Hari tu waktu tengah makan tengahari sorang-sorang [seperti biasa] kat kiosk tepi pejabat, datang dua orang pelanggan Cina ke kedai makan. Sepasang.
Seperti biasa, mak sayang [dikenali dengan nama tu sebab semua pelanggan dia akan dipanggil 'anak mak' dan 'sayang'] akan melayan mesra pelanggannya.
Si lelaki meng'order' pasembor di kedai hadapan dan yang perempuannya meng'order' laksa. Saya suka dengan suasana ni. Harmoni. Semangat 1Malaysia [tetiba je kan. sebab makan makanan kaum lain je pun]
Waktu mak sayang menghantar makanan, kedengaran dialog seperti dibawah, [tak sebijik-sebijik, tp lebih kurang la ayatnya] :
Lelaki : Dah banyak kali datang, selalu habis. selalu datang aje mesti tak makan, eh..tak dapat makan [sambil ketawa]
MS : Kena datang awal sikit, cepat habis. [tak pasti laksa ke makanan lain]
Lelaki : Macam mana nak datang awal. Bangun pun sudah pukul satu tengahari. [sambil yang perempuan mencubit-cubit peha si lelaki - malu la tu pecah rahsia..heheh]
MS : Memang, memang. Bukan Chinese je, Melayu pun sama je. Sekarang ni, mak mertua dah siap buat kerja, menantu baru bangun.
Lelaki : Ye ke?
MS : Iyee..mak cakap ni sebab mak ada anak perempuan, ada menantu..tu sebab mak tau. Anak dara zaman sekarang semua macam tu [eh mak sayang ni, tadi cite pasal menantu, g alih cite pasal anak dara pulak - tak pasti kenapa saya terasa kat sini] ...pot pet..pot..pet
MS : Memang dah lainlah anak-anak zaman sekarang dengan dulu..[ulang-ulang balik yang tadi-.-"]..
Yang perempuan tu terkulat-kulat malu kat sebelah si lelaki..
Dari awal sampai habis Mak Sayang membebel-bebel perkara tu. Saya kat tepi meja dorang pun dah naik malu kot - kot nanti Mak Sayang tuju kat saya plaks and tak pasal-pasal g keluar soalan :
"Ha cek, dah kawin? Pagi-pagi bangun pukul berapa?" - kan ke kes naya tu-.-"
Terus saya amek Xpress Music 5800 online guna wifi pejabat buat - buat busy dengan handphone :P
Selalunya, kalau time orang ramai kat kiosk tu, saya akan pegi bagi order kat kaunter, cari meja, duduk diam - diam, surf internet kat dalam handphone sementara makanan sampai.
Bukan sebab apa, orang kat situ [selalunya regular customer yang saya tak kenal sebab tak pernah amek kisah siapa mereka, keja kat mana etc etc] suka betul pandang - pandang macam saya ni pakai baju kurung kain tak cukup. Dah la saya ni teruk sikit bab - bab orang pandang - pandang ni. Asal orang pandang je, mesti syak yang bukan - bukan.
"Eh, dia tengok apa? Ada yang tak kena kat aku ke?" "Tudung aku tak betul ke?" "Lipstik aku comot ke?" "Kain terselak ke?" "Ada tahi mata ke?" "Baju aku jarang sangat ke?" T_____________T
Sori, saya mengalami fobia yang sebegini yang saya-pun-malas-nak-cari-bahasa-saintifiknya..[sapa-sapa yang baik hati tolong carikan fobia jenis apa saya ini]
This is one of the reason why I don't like to be the center of attraction. Saya lebih suka kehadiran saya tak disedari oleh orang tak kisah la kat kedai makan ke, shopping complex ke, majlis-majlis keramaian ke, kat mana-mana je la..yang penting, tempat yang ramai orang..kesian..takleh bawak g majlis kan orang macam ni-.-"
Perkara ini jugak menjadi masalah kepada dia sebab tiap kali dia datang sini, saya lebih banyak risau dari suka. Serius. Tak tipu. Oke, yang ni masuk entri baru. Nanti kang tak pasal - pasal pegi taip pasal lain pulak yang jadi macam ni T__T..lain yang nak cerita, lain yang tertaip. ish ish ish..
Kenapa menantu - menantu Malaysia jadi macam tu? Bangun pagi pun matahari dah terpacak, kerja rumah mak mertua yang buat dari lepas Subuh lagi. Dulu memang payah nak cari situasi macam ni. Anak - anak menantu cukup menjaga tatasusila depan mertua. Sebolehnya, semua kerja nak dibuat sendiri nak tunjuk kat mak mertua yang dia boleh diharap dan mak mertua takkan menyesal dapat menantu macam dia..Sekarang saya percaya memang ada menantu bangun lambat, mak mertua buat kerja rumah..Malu je kan? Apa agaknya mak mertua fikir pasal isteri anak dia kan? Si suami tak tegur ke? Kalau sekali dua mungkin boleh dimaafkan mungkin la penat travel dari Kuala Lumpur ke utara ke, boleh digunapakai la alasan tu kan?
Saya berani tulis ni pun sebab memang saya pernah tengok ada menantu macam tu. Mungkin mak mertua jenis tak kisah, selagi dia mampu buat, dia buat kan? Macam situasi yang saya sendiri pernah alami, anak - anak menantu balik kampung, mak masakkan [boleh diterima la sebab masakan emak tu sedap], tapi part dah nak balik rumah masing - masing, ha kau..tunggang langgang kat bilik dorang letak beg. Baju tak berbasuh berterabur sana - sini. Si emak pulak la yang kutip kan bawak g basuh. Pastu, sidai dan simpan balik untuk kegunaan anak - anak menantu bila dorang balik lagi..
Apa kau ingat mak / mertua kau orang gaji?!
Sebagai peringatan kepada diri sendiri yang tak kawen lagi ni supaya lebih mendisiplinkan diri sebelum jadi isteri / menantu orang ni. Kita kawen bukan cuma setakat jadi isteri kepada suami je, kena jadi menantu kepada mertua jugak, jadi kakak ipar kepada adik - adik si suami, jadi cucu menantu kepada atuk nenek..etc etc etc..- kalau nak habiskan minggu depan pun belum tentu habis..
P/s - nak amalkan cara hidup sihat la lepas ni [tetiba]
hmm.. setuju.stuju. adepon sebabnye, mak nk bebel nti menantu malas nk balik kg lagi. tapi menantu pon satu, x reti2 ler peranagi tuh!!! hmmm..
ReplyDelete@2993406241269219531.0
ReplyDeletetu la..kalau jenis pemalas pun, time balik kampung tu tunjuk la tabiat baik sikit kan..
* peringatan utk diri sendiri jugak nanti :P
yeah~ setuju2.. kalo bule sblm subuh lg nk mangun.
ReplyDeletetakot mak mertua siapkn bekfes dulu.
parents sy slalu bebel kalo mangun lmbt.
mmg da di ajar mangun ppagi.
kalo x free jea saket tinge. 2 jam pun xabes.
:)
*tp slalu gak buat prangai mangun lmbt kalo parents jauh*
@3437545123821545572.0
ReplyDeletesaya pun :p
selalu je terbabas. lepas ni kena mendisiplinkan diri bangun awal pagi taknak terbawak2 sampai dah kawen~ngee:D:D
takpo takpo...
ReplyDeletemenantu bangun lambat..
kito siram ngan air sojuk..
biar menggelupur bangun...
p/s: cik Fen..hang mangun pagi kui brapa??????
@5021040672662191831.0
ReplyDeleteaaaaa...
pukoi 6.30
p bilik ayaq pastu tidoq balik :P
baguih naaa...
ReplyDeleteahaks...
bulih buek slalu..kih kih kih...
@8451437650991243288.0
ReplyDeletezaman bujang muleh la..kalo dah kawen tak pasal2 kena luku ngn laki encik suami :P
@5765764498547926858.0
ReplyDeleteerk..dah laki..encik suami plaks..delete tak habis :P
tadi ghaso eh...ado komen duo kek sini...
ReplyDeleteskojap jo dah hilang...ngeh ngeh ngeh...
@8464338921795778460.0
ReplyDeletetengok betol betol kat atas tu ha:-w