan cuma ada skuter saya ngn kereta tu. Kereta lain masih di belakang sebab baru lepas lampu isyarat.

Bila dah sampa kat sebelah kereta dia..

Ohhooo..

Seorang perempuan. Tangan kiri di stereng..

Tangan kanan pegang hp.

Seorang nurse.

Kak, kamu tu pakai uniform. Uniform nurse. Seorang nurse dikenali dengan sifat penyabar, sentiasa memberi senyuman manis, lemah lembut budi bahasa dan tutur kata, sopan santun serta mempunyai sifat empati yang tinggi. Nak jadi nurse ni nampak je senang.

Tapi kalau tak ada nilai kesabaran yang tinggi, kalau tak reti nak bersopan, kalau tolong jangan jadi nurse. Pesakit yang dok sakit tu lagi sakit jadinya nanti.

Macam tu jugak kat jalan raya. Akak dah lambat sangat ke nak pegi kerja sampai bawak kereta macam orang mabuk ni? Ikut dannn je. Spoil mood ai tau. Lagu yang ai dok nyanyi tadi pun dah lupa.

Saya respek dengan nurse – nurse yang menjaga allahyarham nenek saya dulu. Terima kasih banyak – banyakHappy

Mata kail, mata kuyu
You like, i love youBlushing

10 comments:

  1. dah bagi nurse tue ubat dah??.. mungkin dia terlebih makan ubat batuk kot.. koh koh koh

    ReplyDelete
  2. hahaha..bawak kereta macam jalan tu bapak dia punya. geram ai.

    ReplyDelete
  3. tu mesti lambat bangun tu, lewat gi keje..^^,

    ReplyDelete
  4. tak faham diorg ni . kalau apa2 jadi , diorg je terlibat x apa . ni tidak , mesti org lain juga kena . menyusahkan .

    alert , guys .

    ReplyDelete
  5. Bukan ke pompuan memang bawak kete gitu? hihihi..

    ReplyDelete
  6. @HEROICzero
    walaupun sesama perempuan, tapi perbuatan kakak nurse ni tak boleh di'buat-tak-nampak'kan. membahayakan pengguna lain!

    ReplyDelete
  7. @ParkAir
    amboiii. tak semua okayy.. saya suspek dia tengah gaduh dengan laki kot..dah tu lambat g keja pulak tu yg jadi camtu tu >.<

    ReplyDelete
  8. aHAHHAHAHa,,,,siannya kamu...saman jek nurse tu

    ReplyDelete
  9. @therylisa nurula'in
    kalau jadi apa - apa haruslah sy amek tindakan :p

    ReplyDelete

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected