Thursday, June 9, 2011

Bersyukur lah korang..BERSYUKUR!


Hai, 

Entri ni lama. Lupa nak publish bila letak kat draft. Relevan lagi kot.

Hal kecik pun nak gaduh, tak puas hati je saman, sesama blogger pun nak gaduh. Dasar orang tak bersyukur. Dari korang dok sibuk – sibuk gaduh pasal benda mengarut ni, lebih baik korang muhasabah diri dengan Tuhan. Bersyukur dengan Tuhan diberi rahmat dapat hidup di bumi yang aman macam Malaysia ni.

Ini tak, artis dengan cara artis, ahli politik dengan cara ahli politik, blogger pun tak mau kalah jugak. Nak jugak diorang gaduh – gaduh. Benda kecik – kecik boleh setel nak besar – bersarkan.
Saya baru nak masuk 3 tahun berblogging, tu pun tak tegar. So, tak berani nak komen lebih – lebih pasal ni..tapi please..pleaseee lah tolong jangan gaduh – gaduh camni. Kutuk sana kutuk sini. Apa yang korang dapat?

Kat TV, yang masuk Bersamamu, kebanyakannya takde lah susah mana saya tengok. Tinggal lagi malas nak keja je..keja ni melambak sebenarnya. Tinggal rajin dengan tak rajin je. Ada yang malu nak buat keja tu, ada yang tak minat. Hak masing – masing. Tapi kalau kau dah memilih sangat sampai hidup melarat macam tu sekali hingga perlu panggil wartawan melaporkan kemiskinan kau mengharapkan bantuan, tak tahulah nak cakap macam mana.

Bukanlah nak menghina orang – orang yang tak mampu ni. Cuma ada sesetengah kes yang masuk Bersamamu tu macam tak perlu pun ada. Ada satu keluarga tu, tengok ke rumah oke je pun, cumanya tak terurus. Baju sidai sana sini, kelambu tak berlipat etc etc etc dan ada satu shot di mana si kakak tengah menyedok nasi untuk adik – adiknya dari periuk. Nampak disitu jari siap ada pewarna kuku hitam, rambut lurus berebonding lagi. Tak mampu macam mana tu?

Lagi satu, kaum perempuan. Taulah kau nak kontrol jelitasopanayulemahgemalai depan pakwe kau punnnnn. Tapi tolong..tolongggglah habiskan makanan tu. Kalau dah tahu kau takkan dapat habiskan, mintak je tukang masak tu masak setengah ke, suku ke. Takdelah sayang makanan tu dibuang macam tu je. Ni tak, mengada – ngada nak itu nak ini, lapar tu lapar ni lepas tu makan 2 3 mulut dah cakap kenyang. Rasa masin sikit tolak pinggan ‘taknaklah makan, masinnnnn’, tak sedap sikit mengomel seumpama terjumpa bangkai cicak kat dalam makanan tu. Nak tak ank si lelaki jugakkkk kena habiskan. Gedik gila.

Berdosa tau tak buat macam tu.


Bagi saya, biarlah orang cakap saya ni pelahap ke kuat makan ke tapi kalau pasal makan, bila dah sekali cedok nasi dalam pinggan, kena habiskan. Tapi kalau dah teroder makanan yang lansung tak boleh diterima deria rasa (pernah terkena) atau ada bendasing yang boleh membahayakan diri tu lain cerita lah. Pakai common sense lah kan. Itu punnn.

Sebenarnya saya membebel ni bengang lepas tengok satu video ni. Saya akan share di entri lepas ni. Sangat sedih sampai bengang. Lepas tengok video ni, terus buat saya terfikir pasal ni. KITA SEPATUTNYA BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TUHAN LIMPAHKAN DAN HIDUP SELESA DI BUMI MALAYSIA NI. BUKAN GADUH – GADUH PASAL HAL REMEH TEMEH!


4 comments:

  1. wah, atok setuju!...bab makan tu....masin sikit x mau makan....x sedap x mau makan...klu kasi kat org miskin luar sana, siap berhirup lagi...kita ni kdg2 tak bersyukur

    ReplyDelete
  2. @Suhami Ahmad
    serius atuk, saya rasa macam nak pang je pompuan camtu. tak sedar diri betul.

    ReplyDelete
  3. Teringat satu episod dalam bersama mu tu, pengacara tu tanya taknak masuk kursus kemahiran ke, repair motorsikal ke... budak tu macam tak berminat je jawab. Jalan dah ada usaha je malas.

    Nasib baik tunang aku makan habis sokmo, tak de cover2 depan aku pon..

    ReplyDelete
  4. @ParkAir
    tu lah. semua nak harap belas kasihan orang, sampai bila pun tak senang la.

    haa..baguih..dia tak mengada - ngada. oke la tu hehe

    ReplyDelete

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected