Slider

segmen mari menyambung cerita category
Showing posts with label segmen mari menyambung cerita. Show all posts

Blog updated. Wah, ada cerita beronok malam ni kat Majalah3 di #tv3 :P

Saturday, February 5, 2011

Ini short update.


Hari ini takde aktiviti kat rumah. Maka diisi dengan aktiviti paling best ; tidur. Punya takde benda nak buat. Main internet main taram je istilah pun dah macam malas gila. Takde menda.


Banyak perkara sebenarnya nak tulis. Tapi tulis sekerat, save kat draft. Dah berlambak - lambak dah kat draft tu. Nanti selesa - selesa tulislah kot sampai habis.. Apa selama ni tak selesa ke kau cipina?


Dapat call dari bestfriend ajak g boling. So, nak siap - siap ni. Kawan - kawan yang keja kat luar dah nak balik dah esok. So, inilah masa nak jumpa pun.


Oh ya, korang pernah dengar perkataan beronok tak? Nak tau apa menatang beronok tu? Ha, saksikan apa itu beronok kat Majalah3 malam ni thehee..


Babai.






Hai, nama saya FINA

EP4 : Aku Seorang Blogger

Saturday, January 22, 2011

Terjah cerita sebelumnya untuk lebih pemahaman =)




Seperti yang dijangka, hanya beberapa minit selepas itu ...............

..komen menderu - deru masuk di entri yang baru dipublish itu. Tak hairanlah kerana Ilya Suhana adalah salah seorang blogger yang agak terkenal di arena blogging di Malaysia. Setiap kali entri baru dipublish, menderu - deru trafik ke blognya.  Ditambah pula apabila ada entri terbarunya diselitkan sekeping dua gambar dirinya sendiri yang selalunya dipos separuh - separuh yang sebenarnya menjadi penarik kepada pembaca ke blog terkenalnya itu. Misteri..tapi cantik. Itulah sikap empunya diri Ilya Suhana ini. Di atmosfera blogging, dia terkenal dek kecantikan misterinya itu, namun di dunia realiti, dia hanyalah Ilya Suhana yang biasa. 


Dia menekan F5 di blognya di mana setiap kali refresh, ada saja komen terbaru akan muncul. Rata - rata mengecam tindakan Haqim berbuat sedemikian kepadanya. Tak kurang jugak komen yang mengutuk dirinya. Almaklumlah, blogger famous. Tak sah kalau takde haters. 


'Ah. Anonymous. Takde telur. Tak payah layan' 

Komen di blognya tidak dimoderate. Supaya telus. Selepas beberapa ketika berbuat demikian, Ilya Suhana terus menekan alt+f4 dan terus menutup laptopnya. Sebal dengan perlakuan si Haqim tadi masih bersisa biarpun telah diluahkan di blognya. Geram.


"Makan lauk semalam lah nampaknya tengahari ni. Haih..Nanti kau Haqim" 


Perkara yang diposkan di wall si Haqim malas mahu diperiksa. Tak pernahnya berbalas. Yang penting hatinya puas dapat berbuat sedemikian. Acap kali hanya kawan - kawan mereka saja yang sibuk menyakat. Kebanyakkan kenalan di facebook Haqim adalah rakannya juga. Jadi tak hairan sekiranya pada awalnya mahu memprotes di wall Haqim akhirnya menjadi tempat 'mesyuarat' Ilya Suhana dan kawan - kawannya yang lain. Selalu begitu. 




********



Berhati-Hati Dengan Lelaki Ini - Ilya Suhana


Berkali - kali Haqim membaca wall post dari gadis kesayangannya itu di Facebook. 


Apa kau dah buat ni syaitonnnnn? - Alan Hensem Gila ; Rakan sengal Haqim.

Kena sakat lagi la tu haha - Sesumpah Comel ; Teman baik Ilya Suhana

Sokong Ila, memang kene hati - hati dengan budak Haqim ni. Ila, kalau si sengal ni buat kacau lagi inform abg ye, nanti abg piat tinge die - Razman Botol ; Mentang - mentang duduk KL.

Hati - hati? Kenapakah? - Lili Asmida ; Teman yang baru diapprove tapi tak kenal pun.

Abg, abg kacau kak Ila lagi eh. Ika report mak - Ika Mardhia ; Sibuklah kau adik.



Disebalik komen teman - temannya dan adiknya di bawah pos itu, hati Haqim sedang berbunga. 

"Ilya..Ilya..comel betul lah kau ni" Desus Haqim di dalam hati.



Ilya Suhana. Nama seindah empunya diri. 'Ahh..Kalaulah kau jadi milik aku Ilya'..bantal peluk Spongebob kesayangan dicapai lalu dipeluk..


"Heheh. Kalau lah kawan - kawan aku tau yang aku ada bantal peluk Spongebob ni, mau sebulan aku kena bahan keh keh keh" 

'Ilyaaa..apesal la kau sombong sangat..Aku ni hensem apa..apa lagi yang tak cukup ha syg?' Monolog Haqim sendirian....

..dan Haqim tenggelam di dalam angan - angan sendiri. 







..beberapa belas minit kemudian..









"Qimmmmmmmm !" 


Tersentak Haqim dari mimpi yang baru nak start enjin. 


'Aduuuuuuhhh..!' 
.
.
.
.
.
"Ye makkk.."

"Turun sarapan!"

"Ye mak..jap g Qim turun"

Selepas menyakat Ilya Suhana, Haqim akan terus pulang ke rumahnya. Masih awal pagi. Teman lepaknya masih berdengkur. Begitulah rutin harian Haqim. Sanggup bangun awal pagi semata - mata untuk melihat wajah 'pagi' Ilya Suhana yang sangat comel pada pandangannya. Pelik. Haqim sendiri pelik dengan tabiatnya suka melihat wajah 'pagi' Ilya Suhana tu. Padahal muka Ilya Suhana yang bermata sembab baru bangun tidur je pun.

Bau nasi goreng belacan kegemarannya tidak dapat menahan Haqim dari terus berleka - lekaan di bilik. Terus kaki meluru keluar dari biliknya. Dirumah hanya ada dia dan ibu. Ayah seawal 6.00 pagi sudah keluar menoreh. Selalunya akan pulang antara pukul 9.00 - 9.30 pagi. Adik Ika baru sebulan mendaftar di UiTM Lendu.

Sambil enak melayan nasi goreng belacan dan cerita kartun di Astro Ceria...


..tiba - tiba tanpa disangka...

baca sambungannya di
EP5 : Aku Seorang Blogger

Entri pengenalan : Segmen Mari Menyambung Cerita by Fariqscorpio

Tuesday, January 18, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

lagi sekali. Ini adalah entri yang dicilok secara terus dari sini

Harini aku dengan rendah dirinya nak membuka penyertaan untuk segmen Mari Menyambung Cerita kepada semua para2 blogger yang berminat. Konsep yang aku nak buat kali ini bukan sahaja dapat membantu sesama blog dalam menaikkan trafik tapi ia juga dapat memantapkan cara penulisan di dalam sesebuah entri.
Konsep yang mudah lagi memudahkan. 
  • Semua peserta yang join segmen ini dikehendaki menaip satu entri untuk menyambung cerita daripada peserta sebelumnya.
  • Peserta yang menyambung cerita hendaklah memberikan backlink kepada cerita yang disambungnya. Contoh: peserta kedua membuat judul kedua dan memberikan backlink kepada judul yang pertama di blog peserta pertama.
  • Cerita mestilah berdasarkan kepada tajuk dan jalan cerita terpulang kepada penulis tetapi permulaan cerita pastikan berkait dengan judul sebelumnya.
  • Turutan cerita mengikut jumlah peserta. Dan saya akan menyenaraikan siapa yang akan mula sampai la ke penghabisan.
Siapa yang boleh join?
  • Siapa saja pon boleh, samaada blogger ataupon facebooker (dengan menggunakan note). Untuk twitterer harap maaf ye, anda nak tulis cerita kat mana sih.
Okay2, setakat ini tajuk belum ditentukan lagi. Jadi kepada yang berminat boleh tinggalkan komen disini sehingga pukul 9 malam, ini esok bergantung pada jumlah penyertaan. Sebarang update akan diberitahu kelak. Sebarang pertanyaan boleh cari saya di blogger chat room.
Fariq, ai join XD


Oh by the way, segmen ni sudah DITUTUP ye :D 


\\ Update //


Senarai Peserta dan Tarikh Segmen

  1. Elyna - 19/1/2011 - Pembukaan
  2. Fariq - 20/1/2011
  3. Moon - 21/1/2011
  4. Fina Fento - 22/1/2011 :D
  5. Cik Tom - 23/1/2011
  6. Solihin Zubir - 24/1/2011
  7. Equrlz - 25/1/2011
  8. Siti Safiyyah - 26/1/2011
  9. Echah Mahsuri -  27/1/2011 
  10. Scha Al Ahmad - 28/1/2011
  11. Aboy93 - 29/1/2011
  12. Rossoneri - 30/1/2011
  13. Nur Syafiqah - 31/1/2011
  14. Eiela - 1/2/2011
  15. Phreak-Id - 2/2/2011
  16. Wath - 3/2/2011
  17. Aza Shafiza - 4/2/2011 cik fiza :D
  18. The Crow - 5/2/2011 
  19. Aisha Inani - 6/2/2 - Penutup

Salam kopipes,
Hai, nama saya FINA
Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright