Slider

lupa category
Showing posts with label lupa. Show all posts

Syampu pencuci muka

Sunday, March 4, 2012

Hai.

You see. Lately akak sangat tak fokus.

Kalau tengah berborak dengan seseorang pastu akak beria – ia nak cakap sesuatu then time akak cakap tu kena potong halfway, terus akak lupa apa yang akak nak cakap tadi.

Contoh situasi :
Beria – ia akak nak cerita kat kawan akak pasal seseorang ni ;
*Perbualan telefon* 
Ai : Yu. Nak tau dak, si Meon tu kan, hari tu kan dia putus dengan tunang dia. Tau kenapa dia putus tunang? Dia kann….
Yu : *Potong cakap ; Yu, pagi tadi ai macam nampak yu kat kedai mamak. Yu pakai baju kurung warna biru kan?
Ai : Ha’ah. Ye lah tu. Boring pulak hari – hari makan kat kedai tepi pejabat tu, ai ajak la kawan – kawan ai g makan kat kedai mamak pulak. Sekali sekala ubah angin sikit kannn..Asal tak tegur tadi?
Yu : Segan ah ai. Yu dengan kawan – kawan. Taknak lah ai ganggu. Hm. Apa tadi yu nak cakap? Sambung balik.
Ai : Aaa! Eh? Apa? Aish. Ai lupa dah apa ai nak cakapppp. Lenkali jangan la menyampukkkk!!
Yu : Huk aloh.
---*Bukan dialog sebenar. Situasi je sama.---
Kura – kura betul perangai Turtle.

Lagi satu situasi.

Tengah mandi. Nak cuci muka. Lokasi botol pencuci muka ada kat depan syampu.
Dalam hati berkira – kira ;

Nak cuci rambut ke tak eh? Masuk hari ni baru dua hari tak cuci. Nak cuci ke tak nak cuci ke tak? – Sambil tangan capai botol pencuci muka.

Picit kat tapak tangan, gosok – gosok kasi keluar buih, sapu ke muka..

Hmmmm..sedap betul lah bau PANTENE ni.

Hmm..wangi wangi wangi. Eh?

EH EHHHHHHH. Ya Allahhh.

Macam mana boleh gi picit syampu sedangkan aku ambik botol pencuci muka tadi!

Serabut betul lah. Aiyaa. *Sambil angin kat diri sendiri, capai botol pencuci muka dan sapu..*

Eh Ya Allahhhhh! Syampuuu! Sekali lagi!

Haiye.

Akak syak ninja yang gi tukar botol syampu ngn pencuci muka akak ni.

Permasalahan penyakit pelupa ni teruk jugak eh?

Sunday, June 5, 2011

Ingat lagi disebabkan saya selalu terlupa kat mana saya letak barang, saya google kot – kot ada cara untuk ingat balik (sebab saya ini sangat pelupa orangnya) maka timbullah entri pasal how to remember something that you forgot ni.

Perkara ni actually serius jugak. Well, bagi saya lah, bagi orang lain tu tak tahu lah pulak. Sebab apa, kalau dari awal – awal dah terbiasa dengan penyakit pelupa, buatnya tak sempat tua dah nyanyuk haaa kan dah kes berat tu.

Jadi, betapa seriusnya akan penyakit ini adalah apabila sampai ada pihak menyediakan seminar khas untuk pelupa – pelupa dan pembuat lupa (mungkin) di luar sana.

Diorganizekan oleh Sungroup Training & Consulting Sdn. Bhd., mereka telah berjaya meng’conduct’ bengkel di syarikat – syarikat terkenal seperti Motorola, Coca Cola, Nestle, Shell, Citibank, British Telekom, Phillips, Glaxo Smith Kline dan banyak lagi.

Organisasi – organisasi besar jugak turut mendapatkan khidmat latihan mereka seperti Petronas, Bank Negara, Job Street, KLIA, Maybank dan Affin Bank.

Kali ini syarikat ini telah muncul dengan seminar yang bernama Improve Memory Phenomenally yang akan disampaikan oleh Encik Anant Kasibhatla - The Man with the most Phenomenal Memory di India.

Ini adalah promosi dari Milk a Deal dimana harga yang dikenakan hanyalah RM45 instead of RM190. 76% less tuuuu tunggu apa lagi.


Jadilah seperti mereka jugak! Klik gambar.

Dalam seminar ni korang akan belajar tentang :

  • Penggunaan sains purba Mnemonics.
  • Penggunaan teknik yang betul untuk enhance memori anda.
  • Mengexplore perkara yang menjadi halangan kepada memori yang baik dan cara untuk menyingkirkannya.
  • Ingat lebih tanpa usaha yang lebih. eh. ayat berbelit Nyah-Nyah

Seminar Title : IMPROVE MEMORY PHENOMENALLY
Trainer : Mr Anant Kasibhatla
Date : 11 June 2011 (Saturday)
Time : 2pm – 5 pm (inclusive of tea break)
Venue : Dewan Masyarakat Penyayang, Jalan Utama, Penang
Who should attend : CEOs, Directors, Managers, Executives, Teachers, Tutors & (16 thn keatas)

Nak ikutkan dah dekat la tu Langkawi dengan Penang. Tapi mak ayah masih belum bersedia nak lepaskan saya pergi luar dari Langkawi tanpa diorang Disappointed smileTapi yang peliknya kalau kena pergi kursus di Putrajaya & Bangi haritu boleh pulak (itupun sebab ada adik di Putrajaya Smile with tongue out)

Jadi sign up sekarang sebab tempat adalah terhad!

Open-mouthed smileKLIK SINIOpen-mouthed smile

How to Remember Something That You Forgot

Monday, March 15, 2010

Tajuk tak menahan. Nak jugak English. Hahah..



Pernah tak korang alami situasi dimana kita bergerak dari satu tempat untuk buat sesuatu [contoh nak ambil pen kat dalam laci] lepas tu tak sampai beberapa langkah, terus lupa apa yang kita nak buat..pernah tak pernah tak?







Selalunya, apa korang akan buat kalau jadi camtu?
Selalu sangat benda ni jadi kat saya.


So, saya cuba google pasal ni..oh, rupa-rupanya ada cara untuk ingat balik..hahah..


jumpa kat sini :P


Kalau lupa, saya akan tengok balik kat tempat waktu saya berfikir tentang perkara yang saya terlupa tu. Not exactly tengok kat tempat tu, tengok sipi-sipi je la but still dalam zon penglihatan. Selalunya berkesan. Mesti akan ingat balik. Cuma tabiat selalu lupa tu susah sikit nak kikis. Nasib baik selalu ingat balik.




Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright