Slider

Perlukah guna model yang kuku makan cekam untuk pamplet anda?

Sunday, February 28, 2010

Saya tak faham. Apa siginifikasinya letak gambar jari kuku makan cekam untuk pamplet anda yang gah di mata dunia ni? Tak faham. Serius tak faham. Sungguh tak faham. Memang tak faham. Anda? Faham?

 

Pic2502

minta maaf kalau gambar diatas buat hati anda tak tenang

 

sekarang meh saya tunjukkan gambar yang lebih menenangkan Tongue

 IA Big GrinBatting Eyelashes

 

P/s – perjalanan kali ni sangat memenatkan.

Demam demam pun nak berjalan jauh #1

Tuesday, February 23, 2010

Nak buat macam mana kan. Tuntutan kerja..

Ecewah..tuntutan kerja konon.

Padahal bos soh pegi last last minute sebab dia kena teman bos besar g persidangan kat Gunung Jerai.

Perjalanan kali ni agak ‘sakit’ disebabkan tuan tanah blog ni demam. Dah tu plak sakit tekak. Sungguh tak selesa perjalanan ni. [Betul la tak bersyukur Cik Fina ni, dapat naik bas yang seat dia dah besar katil pun nak komplen itu ini tak selesa – oke, yang besar macam katil tu saya tipu Tongue]

Dari malam sebelum hari bertolak lagi saya dah rasa tak sedap hati. Berbual kat telefon pun saya tak fokus. Lagi lama cakap lagi tak sedap hati. Last-last minta talian diputuskan sebab nak tido supaya dapat hilangkan rasa tak sedap hati tu.

Dan persoalan pasal tak sedap hati pada malamnya terjawab bila pagi ni saya bangun lambat!

Tersedar pukul 7.40 pagi n feri pukul 8.30 minit! Ini bermakna saya ada kurang dari 20 minit untuk siap2. Dah la barang pack pn tak habis lagi..berus gigi dengan pencuci muka tak masuk dalam beg lagi. Kasut untuk kursus pn tak masukkan dalam beg lagi.

Tapi, nasib baik sempat. Kena bebel dengan ayah sekejap [dari rumah sampai setibanya kat Jeti-.-“]

Layan cerita K.A.M.I dalam feri. Tak pernah tengok cerita ni sebelum ni walaupun ada Zahiril Adzim. Logik la, sebab saya minat Zahiril Adzim lepas dia berlakon cerita ni.

Belum abes layan K.A.M.I, dah sampai kat Jeti Kuala Perlis. Turun je dari feri, terus g cari makanan. Kena amek breakfast sebelum travel jauh-jauh sakit perut nanti kang susah pulak [oke, sekarang saya rasa sakit perut. saiko betul]

Kat dalam feri jumpa kawan sekolah lama eh, ke kawan lama sekolah, ke sekolah kawan lama oke oke lupakan. Jadi cikgu kat KL sana. Ramai jugak kawan-kawan jadi cikgu. Saya? Jangan tanya. Sebab belum jawab soalan tu pun saya dah tau macam mana keadaanya Cik Shafina Othman ni jadi cikgu –.-“ [kalau saya jadi cikgu, mesti anak murid tak sabar-sabar nak masuk kelas nak buli Cikgu Shafina] – pergh..cikgu shafina. TBB betol..Kan dah terberangan sekejap..hmm..

Oke sudah.

Sambung part #2 pasni.

 

 

Quick update untuk hari ini pasal SEGWAY. Apa tu?

Saturday, February 20, 2010

Hari ni pegi Oriental Village. Oke, kalau cakap Oriental Village mungkin ramai orang tak tau tempat tu sangat kan? Saya pegi ke Cable Car. Tapi bukan sebab nak naik cable car tapi nak naik SEGWAY. Pernah naik tak?
Best gilak!


Nak naik lagi lepas ni. Tak puas main tadi. Rasa sekejap sangat. Walaupun kena charge RM17 untuk satu ride yang lebih kurang 10-15 minit, tapi memang berbaloi [Tips : sila beramah mesra dengan instructor untuk memaksimakan masa bermain - oke, diorang yang lebih peramah]


Dikatakan Langkawi adalah lokasi kedua di Malaysia ada menda alah ni. Bijak betul Dean Kamen si pereka  kenderaan seksi eco-friendly ni dan bijak juga si pembawa benda alah ni masuk ke Langkawi. Sambutan hangat! Tadi pun kena tunggu 10 minit nak naik. Lepas ni nak join ride pegi pantai pulak. 


So, ini gambar segwaynya:




gambar amek kat sini
nanti hantaran kawen nak menatang ni lah sebiji [serius ni :|]



Tak dapat amek gambar guna hp sebab tak berani nak handle si seksi ni guna sebelah tangan takut jatuh padahal kalau si penunggang jatuh, si seksi ni mantain tegak je kat situ. So terpaksa tumpang kamera adik yang berani sedikit dari saya. Lepas ni saya sertakan gambar yang diambil oleh fotografer diorang.

Oke, till then, gudnite!


First Time menang peraduan online..excited!

Monday, February 15, 2010

Malam semalam, tak semena - mena adik saya nak main game online. Tengah sedap - sedap taip entri, kena la bagi dia can..ada pc dia jugak mandai - mandai soh abang dia install game. ntah kat mana tak kena, pc lansung takleh start. tak larat dah nak bawak g repair, tersisih sekejap dia kat situ..kesian..


Bagi dia main puas - puas [actually sampai kena marah] saya pun take over balik netbook ni. Time tu dah hampir - hampir pukul 12 tengah malam dah. Niat nak sambung taip entri tu takde dah sebab kalau nak taip entri, saya takleh stop. Nanti idea lari. Pastu pegi sembunyi. Susah nak cari. Nah ambik pantun 3 kerat ini.


Mula - mula tu nak buka Facebook je check tanaman takut kena curi.



Pernah dengar tak mak mertua jadi menantu dan menantu jadi mak mertua?

Hari tu waktu tengah makan tengahari sorang-sorang [seperti biasa] kat kiosk tepi pejabat, datang dua orang pelanggan Cina ke kedai makan. Sepasang. 

Seperti biasa, mak sayang [dikenali dengan nama tu sebab semua pelanggan dia akan dipanggil 'anak mak' dan 'sayang'] akan melayan mesra pelanggannya. 

Si lelaki meng'order' pasembor di kedai hadapan dan yang perempuannya meng'order' laksa. Saya suka dengan suasana ni. Harmoni. Semangat 1Malaysia [tetiba je kan. sebab makan makanan kaum lain je pun]


Waktu mak sayang menghantar makanan, kedengaran dialog seperti dibawah, [tak sebijik-sebijik, tp lebih kurang la ayatnya] :



Saya jadi sengal ni bukan sebab apa..kes terpengaruh la ni..

Saturday, February 13, 2010

Assalamualaikum & salam sejahtera semua!


Berkenaan tajuk di atas, kawan saya yang ni ha cakap saya sengal..
Padahal diri sendiri pun sengal :p


Ini buktinya si empunya gambar kat atas adalah sengal

dia ada thread kamus sengal kat VF ok-.-"
dia pom sengal cakap orang sengal-.-..[tetiba emo kat dia ni :P..sori cik Adza :"> :-s]
bukannya apa..sengal dan dia adalah sinonim..sudah sudah merapu tanpa hala tuju..

Oke, itu adalah mukadimah kepada tajuk dan juga bersempena orang yang menetaskan menge'tag'kan saya..Kisah sebenar ada kat bawah :P



Hari ni saya nak taip tanpa tekan butang backspace dan dengan penuh kelajuan..


NO BACKSPACE, NO STOP..


oke, kita mula dengan kiraan tiga..


1
.
.
.
2
.
.
.
3
.
.
.
GO!



Cerita tengahari Jumaat

Friday, February 12, 2010

Hari ni, lepas Jumaat, mak dengan ayah ajak pergi Pekan Kuah. Mak nak masukkan duit kat dalam akaun bisnes dia, Bank Simpanan Nasional. Sesampainya di BSN, wah, dah berubah. Sudah ada mesin CDM [Cash Deposit Machine]..Nampak sangat saya tak amek tahu hal-hal semasa kat Langkawi ni-.-"

Sesampainya disana, saya ikut ayah ke mesin CDM tu sebab saya tau ayah akan mengalami masalah untuk masukkan duit ke dalam slot [part nak masukkan tu takde masalah, yang masalahnya timbul bila mesin tu susah nak terima duit]

Teringat saya selama pengalaman memasukkan [skema TBB] duit ke dalam CDM tu, saya perasan yang duit yang dimasukkan tak boleh terlipat, kalau boleh masukkan duit yang keras-keras je tak lembik - yang ni masalah sket la, mana nak cari duit keras-keras kesemuanya. Bukannya semua duit yang kita nak masukkan tu fresh-fresh keluar dari mesin buat duit..kan? So, alternatifnya, kena gosok-gosokkan duit tu menjadi sekeras mungkin.

Raisudin Mohd Alias, Al-Fatihah buat kamu..semoga kamu tenang disana

Tuesday, February 9, 2010

Tadi saya dah bersiap-siap nak publish post pasal ni :





tapi niat berbuat demikian dibatalkan selepas mendapat email ni :



Terkejut bukan kepalang waktu terbaca email ni.
Entah kenapa hari ni hati ni tergerak nak buka folder yang difilter dinamakan 'Facebook' di email.
Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright