Subscribe:

Monday, May 2, 2011

Kejadian Biadap di Stesen Minyak

Macam ni ceritanya.

Saya selalu isi minyak di Stesen Minyak Shell. Suka isi minyak kat situ sebab Shell tak besar macam Petronas dan lagi satu dekat dengan jalan. Ada 6 lorong untuk isi minyak. Lorong 1 & lorong 2 adalah untuk motosikal dan selebihnya adalah untuk kereta/bas/lori/kereta bomba etc etc etc. So, senang la masuk – masuk je dah boleh parking dan terus pergi bayar duit minyak.

Sesampainya tadi ke stesen minyak, kelihatan di lorong 1 ada dua buah motosikal dan di lorong 2 ada sebuah motosikal. Jadi, terus saya ke lorong 2 dan parking di belakang motosikal tu.

Then teruslah pegi ke kaunter bayar duit minyak. Baru je berpaling dari kaunter, ada sebiji Unser terus masuk ke kotak parking lorong 2, keluar dari kereta, angkat tangan tunjuk 5 jarinya sambil melaung “Lima puluh”

Terus dia angkat nozle isi minyak kat kereta dia.

Saya jenguk akak kaunter tu tapi dia buat macam takde apa – apa je. Eh. Apa ni?

Sepatutnya saya yang bayar dulu, saya la yang isi dulu. Biadap punya orang tua. Dah la isi RM50, saya yang isi RM5 ni pulak terpaksa tunggu sedangkan saya yang sampai dulu. Geramnya!

Saya tak cakap kosong. Ini gambar.

P5020124_kurang_ajar
selamba diaaa jeAngry

P5020123_kurang_ajar
dia isi dulu baru p bayar. Time ni saya dah bayar dan terpaksa tunggu Waiting

Rasa macam nak maki. Tapi cukuplah tadi kat pejabat pun dah berkarung – karung menyumpah orang (walaupun dalam hati).

Jap lagi kang jadi cerita lain pulak kat situ. Tak pun, dok buat mulut celupar ngan orang tak pasal – pasal eksiden tengah jalan kan dah tak sempat mengucap=.=’

Bercakap pasal eksiden dan sumpah. Ada satu peristiwa di mana seorang teman bersumpah jika dia menipu tentang perkara yang dia cakap pada waktu tu, dia akan eksiden. Beberapa hari lepas tu..

sungguh! Eksiden betul – betul.

Hmm..

Tak tahulah tu balasan tuhan sebab menipu ke apa wallahualam. Tapi, kalau dia tak beringat tu tak tahu lah kan.

Harap hati ni tak kotor dari dosa – dosa hingga tak mahu memaafkan orang.

Selamat malamLove Struck

26 comments

May 2, 2011 11:16 PM

tak ada perasaan malu langsung..
dh la xda erti bersbr org tu..ish

May 2, 2011 11:27 PM

aku mmg driver yang hebat.
tp...........

aku ada kelmahan!

aku tak suka isi minyak.
kereta ker motor ker BOTH la.

adoii.

May 2, 2011 11:41 PM

biadap betul...
seolah2 penunggang motosikal ni semua berada dlm kelas rendah...

sakit hati bila dilayan macam ni..
kalau aku, mmg dah sound abes dah pakcik dgn akak kaunter tu skali...

May 2, 2011 11:51 PM

apesal tak campak jer sebatang mancis kat dia Cipina??.. hua hua hua

May 3, 2011 12:02 AM

assalam...fuuuhhh bikin panas nie pakcik...cekik unser tuu sampai lemas baru tau...cian Fina.sabar2...adam tolong geramkan jer...hurm2 tak baik sumpah2, nnt terkena batang idung sendiri naya

May 3, 2011 8:35 AM

@cik fa
tu la. nak marah macam tak patut. nanti dia aim nak buat apa - apa kat tengah jalan kang susah pulak.

May 3, 2011 8:36 AM

@AISHA INANI
haha..kakak, kalau dah naik motor terpaksa la isi sendiri :P

May 3, 2011 8:38 AM

@cEro
itulah. saya rasa macam nak g tanya je akak kaunter tu. tapi tak terdaya. marah di pejabat pun tak habis lagi, ditambah ini pulak. hmph.

kalau hati tengah marah, tak berani bawak moto, takut asek fikir sampai tak fokus kat jalan.

May 3, 2011 8:39 AM

@Aujinz
haha..good ideaaaaa. asal la saya tak terpikior=.=

May 3, 2011 8:40 AM

@►AdamXis◄
kan? tak baik sumpah - sumpah. Tuhan balas on the spot padan muka.

May 3, 2011 10:20 AM

eiii......ada gak yg minom petrol ni kalo aku ade kt situ!!!

kasi sound sedas dua la pina,isk....ati aku yg terbakor ni!dgn cashier tu skli aku sound je!

May 3, 2011 10:26 AM

@aza shafiza
kalau nak ikutkan hati nak je sound akak cashier tu "eh, kak how come I bayar dia yang isi minyak dulu? Not fair lah!"

tapi, takut tak boleh bawak motor pulak japgi. takut hilang kosentrasi. hmph.

May 3, 2011 10:27 AM

kite bakor je..

kite bakor je

kite bakorr je?
sape setuju?
angkat tagan cam saye..
soley~soley ;)

singgah sini dan follow fina ;)
jangan malu2 jemput singgah blog daif saye dan follow juge kalau sudi..
kalau tak sudi? takpe..
saye ok je.. ;)

May 3, 2011 10:42 AM

@Ummu Khaulah Hasan
huhu..bakor kang ngn saya skali arwah :P

May 3, 2011 12:46 PM

bangga kete besar. grr. sepak je muntot die.

May 3, 2011 2:08 PM

@Elmoluya WutWut
Takde kekuatan :P kalo tak, nak bako je keta dia tu :P

May 3, 2011 2:09 PM

sempat lagi tu ~
ish2 ..
tak patut ~~~

May 3, 2011 4:08 PM

@nelly
sabo je la

May 3, 2011 4:23 PM

Aiyooo.. Kesiannya.. Asal nak tutup plat kereta tu.. Biarlan.. Ngee :) Agak2 lah nak cepat sekalipun..

Entry Terbaru : Osama Bin Laden Meninggal Dunia ; Hanya Tipu Helah Amerika Syarikat???

May 3, 2011 6:33 PM

@d_tieah
Memang awal tu rasa taknak tutup pun plat kereta tu. tapi hati masih baik, so tutup je :P

May 3, 2011 7:46 PM

memang tak patut betul manusia macam ini, belasah aja, oppssss

May 3, 2011 8:14 PM

@Sharinginfoz
haha..tak terbelasah nanti kang :P Tapi memang takde hati perut. dengan muka kering dia tu..grr

May 4, 2011 3:24 PM

Bukan budaya Malaysia ni. Pak cik tu kena berubah.

May 4, 2011 6:54 PM

@openid
ntah la..jenis tak hormat orang ni. dia rasa dia besar sangat dah kot.

May 12, 2011 10:29 AM

Memang ada mahkluk biadap macam ini. Selalu mementingkan diri sendiri :-(

May 12, 2011 6:23 PM

@AkuBiomed
mentang - mentang keta dia besar..kan?

Post a Comment
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
1Malaysia Blogger Community
Page Rank
MyFreeCopyright.com Registered & Protected blogr.my

BlogMalaysia.com