Subscribe:

Wednesday, January 26, 2011

Cerita pasal Cipina & jaketnya

Saya ada satu tabiat yang sedikit pelik. Pelik sikit je. Tak banyak. Iaitu suka pakai jaket / cardigan kat pejabat. 

Tujuan asal tabiat ni adalah pakai sewaktu menunggang si Ego yang comel tu ke tempat kerja. Tapi ditambah dengan keadaan pejabat yang berpenghawa dingin yang sangatlah sejuk dan kulit saya pulak jenis nipis tak tahan sejuk, terpaksa sarung jaket tu dari awal pagi sampai ke petang hari pulang kerja.

Bila dah hari – hari buat macam tu, akhirnya dah menjadi tabiat. Tak kiralah panas atau sejuk, jaket mesti sentiasa ada.

Selain sejuk melampau di pejabat, ada alasan lain sebenarnya pakai jaket kat pejabat ni hehe.

Antaranya :

  • Kadang – kadang pakai baju macam jarang sikit, pastu malas nak pakai inner kat dalam, jadi jaketlah penyelamat dari mata – mata miang meng’scan’ susuk tubuh badan kita. Bencik.
  • Kalau pakai tudung terpendek dan tak tutup dada, jaketlah jadi penyelamat dalam hal ini.
  • Walaupun naik skuter je, tapi kalau dah namanya perempuan, biasalah, kalau datang kerja mesti nak melawa ya tak? Jadi bila pakai tudung lawo – lawo mengerbang – ngerbang macam Dato’ Siti penuh glamour, jaketlah yang menyelamatkan keadaan sekali lagi. Dengan memakai jaket diluar, keglamoran tudung tadi akan terpelihara dari angin jantan yang ganas time naik skuter eh angin yang ganas ke tuan moto yang ganas sebab merempit.
  • Ini part yang paling penting. Nak cover perut yang semakin galak membesar eh eh bukan sebab ada benda hidup, tapi sebab tuan punya badan suka seksa badan dan perut sendiri dengan menyumbat segala macam jenis makanan tanpa mengikut jadual T__T asal jumpa makanan, sumbat, asal jumpa makanan, sumbat. Mana tak membelon.

Ramai yang pelik dengan kejadian saya memakai jaket ditengahari. Even nak keluar pegi makan yang pada masa itu cuaca di luar nauzubillah panas terik pun jaket tetap setia membalut badan. HAHA. Pelik kan?

Tapi saya bernasib baik mempunyai rakan seperjuagan yang mempunyai tabiat yang sama tapi tak tahulah atas alasan apa dia pakai jaket sepanjang masa. Yang nyatanya, jaket dan kami memang tak boleh dipisahkan. Rasa kekok tak pakai jaket satu hari.

Kalau nak bukak jugak jaket, kena buka dari awal – awal masuk kerja. Tongue

 

Ini draf yang telah berkurun ditaip. Juga auto – publishStriaght Face

20 comments

January 26, 2011 10:56 AM

memang cipina minah rempit sejati....aku yg pengalaman bertaon2 jd minah rempit pon seram sejuk naik moto ngn ko pina.....memang jiwa kelajuan btol....

January 26, 2011 11:40 AM

tahukah anda

bahawasanya Cipina dan Aujinz adalah spesis yang sama berlainan jantina..

saya memakai jaket walau ke mana sajer.. hatta tengahari buta nak tukar tayar keta yang pancit pun..

motif??

ala ala sauna.. dengan memakai jaket badan berpeluh dan pembakaran kalori yang berterusan..
koh koh koh..

January 26, 2011 11:46 AM

@aza shafiza
hahaha...ko jangan serik wei..

January 26, 2011 11:46 AM

@Aujinz
HAHAHAHA...hang pun??

Geng jom!

January 26, 2011 1:04 PM

As salam Fina Fento...bnyk gak manfaat ek utk kaum hawa...nnt nk buat gak laa entry untuk kaum Adam...hu3.Thanks support BCR

January 27, 2011 12:36 AM

aku laki pon suka gak pakai jaket, sbb jaket melengkapkan pemakaian yg simple..

pernah buat eksperimen,
kalo masuk satu kedai ni pakai t-shirt je, pekerja tu buat tak layan je..
tp lepas pakai jaket masuk kedai yg sama, trus dtg terhegeh2 nk layan...

January 27, 2011 9:25 AM

@9101440455241839341.0
haha..buat jangan tak buat.

January 27, 2011 9:27 AM

@cEro
oh macam tu pulak? haha..macam - macam..saya ngn kawan ni, kecantikan baju kurung ada disebalik jaket kitorang heheh..

January 27, 2011 1:55 PM

pakai singlet je takpe kan?

January 27, 2011 3:37 PM

@Imran nyambek
err err err..

January 30, 2011 9:37 PM

banyak kegunaan jaket ni. :-)

January 31, 2011 9:47 AM

@Amir Said
penyelamat :P

January 31, 2011 10:52 AM

pun suka pakai cardigan kdg2 :)

anyway best blog awak :) jom sggh blog vee & tggalkan komen/ folo vee..nanti vee folo balik ^_^

elyanas.blogspot.com

January 31, 2011 2:17 PM

@qaseh elyanas
kawan sy siap standby kat pejabat satu haha. tak puas kalau tak pakai :P

January 31, 2011 5:51 PM

kalo kita nampak org pakai jaket/sweater tengah ari buta, memang kita akan renung orang tu dlm2.. hahaha

January 31, 2011 9:29 PM

berpeluhlah annti panas2 pakai jaket hahaha

February 1, 2011 2:03 PM

@rossoneri
oh oh kalau nampak saya jalan tengah - tengah panas berjaket, buat - buat tak nampak dah la ye ehehe..

February 1, 2011 2:07 PM

@ARC™
sauna express heheh

February 3, 2011 12:42 AM

lantak ar tengah hari buta ke.. janji kita tau kita pakai tu ada tujuan..

pakai jaket pun boleh bergaya pa..

February 5, 2011 6:07 PM

@Fitrihadi.com
tulah..tp tak suma orang faham situasi kita kan..hehe

Post a Comment
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
1Malaysia Blogger Community
Page Rank
MyFreeCopyright.com Registered & Protected blogr.my

BlogMalaysia.com