Slider

biadap category
Showing posts with label biadap. Show all posts

Pasangan merajuk dan marah - marah di khalayak ramai

Saturday, December 28, 2013

Semalam keluar makan kat luar. Bamboo Beach Restaurant. Lokasi di Kampung Penarak, Langkawi.

Mula - mula taknak ikut sebab takut terlepas Maharaja Lawak Mega 2013. Pastu pulak kat Langkawi kan tengah meriah dengan Langkawi Magikal. Sah - sah la nanti akan bersesak di jalan.

Pastu mak ajak jugak. So, ai follow.

Sesampainya di restoran, mak ai, ramai benor kereta. Seluas - luas tapak parking kat dalam kawasan restoran tu, penuh sampai keluar.

Rupa - rupanya ada function kat restoran sebelah, Langkawi Fish Farm. Company adik sepupu buat annual dinner. 

Dan terkejut juga sebenarnya bila tetiba muncul motel di sebelah restoran ni. Rapat terus ke restoran.

Photos of Bamboo Beach Restaurant, Langkawi

This photo of Bamboo Beach Restaurant is courtesy of TripAdvisor

Orang ramai jugak restoran tu. Tapi nasib baik order cepat sampai.

Ok. Berbalik ke topik.

Waktu tengah tunggu order tu ada la satu couple ni. Mula-mula duduk kat table sebelah kiri kitorang, lepas tu bangun. Then waktu order sampai, diorang datang duduk meja depan pulak.

Tengah sedap - sedap makan, terdengar jeritan si perempuan "Sakit kepala la!"

Dah la duduk betul - betul meja kitaorang. Muka masam mencuka. Yang si lelaki terdiam terkedu.

Seriously. Cukup benci dengan manusia-manusia yang hanya fikirkan diri sendiri macam ni.

Sakit kepala ke apa, tak payah la sampai menengking pasangan sebegitu rupa.

Orang pun ada maruah jugak nak dimarah-marah. Tak fikir ke buat camtu bukan sekadar memalukan pasangan bila mata-mata memandang diatas kebiadapan kita malah orang pandang kita sebagai loser!

Apa punya manusia la. Takde adab lansung. Tak reti jaga maruah diri lansung.

Sama lah perempuan ke lelaki ke.

Menjatuhkan maruah orang dikhalayak ramai kalau orang tu tak redha diperlakukan macam tu, menjawab la kau nanti.

Manusia macam ni patut kena lekuk berjemaah je bila dia buat camtu. Biar dia rasa. Sakit pun dapat. Malu pun dapat.

Malu mungkin tak la kot. Kalau ada sifat malu dalam diri tu, takdenye nak buat perkara - perkara macam tu.

Emosi tak memasal. 

Bila buat camtu, timbullah persepsi tak baik dalam diri orang yang memandang.

Buka aib sendiri. Tak faham lah.


P/S : Katanya restoran ni akan ditutup hujung tahun ni sebab tuan tanah (owner motel sebelah) nak ambik balik. 

Kejadian Biadap di Stesen Minyak

Monday, May 2, 2011

Macam ni ceritanya.

Saya selalu isi minyak di Stesen Minyak Shell. Suka isi minyak kat situ sebab Shell tak besar macam Petronas dan lagi satu dekat dengan jalan. Ada 6 lorong untuk isi minyak. Lorong 1 & lorong 2 adalah untuk motosikal dan selebihnya adalah untuk kereta/bas/lori/kereta bomba etc etc etc. So, senang la masuk – masuk je dah boleh parking dan terus pergi bayar duit minyak.

Sesampainya tadi ke stesen minyak, kelihatan di lorong 1 ada dua buah motosikal dan di lorong 2 ada sebuah motosikal. Jadi, terus saya ke lorong 2 dan parking di belakang motosikal tu.

Then teruslah pegi ke kaunter bayar duit minyak. Baru je berpaling dari kaunter, ada sebiji Unser terus masuk ke kotak parking lorong 2, keluar dari kereta, angkat tangan tunjuk 5 jarinya sambil melaung “Lima puluh”

Terus dia angkat nozle isi minyak kat kereta dia.

Saya jenguk akak kaunter tu tapi dia buat macam takde apa – apa je. Eh. Apa ni?

Sepatutnya saya yang bayar dulu, saya la yang isi dulu. Biadap punya orang tua. Dah la isi RM50, saya yang isi RM5 ni pulak terpaksa tunggu sedangkan saya yang sampai dulu. Geramnya!

Saya tak cakap kosong. Ini gambar.

P5020124_kurang_ajar
selamba diaaa jeAngry

P5020123_kurang_ajar
dia isi dulu baru p bayar. Time ni saya dah bayar dan terpaksa tunggu Waiting

Rasa macam nak maki. Tapi cukuplah tadi kat pejabat pun dah berkarung – karung menyumpah orang (walaupun dalam hati).

Jap lagi kang jadi cerita lain pulak kat situ. Tak pun, dok buat mulut celupar ngan orang tak pasal – pasal eksiden tengah jalan kan dah tak sempat mengucap=.=’

Bercakap pasal eksiden dan sumpah. Ada satu peristiwa di mana seorang teman bersumpah jika dia menipu tentang perkara yang dia cakap pada waktu tu, dia akan eksiden. Beberapa hari lepas tu..

sungguh! Eksiden betul – betul.

Hmm..

Tak tahulah tu balasan tuhan sebab menipu ke apa wallahualam. Tapi, kalau dia tak beringat tu tak tahu lah kan.

Harap hati ni tak kotor dari dosa – dosa hingga tak mahu memaafkan orang.

Selamat malamLove Struck

Kerek sangat kot kak. Macam ni ke attitude orang keja kerajaan?

Thursday, April 7, 2011

Alkisahnya, pada suatu pagi yang tenang sepoi – sepoi bahasa.

Seorang gadis mengangkat gagang telefon pejabatnya dan mendail nombor tet tet tet tet tet tet tet tet*bunyi dail

Trutt trutt..

Takde jawapan..

Trut truttt..

No answer..

Trutt truttt

没有答案

Trutt truttt

Tiada jawaban

trutt truttt..

“Hello..bla..bla..bla..laut..” *laju

Eh, laut je aku dengar..

“Selamat pagi, saya polan polan polan buat panggilan dari sini sini sini nak mintak ulasan pasal itu itu itu di perairan situ situ situ kat mana perlu saya hantar surat eh? Kat ___situ___ ke, ___sana____ ke atau kat sini je?” Sori, perkara & lokasi terpaksa dirahsiakan.

“Erm. Kat ___sana___

“Oke. Boleh bagi alamat situ tak?”

“Alaa..dia tepi kastam tu..belok kiri je..Kan kalau lalu situ ada kastam kan..kan bila pegi area tu bla..bla..bla..kan ke ada kastam kat tepi tu..haa..tu la tempatnya.”

“(-.-“) Oh..ye ye ..boleh kasi alamat kat situ tak?”

“Amek no tpon”

“Ye?”

“966****

“Eh?” “Err..terima kasih.. . …”

Letak gangang telefon.

Pegi kat laptop.

Google.

Tak mesra alam betol.

Kak. Engkau tu kerja kat jabatan kerajaan. Jangan sombong sangat boleh? Kalut nak p mana ntah. Sembelit ke hapa.

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright