Slider

Entri gembira buat si perut + sedikit sedih melayan perasaan + gembira lagi bila bersama keluarga

Sunday, September 26, 2010

Assalamualaikum & Salam sejahtera. 

Sari berita skema.

Hari ni penuh dengan aktiviti makan - makan je. Start dari pukul 12 tengahari, kenduri di rumah Cik Miah, bekas tauke tempat saya bekerja dulu.

cik miah the gorgeous tuan rumah.
kawan baik mak.


suasana kenduri rumah kampung
Kemudian selesai di rumah Cik Miah, terus kami ke Padang Bola depan Maktab Mahmud pula. Tapi memandangkan waktu tu masih awal, maka kami bergerak dahulu ke showroom Perodua. Tengok - tengok kereta kata mak. Suruh saya tengok yang mana berkenan di hati. Nak beli baru ke mak? Ehe..


dalam showroom
Dik Ja dah dapat MyVi kesukaan.
Ini kereta ketiga Dik Ja dan suami. 
Lepas beredar dari showroom Perodua, kami bergerak semula ke Padang Bola depan Maktab Mahmud. Oh. Program rumah terbuka ni anjuran PAS Langkawi. Meriah. Orang sangat ramai. Cuaca pun elok je panas. Selalunya time tengahari ni kat area Ulu Melaka, Langkawi ni hujan. Macam tau - tau je ada program di tengahari ni.

walaupun terik, orang tetap ramai

persembahan dari anak - anak PASTI

mak dengan isteri Pesuruhjaya PAS Langkawi, Cik Pah.
Sorry, tak tahu nama sebenar beliau >_<

part paling best, kutip duit raya.
Budak tudung biru itu chiomel.
Background music time ni lagu Maher Zain. Suka.

Beberapa jam disitu, kami pulang ke rumah. Dik Ja dan suami terus keluar ke rumah saudara suaminya sebab esoknya dah nak bertolak ke Putrajaya semula. Dik Ja stay kat sini sampai dia bersalin. Suaminya akan pulang 2 minggu sekali untuk menjenguk Dik Ja dan Syaza anak diorang.

Selepas pulang dari rumah saudara Rossdi (suami Dik Ja), kami bersiap - siap pula ke Pantai Chenang. Makan - makan. Restoran pilihan, Restoran Haji Ramli.


ikan masak sweet n sour (tak ingat nama ikan >.<)
ketam masak sambal
kilat 

Sebelum terlupa, thanks atas mesej - mesej kamu semua di entri ni :)
outing sekeluarga ni buat saya happy. sedikit sebanyak.
esok belum tentu.

Selamat malam ♥

Sedih tiba - tiba :(

Friday, September 24, 2010








Rasa sedih hari ini.
Tak tahu kenapa.
Layan cerita Korea pun jadi tak best
Takde feel 

Profile pic facebook saya hari ini.
Represent my feeling this moment
:'(


Masukkan Code JavaScript/Gambar/Text Di sini

Jantung pisang yang lain macam

Tuesday, September 21, 2010

Tadi terperasan jantung pisang ni waktu on the way balik ke ofis. Gila besar. Oke. Orang lain saya tak tahu, tapi sepanjang saya hidup selama 25 tahun ni (ops..terreveal umur plaks)belum pernah lagi saya jumpa jantung pisang sebesar ini.

Orang Langkawi, kalau tak percaya, pokok pisang ni berada di belakang balai bomba Langkawi tepi Arked Teratai yang berada di tepi Majlis Perbandaran Langkawi.

Huh.

 

P/s – ini kalau buat ulam sedap x? >___<

Perasaan perasan memang best dilayan kan?

Monday, September 20, 2010

Selamat pagi semuaaaaa..Dah makan?

Nah tengok muka saya yang fresh dari ladang pejabat.


P9200125

  Muka perasan comel –_-“
Ini pesen muka saya yang macam baru bangun tidur. Awal pagi lagi teruk. Orang selalu tegur, Kau nampak jalan ke Pentot? Aku tengok mata kau macam takleh bukak je pun. Choy. Tak baik tau. Ai nampak oke. Jelas melas lagi. Tak baik tau.

Pagi ini, bangun dengan perasaan terasa comel yang segar walaupun terasa kelewatan. Tapi bila turun ke bawah, on the way ke bilik mandi sempat saya mengerling ke arah jam. Oh. Masih awal rupanya.

Takpe. Boleh berleka – lekaan mandi – mandian kat dalam bilik air. Jangan tiru aksi ini. Tak elok dok dalam toilet lama – lama ye adik - adik.

Selepas mandi, ketika tengah senang hati bersiap – siap mekap mekapan, kedengaran gerimis menyapa atap zink rumah menghasilkan runut bunyi yang cukup indah. Ecececeh. Ayat sastera abes ah. Skema pulaksBatting Eyelashes

Saya teruskan proses menconteng muka sambil meleterkan diri kepada adik Syafiq yang juga ketika itu sedang bersiap – siap ke sekolah. Time ada ayah mengada – ngada betol budak ni sorang. Semua benda nak ayah yang buatkan. Time ayah keluar awal pegi menoreh dulu senang je nak bangun pegi sekolah. Sekali panggil je dah zap berdesup bangun ke bilik air. Reti pulak dia nak pakai baju sendiri, angkat beg sekolah sendiri, cari stokin sendiri, naik basikal sendiri, masuk pagar sekolah sendiri, parking basikal sendiri, masuk kelas sendiri haha over over.

Sambil berharap hujan berhenti, sambil – sambil pakai losyen ecece dah pandai pakai losyen dah sekarang Tonguesambil jenguk jenguk telefon bimbit dengan satu niat suci murni :- Nak sms Julia/Bad “Bad/Julia tolong punch kat saya sat. Sini hujan la :(” hehe. Boleh la berlewat – lewatan Big Grin. Sebab hujan haa..bukan sengaja oke. Tak suka lah nak lewat – lewat pegi kerja ni [walauuuuuupun kau selalu je sampai pejabat kurang 5 minit nak ke pukul 8]

Belum sempat niat dilaksanakan, tertera sms dari Bad, dia dh tolong punchcardkan. Hujan lebat katanya kat pejabat. Mesti dia dah boleh agak akan kesukaran saya pegi keja kalau hujan. Ini lah namanya kawan. Faham kesukaran dan keperluan kawannya ketika kesusahan kan kan kan? Dan dan je puji kawan kannnnn.

*********

Sesampai ke pejabat, dia atas meja sudah tersedia air mineral. Eh, baik hati betul siapa ini yang letakkan botol air mineral untuk saya kat sini? Wahhh..terima kasih ye.


P9200131

Terus perasan diri ini ada secret admire yang lomentik baik hati bagi ai air mineral sebab tekak sakit kelmarin buat suara ai macam serak – serak gagak basah persis Ella gitu. Terus daydreaming sekejap sambil teka – teka siapa agaknya si secret admire ai iteww *efek gedikDay dreaming

Lepas beberapa ketika selepas sedar dari perasaan perasan yang best itu, baru saya teringat, itu air mineral saya yang kelmarin punya beli kat kedai runcit beli mamee (-___-“). Terus sedar diri kembali.

Haih. Perasan je kau kan Fentot. Sudah sudah. Pergi buat kerja. Bos sudah usya – usya. Cecece bos, konon – konon keluar cari staf la, padahal nak bagi hint kat saya la tu tak p kat bos lagi tunjuk justifikasi lagi x_x. Baik bos. Berita diterima over. Saya buat sekarang. Eh silap. Bos cari Abg Ilyas suruh pegi fotokopi. Perasan lagi. Hmm..

*Blogging, ku seru semangat mu :’(

Entri selingan, Al-fatihah buat blogger Toh Tuan Tanah

Sunday, September 19, 2010

Sebelum saya pos apa – apa selepas beberapa lama tak pos entri ni, saya nak ucapkan sekalung takziah buat keluarga TTT @ Toh Tuan Tanah yang telah kembali ke rahmatullah pada 17 September yang lalu. Saya terlewat nampaknya. Sangat sibuk lepas raya ni. Keluar pagi balik malam sampaikan tak sempat nak online. Laptop pun biar je pasang takde orang layan.

TTT

Pagi ni, baru ingat nak buka blog. Dapat tahu mengenai pemergian allahyarham melalui blog Fitrihadi. Bila buka page facebook allahyarham, ramai orang dah ucap takziah.

Saya pun, macam FIT kenal TTT dari contest menang blackberry tp saya tak sempat hantar penyertaan sebab masa dah tutup masih takde idea. Walaupun saya tak join, allahyarham sering jugak datang ke blog saya tinggal mesej kat shoutbox. Sangat peramah orangnya.

Apa pun, al fatihah buat allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang – orang yang beriman.

* Saya dah jumpa info mengenai perkataan arwah waktu saya ragu – ragu dulu. Kita tak boleh sebut arwah sebab maksud arwah tu adalah roh. Kena sebut Allahyarham yang bermaksud Allah mengasihi dan bila kita sebut ‘Allahyarham polan’, itu bermaksud ‘Allah mengasihi si polan’. Sambil sebut, sambil kita mendoakan.

** Takde sebutan spesifik untuk si mati lelaki dan si mati perempuan. Semuanya guna allahyarham. Lebih lanjut, sila rujuk sini [klik]. Wallahualam..

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Semua!



credit : miao wafupafu



Comeback

Monday, September 6, 2010

Gosh.

Berapa lama eh saya tak update? Last update 23 Ogos lepas. Hari ni dah 6 September. Gila lama.

Ada banyak perkara sebenarnya nak update tapi mood menulis tak mau datang.

Kepada yang follow, terima kasih saya ucapkan. Juga kepada yang sudi datang ke blog pagar papan ni. Kepada yang klik Like kat Fanpage Facebook saya, i love you.

Kepada Nuffnang, thanks to you sebab still bagi BE walaupun blog ni dah bersarang labah, berdebu, berkulat dan segala macam ber ber lagi.

Tengah sedaya upaya menyeru balik semangat yang hilang eh dah macam tajuk lagu xpdc pulak.

Tunggu tau.


Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright