Subscribe:

Saturday, January 22, 2011

EP4 : Aku Seorang Blogger

Terjah cerita sebelumnya untuk lebih pemahaman =)




Seperti yang dijangka, hanya beberapa minit selepas itu ...............

..komen menderu - deru masuk di entri yang baru dipublish itu. Tak hairanlah kerana Ilya Suhana adalah salah seorang blogger yang agak terkenal di arena blogging di Malaysia. Setiap kali entri baru dipublish, menderu - deru trafik ke blognya.  Ditambah pula apabila ada entri terbarunya diselitkan sekeping dua gambar dirinya sendiri yang selalunya dipos separuh - separuh yang sebenarnya menjadi penarik kepada pembaca ke blog terkenalnya itu. Misteri..tapi cantik. Itulah sikap empunya diri Ilya Suhana ini. Di atmosfera blogging, dia terkenal dek kecantikan misterinya itu, namun di dunia realiti, dia hanyalah Ilya Suhana yang biasa. 


Dia menekan F5 di blognya di mana setiap kali refresh, ada saja komen terbaru akan muncul. Rata - rata mengecam tindakan Haqim berbuat sedemikian kepadanya. Tak kurang jugak komen yang mengutuk dirinya. Almaklumlah, blogger famous. Tak sah kalau takde haters. 


'Ah. Anonymous. Takde telur. Tak payah layan' 

Komen di blognya tidak dimoderate. Supaya telus. Selepas beberapa ketika berbuat demikian, Ilya Suhana terus menekan alt+f4 dan terus menutup laptopnya. Sebal dengan perlakuan si Haqim tadi masih bersisa biarpun telah diluahkan di blognya. Geram.


"Makan lauk semalam lah nampaknya tengahari ni. Haih..Nanti kau Haqim" 


Perkara yang diposkan di wall si Haqim malas mahu diperiksa. Tak pernahnya berbalas. Yang penting hatinya puas dapat berbuat sedemikian. Acap kali hanya kawan - kawan mereka saja yang sibuk menyakat. Kebanyakkan kenalan di facebook Haqim adalah rakannya juga. Jadi tak hairan sekiranya pada awalnya mahu memprotes di wall Haqim akhirnya menjadi tempat 'mesyuarat' Ilya Suhana dan kawan - kawannya yang lain. Selalu begitu. 




********



Berhati-Hati Dengan Lelaki Ini - Ilya Suhana


Berkali - kali Haqim membaca wall post dari gadis kesayangannya itu di Facebook. 


Apa kau dah buat ni syaitonnnnn? - Alan Hensem Gila ; Rakan sengal Haqim.

Kena sakat lagi la tu haha - Sesumpah Comel ; Teman baik Ilya Suhana

Sokong Ila, memang kene hati - hati dengan budak Haqim ni. Ila, kalau si sengal ni buat kacau lagi inform abg ye, nanti abg piat tinge die - Razman Botol ; Mentang - mentang duduk KL.

Hati - hati? Kenapakah? - Lili Asmida ; Teman yang baru diapprove tapi tak kenal pun.

Abg, abg kacau kak Ila lagi eh. Ika report mak - Ika Mardhia ; Sibuklah kau adik.



Disebalik komen teman - temannya dan adiknya di bawah pos itu, hati Haqim sedang berbunga. 

"Ilya..Ilya..comel betul lah kau ni" Desus Haqim di dalam hati.



Ilya Suhana. Nama seindah empunya diri. 'Ahh..Kalaulah kau jadi milik aku Ilya'..bantal peluk Spongebob kesayangan dicapai lalu dipeluk..


"Heheh. Kalau lah kawan - kawan aku tau yang aku ada bantal peluk Spongebob ni, mau sebulan aku kena bahan keh keh keh" 

'Ilyaaa..apesal la kau sombong sangat..Aku ni hensem apa..apa lagi yang tak cukup ha syg?' Monolog Haqim sendirian....

..dan Haqim tenggelam di dalam angan - angan sendiri. 







..beberapa belas minit kemudian..









"Qimmmmmmmm !" 


Tersentak Haqim dari mimpi yang baru nak start enjin. 


'Aduuuuuuhhh..!' 
.
.
.
.
.
"Ye makkk.."

"Turun sarapan!"

"Ye mak..jap g Qim turun"

Selepas menyakat Ilya Suhana, Haqim akan terus pulang ke rumahnya. Masih awal pagi. Teman lepaknya masih berdengkur. Begitulah rutin harian Haqim. Sanggup bangun awal pagi semata - mata untuk melihat wajah 'pagi' Ilya Suhana yang sangat comel pada pandangannya. Pelik. Haqim sendiri pelik dengan tabiatnya suka melihat wajah 'pagi' Ilya Suhana tu. Padahal muka Ilya Suhana yang bermata sembab baru bangun tidur je pun.

Bau nasi goreng belacan kegemarannya tidak dapat menahan Haqim dari terus berleka - lekaan di bilik. Terus kaki meluru keluar dari biliknya. Dirumah hanya ada dia dan ibu. Ayah seawal 6.00 pagi sudah keluar menoreh. Selalunya akan pulang antara pukul 9.00 - 9.30 pagi. Adik Ika baru sebulan mendaftar di UiTM Lendu.

Sambil enak melayan nasi goreng belacan dan cerita kartun di Astro Ceria...


..tiba - tiba tanpa disangka...

baca sambungannya di
EP5 : Aku Seorang Blogger

43 comments

January 22, 2011 12:13 AM

hahahha .. cm2 lak .. dr seram jd ksh cinte .. keh3 ..
thumbs up :)
pasni, turn spe ?

January 22, 2011 12:17 AM

best jugak.. takutnya menanti giliran.. huhu

January 22, 2011 12:21 AM

hehehhe..ade bantal spongebob..mmg kisah seorg blogger btol la..

January 22, 2011 12:23 AM

amboiihh dok puji sakan ilya suhana...(^^,)

January 22, 2011 12:23 AM

kahkahkah,, lawak2,, bertambah2 watak dlm ni,, adeh si haqim ni tak abes2 la,, jeles aku,, :p

January 22, 2011 12:40 AM

yg tak bley blah nye nk jugak ada watak ALAN HENSEM GILA tuu...hahaaa...caya lah pina!

January 22, 2011 12:41 AM

makin best je cite ni...sape plak lepas ni???

January 22, 2011 12:45 AM

@sharina elisa
hahah..tu lah. tak pasal - pasal je..pasni kot genre berubah kot..nantikannn

January 22, 2011 12:46 AM

@eiela
huhu..eiela, no 14 kan? lambat lagi tu. mana tau pasni genre berubah :P

January 22, 2011 12:47 AM

@eQuRlz
hahah..ntah cmana terfikir nak letak watak bantal spombob tu :P

January 22, 2011 12:47 AM

►AdamXis◄
tunggu pasni up watak lain pulak..hehe

January 22, 2011 12:48 AM

@Fariq
huhuh..satu blogger, dua watak. sampai blogger last boleh buat rombongan satu bas hahah.

January 22, 2011 12:48 AM

@aza shafiza
hahah. haruslah ekekeke

January 22, 2011 12:49 AM

@nur aisya humaira
lepas ni cik tom ;)

January 22, 2011 2:22 AM

Cis! Nasi goreng belacan punya haqim. Aku sendiri pun tak pernah tgk muka Ilya Suhana tu bangun tido tau. Takpe2. Tggu aku post bantal spogebob kau di Fesbuk.

(^__^)

January 22, 2011 3:48 AM

ouh entry contest ke?? ingatkan tulis blog-novel ke apa.. heehee

January 22, 2011 6:07 AM

hahahaha...minat kat Ilya rupanya Haqim ni ea...

January 22, 2011 9:12 AM

haha..penukaran genre di sini..err, mane nak dapat bantal spongebob yg murah ek? ahaks..

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Guna Auto Blogwalking Software.

January 22, 2011 12:18 PM

@The Crow Empire
hahah. dalam hati ada taman :P

January 22, 2011 12:19 PM

@Fitrihadi.com
takde bakat kot ehehe

January 22, 2011 12:19 PM

@mOoN
tunggu penulis lepas ni dia still nak buat haqim minat ilya ke tak huhu

January 22, 2011 12:21 PM

@Jejaka Terhangat
huhu..tunggu penulis lepas ni nak buat genre apa pulak hehe.

bantal spongebob murah? pasar malam ada banyak :P

January 22, 2011 12:33 PM

best2x..

x sabar nak baca yg seterusnya!

January 22, 2011 1:10 PM

@syuwai
hehe..makasih ;D

cik tom pulak lepas ni hehe

January 22, 2011 11:46 PM

fuyooo.. ini macam kisah cinta Haqim dan Ilya Suhana je pon..
jalan cerita mcm makin rumit..
takut gak xde ide bila smpai giliran nnt.. heheh.
nway, gud job!
mmg menarik dan kelakar! hahaha..

January 23, 2011 9:10 AM

@Solihin Zubir
huhu..makaseh makaseh :D
tunggu penulis lepas ni nak buat cerita macam mana pulak hee..

January 23, 2011 10:45 AM

sambungannya kat sini ye;

http://www.ciktom.com/2011/01/ep5-aku-seorang-blogger.html

January 23, 2011 11:38 AM

@CIK TOM
Thanks cik tom :D

January 24, 2011 12:38 PM

waah, novel pasal blogger
^_^

January 24, 2011 12:41 PM

@Suhami Ahmad
iyee :D

kalau rajin, follow la cerita ni hehe

January 24, 2011 3:28 PM

haha nasik goreng belacan?? hehe, mmg best giler.. ;)

January 24, 2011 3:40 PM

hehe..besh2..
name fyna jgk e?




jom singgah n follow2 belog saya...
http://inibelogfyna.blogspot.com/

January 25, 2011 11:44 AM

@Siti Safiyyah
waktu tulis entri ni rasa macam nak makan nasi goreng belacan. tu yang masuk jugak tu hahah

January 25, 2011 11:54 AM

@fyna
O hai fyna! sehat ke? ehehe..makasih sudi drop sini ye.

January 31, 2011 1:54 PM

hri ni giliran sy wt cerite lak..hehe

January 31, 2011 2:20 PM

@6103449096125687301.0
zappp..*terjah blog cik nur syafiqah :P

February 6, 2011 5:12 PM

EPISOD 18 (penutup) telah siapp!
yeahaaa.. jempot baca! hee..

http://aishawhatever.blogspot.com/2011/02/episod-18-aku-seorang-blogger-penutup.html

February 8, 2011 9:39 AM

@AISHA INANI
uhuhu..dah habis dah? thanks. terjah sekarang :D

June 24, 2011 2:04 AM

huhhhh.. hyee.. waa ader sambungan lagi.. huhu try tgk sambungan plak..

June 24, 2011 2:50 PM

@aku seorang blogger
masuk contest ekkkkk

June 26, 2011 7:47 AM

tulis pada dinding facebook.lepas jenis apa ni.

June 26, 2011 12:09 PM

@Ali ridha
dinding facebook siapa..

July 1, 2011 2:15 AM

Waaaa dh macam drama king la plak...hehehe
pas ni silap2 ader pengarah drama dtg jumpe mintak skrip ...hehehe

#Salam kenai...yastro.

Post a Comment
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
1Malaysia Blogger Community
Page Rank
MyFreeCopyright.com Registered & Protected blogr.my

BlogMalaysia.com