Slider

tips cantik category
Showing posts with label tips cantik. Show all posts

Peel-off mask untuk kulit bersih

Wednesday, February 15, 2017

Buka laman web Pinterest setelah sekian lama, terjumpa berbagai tips & tricks termasuklah remedy mudah untuk rawatan kulit wajah. Senang-senang je tip-tip yang diorang kasi.

Salah satu remedy yang buat saya tertarik adalah peel-off mask hanya dengan menggunakan 2 bahan saja. Bahan-bahan yang dah ada di rumah.

Peralatan :
  1. Mangkuk
  2. Garfu (untuk mengacau sebatian)
  3. Berus muka
Bahan-bahan :
  1. 1 putih telur
  2. 1 sudu besar perahan lemon
  3. Tisu/kapas muka (dikoyak nipis)
Cara-caranya :

  1. Pukul putih telur sambil masukkan 1 sudu besar perahan lemon. Kacau sebati
  2. Gunakan berus muka dan sapu campuran mask tadi ke seluruh muka. Elakkan sapu di bahagian mata dan mulut
  3. Untuk step ni boleh buat dengan dua cara iaitu :
      • Menggunakan tisu - ambil tisu nipis dan buat lubang untuk mata, mulut dan hidung. Biar tisu tersebut rata di muka. Boleh juga koyak tisu nipis-nipis dan letakkan di muka dan menutup keseluruhan muka (except di bahagian mata, mulut dan hidung lah)
      • Menggunakan kapas muka - koyakkan menjadi dua bahagian, korang akan dapat helaian nipis kapas muka tersebut dan letakkan di muka (sama macam teknik menggunakan tisu) dan cover keseluruhan muka
    1. Sapukan lagi satu lapisan mask menggunakan berus sekali lagi. Sapu biar rata tau
    2. Biarkan mask di muka antara 15-20 minit atau sampai mask kering
    3. Lepas dah kering, buka lapisan mask kita tadi dengan cara menaik
    4. Cuci muka dengan air suam
    Mask muka ini boleh digunakan untuk semua jenis kulit. Kalau was-was boleh try dulu patch kt bawah pipi kalau-kalau ada reaction. Saya tak tanggung yaa kalau korang buat tup-tup muka lagi naik jerawat 😁

    Mask ini juga mampu menyamaratakan (ada ke perkataan ni?) noda, membersihkan bintik-bintik hitam dan mengecilkan liang roma ❤

    Cubalah!

    Perempuan, WAJIB BACA ni : Rahsia Petua Melayu Lama #2

    Wednesday, June 2, 2010

    Baiklah, selepas empat petua di entri yang lepas, sekarang saya bagi lagi empat petua.

    Lubang Jarum 
    (faham-faham sendiri)

    Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari. 

    Suara Perindu

    Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu. 

    Mengurut Pangkal Bunting Padi


    Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima'setelah berkahwin nanti.

    Payudara Montok

    Elakkan dari rneniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.





    Perempuan, WAJIB BACA ni : Rahsia Petua Melayu Lama #1

    Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.

    Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan. Saya bagi empat dahulu ye, nantikan siri kedua di entri akan datang. Stay tuneeee..

    Bangkit Bersambut

    Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan. Dipercayai dapat mengempiskan perut jika amalan ini diamalkan setiap hari.

    Wajah Suci

    Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri.Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang. Lagi satu, orang cakap kalau lepas wudu' kita tak sapu / lap air kat muka, nanti di akhirat, muka kita akan berseri-seri akibat wudu' yang tak dilap tu. Wallahualam..

    Menyegarkan Payudara

    Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar,tidak mudah jatuh.

    Taman Semerbak Mewangi
     (paham amek sendiri la ye)

    Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau. 


    Powered by Blogger.

    Pages

    Theme Designed By Hello Manhattan
    |

    Your copyright

    Your own copyright