Slider

:Orang laki apa tau!:

Tuesday, November 17, 2009

Inspeksen tau tak inspeksen?

Uhuhu..first time guna perkataan mengarut macam tu.
Nak cerita sikit la..kelmarin, saya kena pergi buat inspeksen (inspection) secara mengejut. Dengan berbekalkan kasut tumit tinggi 1 suku inci dan manis berbaju kurung, maka saya pun pergi dengan hati yang separuh rela membuat inspeksen dengan si Hafis berbekalkan abang Hamdan sebagai drebar [berbekalkan??Feeling beat up]

Well, bukan la membawa apa-apa masalah sangat pun kena pergi inspeksen. Nama pun tugas. Tapi memandangkan saya berbaju kurung, bertumit tinggi lagi pada hari tersebut, tak sesuai la kan..Orang lelaki apa tahu, yang tahu cakap :

Apa masalahnya buat inspeksen pakai baju kurung? Apa yang peliknya?

Memang la tak salah..tapi cuba fikir oke, kenderaan yang saya akan naik mungkin tinggi [sebab kebanyakan kenderaan jabatan adalah terdiri dari para-para PAJERO], pernah sekali kain saya tersangkut kat bahagian pintu pajero tu, mujur tak jatuh menyembah tar yang kasar dan tak best tu. Memang nasib baik. Kalau tak, malu pun dapat, sakit pun dapat.
Lagi satu, tak proper la  pegi inspeksen pakai baju kurung..tak sesuai. Kena pulak perlu pergi inspeksen kat tempat-tempat yang tak sesuai untuk orang berbaju kurungPhbbbttt

Saya tau menyakitkan hati bila dengar perempuan merungut itu ini. Itu tak boleh ini tak boleh. Tapi semua tu bersebab. Bukan saja-saja nak merungut..


Oke, kat sini dahulu untuk entri kali ini. Nanti kalau saya rasa nak marah lagi, saya pos ye. Ciaow.


P/s - Sekejap lagi saya kena pergi inspeksen lagi. Tugas kan. Sakit hati. Tak. Bukan. Bukan pasal kerja.


5 comments:

  1. saya dah basuh kaki...

    inspeksen?..
    kamu kerje apekah ci fen ?

    lenkali bawak la baju seper....eh..

    ReplyDelete
  2. Ojin cik fen keja biasa-biasa saja:"> keja kat majlis perbandaran:">

    ReplyDelete
  3. haa..
    btol 2..
    lain kali bwak laa bju spare..
    kn snang..
    hee~

    ReplyDelete
  4. okay, sy cantik! (sila mengaku) sbb sy da jadik ur follower... hehe~

    ReplyDelete
  5. Melissa Rosila : hai cik melissa, selamat datang ke hotel bajet saya:">:">..

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright