Slider

Cara–cara tidur dengan nyenyak

Sunday, July 31, 2011

Hai, kalaulahhh saya ini pandai melukis.

Tadi lepak kat blog Roqrock. Beliau berceritakan pengalaman beliau buat – buat tidur bila malas nak transfer tempat sebab bapaknya tak kasi beliau tidur kat atas kusyen n bila beliau buat – buat tidur nyenyak, bapaknya jugak yang ahernya angkat beliau dan letak beliau letak atas toto malah selimutkan lagi..sweetkan bapak beliau?

Ini curi dari blog beliau. Harap beliau tak marah. Klik gambar untuk ke blog beliau.

Terus teringat perangai buruk saya yang sama. Tapi itu adalah adegan buat – buat tidur saya yang terakhir.

Dulu waktu kecik – kecik, saya adik beradik suka pergi rumah tokwan & tok (atuk & nenek). Hujung minggu & cuti sekolah menjadi kewajipan kami adik beradik (saya ngn adik no 2 je la. Adik yang lain kecik lagi time tu) tidur situ, bangun seawal pukul 7 pagi dan tolong tok & tokwan sapu laman yang pasirnya putih gebu (macam pasir pantai), kutip daun cempedak luruh, cabut rumput, tolong tok kutip asam jawa, colek asam, etc etc etc..sangat best. Takda kena mengena pun cerita ni pasal tidur . Saya rindu allahyarham berdua tu sajaDisappointed smile.

Selang dua atau tiga malam, kami sekeluarga akan pergi ke rumah tok & tokwan. Tok & tokwan tinggal dengan bapak sedara dan keluarganya yang anaknya seramai 3 orang itu. Sebagai cucu yang baik ehem ehem dehem sikit, haruslah kami cucu – cucu tok dan tokwan selalu melawat dan menghiburkan mereka walaupun sebenarnya menambahkan pening kepala diorang dengan kenakalan masing – masing sampai pernah tokwan angkat kaki salah sorang abang sepupu saya tunggangkan dia kepala ke bawah sebab nakal sangat haha. Tu cara tokwan bergurau dengan cucu – cucu dia. Mengikut kefahaman saya, tokwan tak pandai sangat layan cucu sebab beliau sangatlah tegas orangnya. Tapi tokwan geng saya kehkehkeh. Tokwan selalu backup saya bila gaduh dengan sepupu – sepupu saya ngehehe. Tokwan saya tinggi ohhh *tetiba

Seperti kebiasaannya, satu malam tu kami sekeluarga ke rumah tokwan untuk cucu – cucunya ini memporak – perandakan (baca sebagai menghiburkan) suasana harmoni di rumah tokwan. Selepas penat bermain, jerit – jerit, gaduh – gaduh huha huha, saya kepenatan dan terus tidur sambil menunggu mak ayah bergossip (baca sebagai berborak) dengan tok, tokwan & mak mak sedara yang lain sementara menunggu masa untuk pulang.

Sampai waktu untuk bergerak pulang, ayah kejutkan saya. Tapi disebabkan terlampau penat bermain, saya terasa malas nak bangun dan membuat keputusan untuk terus tidur. Beberapa kali ayah kejut tapi tak dapat respon, ayah angkat saya masuk ke kereta. Diluar suasana sangat sejuk dan gelap.

Di depan rumah tokwan ada satu jalan kecil muat – muat untuk sebiji kereta / van melaluinya dan di depan jalan tersebut ada rumah jiran dannnnn di sebelah rumah jiran, dekaaaat sangat ada KUBUR.

Lepas letak saya kat dalam kereta, ayah tak tutup pintu, kemudian ayah masuk semula ke dalam rumah. Tak lama lepas tu kedengaran suara ketawa mereka beramai – ramai.

“Demmm..sambung sembang rupanyaaaaaa” – masih buat – buat tidur tak berani buka mata.

Dalam hati menyumpah diri sendiri sebab gedik buat – buat tidur nak orang angkat punya pemalas nak bangun sendiri. Nak bangun masuk ke rumah tokwan balik? Kirim salam. Takutt!

Dalam lebih kurang 10 minit ayah masuk kedalam dan barulah semua orang masuk ke kereta.

Bayangkan dalam masa lebih kurang 10 minit tu saya sorang – sorang dalam kereta, pintu tak bertutup dan suasana gelap sejuk pulak tu dan lebih penting KUBUR adalah tak sampai 100 meter dari situ!

Bayangkanlah kalau tetiba datang haruman wangi menyapa hidung, nak bangun ke tak, nak buka mata ke tak, nanti kalau buka mata kangggggg…

Bayangkan kalau ditengah – tengah kegelapan tu tetiba ada suara datang menyapa “Piiiiii..naaaaaaaaaa” tak payah bukak mata, dengar suara je dah meremang segala bulu ha kau, mau terkencing kat kusyen kereta tu. Denggg

Tapi, nasib baik lahh takde apa – apa berlaku. eh, ke ada tapi saya tak sedar? >.<

..semenjak kejadian itu, seingat saya, tiada lagi scene pura – pura tidur nyenyak oleh saya. Saya telah berubah.

dan..

..nasib baik tak demam..

dan..

..umur 17 pun ayah yang suapkan ubat lagi. Tak malu Cipina *motip kau cerita ni?

 

Sekian laporan cara – cara tidur dengan nyenyak versi Cik Fina.

Sekian,

Saya yang dah bersara dari arena buat – buat tidur

Kthnxbai.

 

18 comments:

  1. huhuuuu...teringat gak zaman aku kcik2,ayah aku sllu angkt aku naik bilik kt tgkt atas....pure2 tdo gak..

    hmmm,sebut perkataan tokwan,aku pon rindu arwah tokwan aku,tak sampai lg sebulan arwah pegi.Ramadhan + Syawal pertama tanpa arwah tokwan....

    ReplyDelete
  2. @aza shafiza
    semua orang pun pastinya ada pengalaman ni kan hehe..

    al-fatihah buat tokwan - tokwan kita..kerja tuhan semua tu..

    ReplyDelete
  3. Haha. Kelakarnya. Saya pun masa kecik2 suka tidur kat ruang tamu. Then mak saya angkat masuk bilik. tapi masa tu darjah 1 la. ringan lagi. hehe.

    ReplyDelete
  4. @Amir Said
    haha..time kecik - kecik je la boleh buat camtu..kalau besar - besar buat camtu jugak nak kena la tuu haha

    ReplyDelete
  5. macam cita khurafat je dukung-dukung ni.. pastu ada kubur lak hahaha

    ReplyDelete
  6. @Fitrihadi
    hahaha..ada ka pulakk..

    ni kejadian sebenar nihh

    ReplyDelete
  7. nasib baik tak de apa-apa. cuba kalau tiba-tiba ada orang cuit. mau lari tak jejak tanah. hahaha

    ReplyDelete
  8. @Q
    haha..tak cecah tanah. confirm!

    ReplyDelete
  9. weh betul doh. gua pun suka buat2 tidur.hahahha. terbaek punya ngengade

    ReplyDelete
  10. @Fahim 'n Alin
    cool kan kita buat camtu kecik - kecik dulu? hehe

    ReplyDelete
  11. hahahahahaha
    10 minit tu lama owhhh
    nasib tak ada apa2 benda datang
    ekekekkee

    ReplyDelete
  12. @Hans
    tu la..nasib baik la takde apa2 berlaku. kalau takkk..fuhh..takleh bayang takleh bayang

    ReplyDelete
  13. hahahaha
    ko bayang ada orang angkat ko dari dalam kereta tapi itu bukan manusia
    ekekekkee

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright