Slider

Pasangan merajuk dan marah - marah di khalayak ramai

Saturday, December 28, 2013

Semalam keluar makan kat luar. Bamboo Beach Restaurant. Lokasi di Kampung Penarak, Langkawi.

Mula - mula taknak ikut sebab takut terlepas Maharaja Lawak Mega 2013. Pastu pulak kat Langkawi kan tengah meriah dengan Langkawi Magikal. Sah - sah la nanti akan bersesak di jalan.

Pastu mak ajak jugak. So, ai follow.

Sesampainya di restoran, mak ai, ramai benor kereta. Seluas - luas tapak parking kat dalam kawasan restoran tu, penuh sampai keluar.

Rupa - rupanya ada function kat restoran sebelah, Langkawi Fish Farm. Company adik sepupu buat annual dinner. 

Dan terkejut juga sebenarnya bila tetiba muncul motel di sebelah restoran ni. Rapat terus ke restoran.

Photos of Bamboo Beach Restaurant, Langkawi

This photo of Bamboo Beach Restaurant is courtesy of TripAdvisor

Orang ramai jugak restoran tu. Tapi nasib baik order cepat sampai.

Ok. Berbalik ke topik.

Waktu tengah tunggu order tu ada la satu couple ni. Mula-mula duduk kat table sebelah kiri kitorang, lepas tu bangun. Then waktu order sampai, diorang datang duduk meja depan pulak.

Tengah sedap - sedap makan, terdengar jeritan si perempuan "Sakit kepala la!"

Dah la duduk betul - betul meja kitaorang. Muka masam mencuka. Yang si lelaki terdiam terkedu.

Seriously. Cukup benci dengan manusia-manusia yang hanya fikirkan diri sendiri macam ni.

Sakit kepala ke apa, tak payah la sampai menengking pasangan sebegitu rupa.

Orang pun ada maruah jugak nak dimarah-marah. Tak fikir ke buat camtu bukan sekadar memalukan pasangan bila mata-mata memandang diatas kebiadapan kita malah orang pandang kita sebagai loser!

Apa punya manusia la. Takde adab lansung. Tak reti jaga maruah diri lansung.

Sama lah perempuan ke lelaki ke.

Menjatuhkan maruah orang dikhalayak ramai kalau orang tu tak redha diperlakukan macam tu, menjawab la kau nanti.

Manusia macam ni patut kena lekuk berjemaah je bila dia buat camtu. Biar dia rasa. Sakit pun dapat. Malu pun dapat.

Malu mungkin tak la kot. Kalau ada sifat malu dalam diri tu, takdenye nak buat perkara - perkara macam tu.

Emosi tak memasal. 

Bila buat camtu, timbullah persepsi tak baik dalam diri orang yang memandang.

Buka aib sendiri. Tak faham lah.


P/S : Katanya restoran ni akan ditutup hujung tahun ni sebab tuan tanah (owner motel sebelah) nak ambik balik. 

Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Al-Hana, Langkawi hambar...

Monday, December 23, 2013

...kataaaaanya.

Muslimin Muslimat yang hadir dalam 10K je.

Kutipan derma untuk pembinaan dewan katanya ada la dalam RM24K je. JEE.

Kagum.

Dalam masa beberapa jam je dapat kumpul umat manusia seramai tu, dapat kutip dana sejumlah itu, bayangkanlah kalau kuliah tu berlangsung selama 18 hari macam karnival #langkawimagical tu..

Sejuk Langkawi.

Sedutan video ceramah UAI.




P/s : bukan senang oi nak tengok orang berpusu - pusu mengimarahkan masjid.

Projek Kecil Comel dengan Syabil #projeksyabil

Saturday, December 21, 2013

So kelmarin kami start satu projek kecil comey.

Hari ni hari kedua. Syabil masih excited macam kelmarin.

Harap-harap tahap keterujaan dia takkan hilang atau menurun esok pagi.

Dari asyik main game saja, at least dia ada aktiviti fizikal diluar rumah.

Sebab kelmarin dia komplen dia tak ada pondok kecil macam Upin dengan Ipin. Jenuhlah saya menerangkan balik yang kampung Upin & Ipin takde jalan besar, rumah kawan-kawan diorang dekat-dekat dan semua alasan yang logik mengikut suasana kampung dalam cerita tu dan macam biasa ada saja hujah balas dia.

Idea projek ni pun secara kebetulan je sebenarnya. Nantilah cerita bab tu.

So, nak tahu apa projek kecil comel kami tu? Sila follow page Cipina di Facebook atau kalau hari-hari korang check email boleh subscribe blog ini di sidebar sebelah kanan. (Ayat dah macam mintak like kat fb pulak kui3)

Langkawi Magikal : Karnival Terbesar di Langkawi

Thursday, December 19, 2013






Lokasi : Pulau Langkawi
Tarikh : 19 Disember 2013 - 05 Januari 2014 (18 hari)

Aktiviti

Konsert

  • Sek Lokso - Thailand (19 Disember)
  • Ungu - Indonesia (20 Disember)
  • Jesselton (21 Disember)
  • Altimetttttt! (22 Disember)
  • Awi Rafael (22 Disember)
  • Salammusik (25 Disember)
  • Anuar Zain (27 Disember)
  • Suki Low (27 Disember)
  • Dato' M. Nasir (28 Disember)
  • Meet Uncle Hussain (28 Disember)
  • Najwa Latif (29 Disember)
  • Iamneetaaaaaaa! (29 Disember)
  • Asmidar (30 Disember)
  • Lokman Aslam (30 Disember)
  • Black (31 Disember)
  • Stacy (1 Januari)
  • MuzZy (3 Januari)
  • Marafikha (3 Januari)
  • Faizal Tahirrrr! (4 Januari)
  • Farhan AF (4 Januari)
  • Rossa - Indonesia (5 Januari)
  • Big Band (23, 24 & 25 Disember)




Malam Magikal

Persembahan bunga api berirama, persembahan laser, H20, persembahan pyrotechnic dan lain-lain.







sumber gambar : sini


Bazaar Magikal

Haruslah ada jualan baazar jalanan gitu. Kat Langkawi ni, buatlah event apa pun, sure akan ada aktiviti jual menjual. Eh, kat mana - mana pun kan?

Selera Rasa Magikal

Haaaa..yang ni sedikit sebanyak buat saya teruja nak pegi. Sebab ada international cuisine. Sure la kena halal kan masakan dia. Boleh la rasa walaupun tak jejak lagi kaki ke negara diorang ye dak.

Gambar ilustrasi oleh artis


Momen Bersama Keluarga

Belon Udara Panas


Perarakan


Funfair & Inflatables




Video Promo



Website : http://www.langkawimagikal.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/LangkawiMagikal
Twitter : https://twitter.com/LangkawiMagikal
Instagram : http://instagram.com/LangkawiMagikal
Youtube : http://www.youtube.com/user/LangkawiMagikal?feature=watch

Maka meriahlah Pulau Langkawi yang sedia meriah tatkala tiba waktu cuti sekolah.
Dengan sistem jalannya yang errr..kita tengoklah.

Pada saya, masa Acara Magikal Night dari pukul 8.30 malam - 9.45 malam tu agak kurang sesuai sebab time tu Isyak kan. Dekat dengan Masjid pulak tu. Sure bingit punya lah. Sebelah depan bising dengan hon - hon kereta, sebelah belakang ada aktiviti air pulak.

Tapak pesta funfair diadakan di tapak parking Majlis Jetty Point. Jadi, sila expect masa yang akan terbuang dalam kesesakan bagi mengelakkan stress melampau². Pasal ketiadaan tapak parking, kena kompaun dengan penguatkuasa sebab parking di tepi jalan tu tolak tepi lah. Isu standard kat kawasan tu. Teehee.

All the best!

P/s :- Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Al-Hana pada 21 Disember ni (Sabtu). Ramai dah merungut sebab kawasan masjid kecik sangat. Banyak yang cadangkan  lebih baik buat di tapak parking Pekan Rabu yang hanya beberapa ratus meter saja dari situ. Tapi tak tahulah, kot pihak Magikal dah conquer kesemua tempat :P

P/s/s :- Kat group² fb Langkawi dah mula berteka - teki kat mana yang sebenar - benarnya yang akan sesak 21 Dis ni. Tapak funfair atau ceramah UAI.

Ayamazz Langkawi

Sunday, December 15, 2013

Sejak kedai Ayamazz dibuka di Arked Cempaka, Langkawi ni, dah tak terkira berapa kali saya dengan Julia berkunjung ke situ.

Mula - mula pegi sebab nak try je. Bila dah try eh, boleh tahan. Harga pun sedang - sedang. Tak mahal sangat tak murah sangat.
Nak nak pulak dekat dengan ofis. Lagi kerap la berkunjung hihi.

At least ada pilihan la time lunch. Takkan la asek nak makan nasik campur je manjang.

Pagi² makan nasi lemak seringgit abang pejabat belikan. Dah la sedap. Seminggu untuk breakfast bajet RM5 je untuk nasi. Dah jimat banyak kat situ.

Kami tak kerap makan di fast food outlet, jadi ini salah satu alternatif la kalau sesekali nak merasa makan ala² fast food hehe.

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright