Hari ini, hari terakhir mengikut kalendar Masihi. Hari paling bermakna bilamana seluruh negara dapat cuti berikutan kemenangan Pasukan Harimau Malaya menentang Pasukan Garuda dalam Piala Suzuki AFF dan memenangi perlawanan dengan aggregat 4-2.
Jadi fenomena secara tiba - tiba dimana penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat dikenali serata donia apabila dengan penuh kehenseman beliau menyelamatkan bola dari bolos ke dalam gol jagaan beliau. Sangat takjub oke tengok dia tangkap bola. Tak muntah lansung. Yang boleh bolos tu pun sebab bola muntah sekali dah tu teros pemain Indonesia sepak kan..Tapi apa pun, kita tetap menang dan ini adalah kejayaan yang manis buat Malaysia di penghujung 2010 ini.
Taknak cerita pasal bola lah. Grr..nak jugak kau update pasal bola kan Cipina.
Baiklah. Ini adala entri terakhir bagi tahun 2010 walaupun berlambak - lambak entri dok kat draf lupakan...lupakan..nanti senang - senang ai update lah :P
Aktiviti luar rumah bermula apabila kami sekeluarga bergerak ke lapangan terbang menghantar adik dan suami dan anak - anak yang bertolak pulang ke Putrajaya dengan menaiki pesawat Air Asia yang tak ingat nombor penerbangannya yang berlepas pada pukul 5.45 petang. Adik berada di sini semenjak Raya Puasa bulan September lepas. Cuma suaminya aje yang pulang ke Putrajaya dan kembali ke Langkawi 2 minggu sekali. Adik tak ikut suaminya balik untuk berpantang disini. Melahirkan seorang puteri comel yang diberi nama Syasya Syazwina dan habis pantang pada 28 Disember lepas. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
Orang kat sebelah kiri adalah orang yang nak menaiki pesawat Yang dikendong tu adalah ahli baru keluarga kami ♥ Syasya Syazwina |
Lepas hantar adik ke lapangan terbang, ayah hantar saya, mak, Pun, Syafiq & adik Syabil ke rumah sebab ayah masih dalam trip membawa pelancong dari Jepun yang tengah mandi kat Pantai Chenang.
Lepas habis trip, ayah bawak kami sekeluarga ke Pekan Kuah untuk makan malam. Aktiviti makan malam kat luar ni dah jadi rutin dalam keluarga ni. Tiap - tiap minggu kami akan keluar makan malam kat kedai tepi tasik berhampiran Jetty Point.
Sebelum tu, pegi beli kasut sukan mak dan saya untuk aktiviti aerobik kami hehe kasut ai dah rosak yu sebab lama tak pakai. See..nampak sangat jarang bersukan sampai kasut pun dah rosak sebab makan diri.
kasut pilihan <3 |
Tapi, apakandaya...takde saiz lah pulak.
So, amek kasut ni sebagai pengganti. Hampir sama designnya dengan kasut yang terdahulu.
jadilahhh..ayah belanja :P |
Lepas dapat apa yang diingini, tiba masa untuk makan malam :D part kesukaan kalau keluar dengan keluarga amboi makan je kau suka eh.
Macam biasa, makan kat tempat biasa. Kedai Abg Man.
minum melo suam ja..untuk org sakit tekak=.= |
kupang masak apantah..sedap |
sup tulang yang semata - mata tulang-.-" |
nasi goreng cina |
kemestian |
see..dah kata..sedappp..sib baik bkn kat umah.. kalau kat umah, pinggan tu tak payah basuh dah lepas guna |
Lepas habis makan, pegi ke Jualan Gudang kat Pekan Rabu. Mak jadi bentara untuk kenduri kat kampung esok so dia nak cari kasut yang proper untuk dipakai. Takkan lah nak berangkat pakai kasut tumit tinggi kottt..tak sesuai kau.
otaiman n de geng.. |
Ini kat jualan gudang. Esok datang sini untuk cabutan bertuah. |
Mak ayah ai rileks je yu..ayat yang diorang bagi lepas Syapit mention pasal bunga api kat diorang "Alaaahh..benda yang sama jugak. Bunga api. Bukan tak penah tengok" haha..bikin panas jek statement.
Lepas bergerak dari Pekan Rabu, singgah kat kedai Dua RInggit jap mak nak beli apa ntah tak perasan sebab dok kemwore kat seat belakang sorang2-.-"
paras rupa terakhir di tahun 2010. Eh eh, nampak papan tanda tempat keja lama :P |
Selamat Tahun Baru!
Selamat tahun baru. Belum pernah sampai pulau Langkawi lagi. Dengar barangan bebas cukai sesuatu yang tidak boleh dilupakan :-)
ReplyDelete@akubiomed
ReplyDeleteitu sudah tentu. antara penyebab utama pelancong local tertarik ke sini hee..
Selamat Tahun Baru!
sedapnya tengok kupang tu...haha
ReplyDeletetak nampak lain dah. :D
selamat tahun baru awk.. semoga tahun nih akan menjadi lebih baek dr tahun2 sebelumnya..
ReplyDeletesy suka tgk kupang tuh.. sbb kupang adalah antara makanan fav sy.. dulu kt melaka, bule dkatakan ari2 sy makan lauk kupang jea..
sy suka tgk otaiman paling kecik tuh.. hahha~ comel..
dan sy nk pegi langkawi.. sila bw sy jalan jalan.. hukhuk~ bila nk g sana lg nih.. :(
@Hasrol Nizam
ReplyDeletememang sedap..berebut2 masing T___T takut nak order banyak sebab nanti tak makan :P
@Cik Adza
ReplyDeletehuhu..setelah sekian lama tak makan kupang..ni baru makan balik :P
otaimen paling kecik tu hari - hari kena paksa cium kakak dia HAHA. geram!
nak datang sini? gtau aje. insyaallah saya akan luangkan masa :D
lastly, aminnnnnn...Selamat Tahun Baru buat kamu jugak :D