February 2010 | Blog Cipina
Subscribe:

Sunday, February 28, 2010

Perlukah guna model yang kuku makan cekam untuk pamplet anda?

Saya tak faham. Apa siginifikasinya letak gambar jari kuku makan cekam untuk pamplet anda yang gah di mata dunia ni? Tak faham. Serius tak faham. Sungguh tak faham. Memang tak faham. Anda? Faham?

 

Pic2502

minta maaf kalau gambar diatas buat hati anda tak tenang

 

sekarang meh saya tunjukkan gambar yang lebih menenangkan Tongue

 IA Big GrinBatting Eyelashes

 

P/s – perjalanan kali ni sangat memenatkan.

Tuesday, February 23, 2010

Demam demam pun nak berjalan jauh #1

Nak buat macam mana kan. Tuntutan kerja..

Ecewah..tuntutan kerja konon.

Padahal bos soh pegi last last minute sebab dia kena teman bos besar g persidangan kat Gunung Jerai.

Perjalanan kali ni agak ‘sakit’ disebabkan tuan tanah blog ni demam. Dah tu plak sakit tekak. Sungguh tak selesa perjalanan ni. [Betul la tak bersyukur Cik Fina ni, dapat naik bas yang seat dia dah besar katil pun nak komplen itu ini tak selesa – oke, yang besar macam katil tu saya tipu Tongue]

Dari malam sebelum hari bertolak lagi saya dah rasa tak sedap hati. Berbual kat telefon pun saya tak fokus. Lagi lama cakap lagi tak sedap hati. Last-last minta talian diputuskan sebab nak tido supaya dapat hilangkan rasa tak sedap hati tu.

Dan persoalan pasal tak sedap hati pada malamnya terjawab bila pagi ni saya bangun lambat!

Tersedar pukul 7.40 pagi n feri pukul 8.30 minit! Ini bermakna saya ada kurang dari 20 minit untuk siap2. Dah la barang pack pn tak habis lagi..berus gigi dengan pencuci muka tak masuk dalam beg lagi. Kasut untuk kursus pn tak masukkan dalam beg lagi.

Tapi, nasib baik sempat. Kena bebel dengan ayah sekejap [dari rumah sampai setibanya kat Jeti-.-“]

Layan cerita K.A.M.I dalam feri. Tak pernah tengok cerita ni sebelum ni walaupun ada Zahiril Adzim. Logik la, sebab saya minat Zahiril Adzim lepas dia berlakon cerita ni.

Belum abes layan K.A.M.I, dah sampai kat Jeti Kuala Perlis. Turun je dari feri, terus g cari makanan. Kena amek breakfast sebelum travel jauh-jauh sakit perut nanti kang susah pulak [oke, sekarang saya rasa sakit perut. saiko betul]

Kat dalam feri jumpa kawan sekolah lama eh, ke kawan lama sekolah, ke sekolah kawan lama oke oke lupakan. Jadi cikgu kat KL sana. Ramai jugak kawan-kawan jadi cikgu. Saya? Jangan tanya. Sebab belum jawab soalan tu pun saya dah tau macam mana keadaanya Cik Shafina Othman ni jadi cikgu –.-“ [kalau saya jadi cikgu, mesti anak murid tak sabar-sabar nak masuk kelas nak buli Cikgu Shafina] – pergh..cikgu shafina. TBB betol..Kan dah terberangan sekejap..hmm..

Oke sudah.

Sambung part #2 pasni.

 

 

Saturday, February 20, 2010

Quick update untuk hari ini pasal SEGWAY. Apa tu?

Hari ni pegi Oriental Village. Oke, kalau cakap Oriental Village mungkin ramai orang tak tau tempat tu sangat kan? Saya pegi ke Cable Car. Tapi bukan sebab nak naik cable car tapi nak naik SEGWAY. Pernah naik tak?
Best gilak!


Nak naik lagi lepas ni. Tak puas main tadi. Rasa sekejap sangat. Walaupun kena charge RM17 untuk satu ride yang lebih kurang 10-15 minit, tapi memang berbaloi [Tips : sila beramah mesra dengan instructor untuk memaksimakan masa bermain - oke, diorang yang lebih peramah]


Dikatakan Langkawi adalah lokasi kedua di Malaysia ada menda alah ni. Bijak betul Dean Kamen si pereka  kenderaan seksi eco-friendly ni dan bijak juga si pembawa benda alah ni masuk ke Langkawi. Sambutan hangat! Tadi pun kena tunggu 10 minit nak naik. Lepas ni nak join ride pegi pantai pulak. 


So, ini gambar segwaynya:


gambar amek kat sini
nanti hantaran kawen nak menatang ni lah sebiji [serius ni :|]

Tak dapat amek gambar guna hp sebab tak berani nak handle si seksi ni guna sebelah tangan takut jatuh padahal kalau si penunggang jatuh, si seksi ni mantain tegak je kat situ. So terpaksa tumpang kamera adik yang berani sedikit dari saya. Lepas ni saya sertakan gambar yang diambil oleh fotografer diorang.

Oke, till then, gudnite!

Monday, February 15, 2010

First Time menang peraduan online..excited!

Malam semalam, tak semena - mena adik saya nak main game online. Tengah sedap - sedap taip entri, kena la bagi dia can..ada pc dia jugak mandai - mandai soh abang dia install game. ntah kat mana tak kena, pc lansung takleh start. tak larat dah nak bawak g repair, tersisih sekejap dia kat situ..kesian..


Bagi dia main puas - puas [actually sampai kena marah] saya pun take over balik netbook ni. Time tu dah hampir - hampir pukul 12 tengah malam dah. Niat nak sambung taip entri tu takde dah sebab kalau nak taip entri, saya takleh stop. Nanti idea lari. Pastu pegi sembunyi. Susah nak cari. Nah ambik pantun 3 kerat ini.


Mula - mula tu nak buka Facebook je check tanaman takut kena curi.



Pernah dengar tak mak mertua jadi menantu dan menantu jadi mak mertua?

Hari tu waktu tengah makan tengahari sorang-sorang [seperti biasa] kat kiosk tepi pejabat, datang dua orang pelanggan Cina ke kedai makan. Sepasang. 

Seperti biasa, mak sayang [dikenali dengan nama tu sebab semua pelanggan dia akan dipanggil 'anak mak' dan 'sayang'] akan melayan mesra pelanggannya. 

Si lelaki meng'order' pasembor di kedai hadapan dan yang perempuannya meng'order' laksa. Saya suka dengan suasana ni. Harmoni. Semangat 1Malaysia [tetiba je kan. sebab makan makanan kaum lain je pun]


Waktu mak sayang menghantar makanan, kedengaran dialog seperti dibawah, [tak sebijik-sebijik, tp lebih kurang la ayatnya] :


Saturday, February 13, 2010

Saya jadi sengal ni bukan sebab apa..kes terpengaruh la ni..

Assalamualaikum & salam sejahtera semua!


Berkenaan tajuk di atas, kawan saya yang ni ha cakap saya sengal..
Padahal diri sendiri pun sengal :p


Ini buktinya si empunya gambar kat atas adalah sengal

dia ada thread kamus sengal kat VF ok-.-"
dia pom sengal cakap orang sengal-.-..[tetiba emo kat dia ni :P..sori cik Adza :"> :-s]
bukannya apa..sengal dan dia adalah sinonim..sudah sudah merapu tanpa hala tuju..

Oke, itu adalah mukadimah kepada tajuk dan juga bersempena orang yang menetaskan menge'tag'kan saya..Kisah sebenar ada kat bawah :P



Hari ni saya nak taip tanpa tekan butang backspace dan dengan penuh kelajuan..


NO BACKSPACE, NO STOP..


oke, kita mula dengan kiraan tiga..


1
.
.
.
2
.
.
.
3
.
.
.
GO!



Saya rindu kamu dengan serius

Saya rindu kamu..kamu rindu saya tak?
Tau kamu rindu saya sangat-sangat. Tapi kamu tahan je kan?
Kenapa tahan? Kenapa tak luahkan?
Oh, sebab saya cakap tak suka kalau kamu terlalu berterus terang kan?
Oke, saya faham:)
Tapi, kamu kena ingat janji kita..
Jangan sekali-kali buat apa yang kamu dah buat sebelum ni sampai saya dah hampir-hampir tawar hati dengan kamu oke?
Saya pun sayang kamu
Banyak kasih yang saya rasa nak curahkan buat kamu
Tapi saya taknak biar ia melimpah
Takut nanti kasih sayang yang saya nak bagi kat kamu untuk nanti-nanti habis
Kasih sayang mana saya nak curahkan kat kamu pulak kan?
Saya taknak bazirkan kasih sayang saya tak kena pada tempatnya tau..
Tapi ingat perkara ni..
Saya sayang kamu
sangat-sangat..


Ingat..


Don't chase me and I'll hunt you..I swear!


I love you =)




nanti saya buru kamu sampai macam ni baru tahu
kredit : situ


♥♥♥

Friday, February 12, 2010

Cerita tengahari Jumaat

Hari ni, lepas Jumaat, mak dengan ayah ajak pergi Pekan Kuah. Mak nak masukkan duit kat dalam akaun bisnes dia, Bank Simpanan Nasional. Sesampainya di BSN, wah, dah berubah. Sudah ada mesin CDM [Cash Deposit Machine]..Nampak sangat saya tak amek tahu hal-hal semasa kat Langkawi ni-.-"

Sesampainya disana, saya ikut ayah ke mesin CDM tu sebab saya tau ayah akan mengalami masalah untuk masukkan duit ke dalam slot [part nak masukkan tu takde masalah, yang masalahnya timbul bila mesin tu susah nak terima duit]

Teringat saya selama pengalaman memasukkan [skema TBB] duit ke dalam CDM tu, saya perasan yang duit yang dimasukkan tak boleh terlipat, kalau boleh masukkan duit yang keras-keras je tak lembik - yang ni masalah sket la, mana nak cari duit keras-keras kesemuanya. Bukannya semua duit yang kita nak masukkan tu fresh-fresh keluar dari mesin buat duit..kan? So, alternatifnya, kena gosok-gosokkan duit tu menjadi sekeras mungkin.

Tuesday, February 9, 2010

Raisudin Mohd Alias, Al-Fatihah buat kamu..semoga kamu tenang disana

Tadi saya dah bersiap-siap nak publish post pasal ni :





tapi niat berbuat demikian dibatalkan selepas mendapat email ni :



Terkejut bukan kepalang waktu terbaca email ni.
Entah kenapa hari ni hati ni tergerak nak buka folder yang difilter dinamakan 'Facebook' di email.

Thursday, February 4, 2010

Tazkirah di tengah malam...sungguh syahdu

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...[daaaahh dapat 40 pahala - dengar ceramah tadi] & salam sejahtera semua pembaca [tu pun kalau ada yang nak baca]


Cik Fina, sila take note menda ni..Tazkirah kepada diri sendiri.


ANDA hanya menyemarakkan api yang menyala jika berterusan menyerang pasangan di saat hubungan tidak keruan. [terjadi bila sakit hati melampau-lampau - sedikit kesetanan disitu]


Dalam sesebuah perhubungan, ada pasang surutnya. Bahkan pasangan yang dilihat begitu mesra, romantis dan saling berkasih sayang boleh berantakan hanya kerana salah faham atau munculnya orang ketiga. [kes orang ketiga belum pernah muncul lagi. tp kes disyaki ada orang lain tu ada la. benci]


Apabila hubungan semakin intim atau kebahagiaan mula dikecapi, jagalah hati pasangan. Barangkali anda lebih disenangi pasangan kerana di saat bertengkar, anda lebih banyak mengalah demi menyelamatkan perhubungan. [oke, ini part dia :P]


Jangan fikirkan untuk menikmati saat bahagia saja sedangkan terlupa menelah ribut yang tiba-tiba melanda perhubungan. [ribut yang dimaksudkan berada dalam top ten pertelagahan harian]




Sebaiknya ketika pasangan sedang menyinga, anda harus reda dan memberi ruang untuk berfikir sejenak jika mahukan hubungan berdua kembali seperti sebelumnya. [itu part dia...lagi]


::PESANAN KHAS UNTUK LELAKI::


Hubungan tidak terjamin lagi



Wanita tertarik dengan lelaki yang penuh karisma dan keyakinan. Andai anda sendiri berasa kurang yakin malah sesekali berasa cemburu dengan status kerjaya dan gajinya yang tinggi, pasti mereka mulai menghindari anda.


Jika ada perasaan sebegitu, sebaiknya anda kawal hati dengan sebaiknya. Tidak salah andai gaji mereka lebih besar daripada anda. [setuju]


Suka dengan (nama wanita lain)


Jangan beritahu mereka mengenai isi hati anda ini lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki yang mudah tertarik dengan mana-mana wanita cantik. [taktau takpa, kalau tau siap la]


Simpan rahsia kelemahan anda


Jika anda lelaki yang takutkan labah-labah mahupun cicak, simpan rahsia itu sebaiknya supaya tidak diketahui si dia. Biarkan mereka tahu rahsia anda secara semula jadi iaitu sepanjang berhubungan dengan anda. [oke, dia takut kucin - dapat tau secara tak sengaja bila dia melompat tatkala saya kata "ada kucin bawah meja ni"..hue hue hue]


Bandingkan dirinya dengan teman wanita terdahulu


Wanita tidak suka dibandingkan dengan perempuan lain terutama hal yang buruk. Jika anda berbuat begitu, anda sebenarnya menempah satu hubungan yang singkat. [setakat ni belum pernah dengar dia puji ex4 dia lagi]


Jangan jadi anak emak


Beberapa kali dalam sehari anda menghubungi ibu anda? Jika jawapannya kerap, sebaiknya kurangkan sedikit. Wanita tidak suka berasa seperti sedang berebutkan diri anda daripada ibunya. Jadi simpan rahsia diri sekemas-kemasnya. [dia anak mak..saya dianakangkatkan..sob sob..tapi mak dia best+comel]


Anda punyai hobi yang pelik


Anda mungkin pengumpul barangan Transformer atau jam antik tegar dan menjadi teruja apabila melihat telur cicak. Tetapi anda perlu sedar, apakah mereka dapat menerima hobi pelik anda itu?


Jangan pula berlagak baik dengan memberitahu perkara sebenar kepada mereka. Peluang untuk anda ditinggalkan adalah lebih tinggi sebenarnya. [dia memang pelik! tak minat sukan n tak minat bola! terpaksa jeles ngn kawan-kawan yang ada bofren kaki bola..sob..sob]


"Saya tidak berkenan awak berkawan dengan... (kawan perempuannya) "


Jangan sesekali merendah-rendah atau memperlekehkan temannya. Sebaiknya beritahu perkara yang baik saja mengenai mereka. Anda baru saja bersama dengannya sedangkan teman mereka sudah mengenali teman wanita anda sejak sekian lama.


Siapakah yang lebih mengenali teman kekasih anda itu? Pastinya anda tidak dalam senarai di atas.


Anda sudah melakukan sesuatu yang memalukan sebelum ini. Anda fikir inilah masa yang sesuai untuk membuktikan kejujuran dengan mendedahkan perkara sebenar. Sebenarnya pasangan anda tetap tidak dapat menerima anda pernah menduakannya.


Walaupun wanita menyatakan mereka tidak berasa apa-apa, sebenarnya sesetengah mereka tebal dengan sifat dendam dan akan terus mengingati perkara itu sampai bila-bila. Berhati-hati apabila mahu melepaskan beban yang anda tanggung. [tepat dan padu sekali!]


Anda tertarik dengan teman baiknya yang sangat seksi.


Jika anda fikir teman baiknya itu kelihatan seksi, jangan beritahu perkara sebenar walau dengan nada bergurau sekalipun. Tidak mungkin pasangan anda berasakan itu satu gurauan, malah mereka akan berasa marah dan terluka.


Dalam jangka masa panjang, kepercayaan mereka terhadap anda sedikit terhakis. Jangan sesekali fikir mereka kuat menghadapi kenyataan anda. Hakikatnya mana-mana perempuan tidak sekuat itu. Jadi jangan ambil risiko.


" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak  pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang  mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa  kami, dosa semua umat2 islam yang masih  hidup mahupun yang telah meninggal dunia. [bila dia tengok kawan-kawan saya yang ala-ala seksi, sebolehnya dia tak bagi rapat. n dia jadi semakin concern bila masuk bab berpakaian..sedih tau. nak lawa-lawa pun kena ikut garis panduan]


Nah gambar geli sebagai penutup bicara..

geli mat..[echo..mat mat mat mat]


** Budak kat seat belakang tu serius banyak mulut..erm ..maksud saya, banyak cakap :| 


Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
Page Rank
MyFreeCopyright.com Registered & Protected

BlogMalaysia.com