Saturday, December 28, 2013

Pasangan merajuk dan marah - marah di khalayak ramai

Semalam keluar makan kat luar. Bamboo Beach Restaurant. Lokasi di Kampung Penarak, Langkawi.

Mula - mula taknak ikut sebab takut terlepas Maharaja Lawak Mega 2013. Pastu pulak kat Langkawi kan tengah meriah dengan Langkawi Magikal. Sah - sah la nanti akan bersesak di jalan.

Pastu mak ajak jugak. So, ai follow.

Sesampainya di restoran, mak ai, ramai benor kereta. Seluas - luas tapak parking kat dalam kawasan restoran tu, penuh sampai keluar.

Rupa - rupanya ada function kat restoran sebelah, Langkawi Fish Farm. Company adik sepupu buat annual dinner. 

Dan terkejut juga sebenarnya bila tetiba muncul motel di sebelah restoran ni. Rapat terus ke restoran.

Photos of Bamboo Beach Restaurant, Langkawi

This photo of Bamboo Beach Restaurant is courtesy of TripAdvisor

Orang ramai jugak restoran tu. Tapi nasib baik order cepat sampai.

Ok. Berbalik ke topik.

Waktu tengah tunggu order tu ada la satu couple ni. Mula-mula duduk kat table sebelah kiri kitorang, lepas tu bangun. Then waktu order sampai, diorang datang duduk meja depan pulak.

Tengah sedap - sedap makan, terdengar jeritan si perempuan "Sakit kepala la!"

Dah la duduk betul - betul meja kitaorang. Muka masam mencuka. Yang si lelaki terdiam terkedu.

Seriously. Cukup benci dengan manusia-manusia yang hanya fikirkan diri sendiri macam ni.

Sakit kepala ke apa, tak payah la sampai menengking pasangan sebegitu rupa.

Orang pun ada maruah jugak nak dimarah-marah. Tak fikir ke buat camtu bukan sekadar memalukan pasangan bila mata-mata memandang diatas kebiadapan kita malah orang pandang kita sebagai loser!

Apa punya manusia la. Takde adab lansung. Tak reti jaga maruah diri lansung.

Sama lah perempuan ke lelaki ke.

Menjatuhkan maruah orang dikhalayak ramai kalau orang tu tak redha diperlakukan macam tu, menjawab la kau nanti.

Manusia macam ni patut kena lekuk berjemaah je bila dia buat camtu. Biar dia rasa. Sakit pun dapat. Malu pun dapat.

Malu mungkin tak la kot. Kalau ada sifat malu dalam diri tu, takdenye nak buat perkara - perkara macam tu.

Emosi tak memasal. 

Bila buat camtu, timbullah persepsi tak baik dalam diri orang yang memandang.

Buka aib sendiri. Tak faham lah.


P/S : Katanya restoran ni akan ditutup hujung tahun ni sebab tuan tanah (owner motel sebelah) nak ambik balik. 

2 comments:

  1. betul-betul.could not agree more.sepatutnya perempuan tuh patut control dia punya baran dan tak tengking-tengking gitu.hump,kesian dekat lelaki tuh,tak pasal-pasal kena tempias.Humm.
    Blogwalking here.kalau free2,do drop a visit to my blog : http://bynuratikaaziz.blogspot.com
    thank you sis :)

    ReplyDelete
  2. peliknya wanita tu.. janganlah malukan lelaki tu kalau dia buat salah pun....

    ReplyDelete

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected