Ini cerita tiga bulan lepas. Mula - mula ingat nak buat draf dulu. Keesokannya (selepas entri ni ditaip), berlaku satu kejadian yang mengejutkan yang sehingga hari ni saya masih tak mampu nak percaya yang menyebabkan entri ni terkubur sekejap kat sini sampai hari ni.
Seperti tajuknya..
.. Hampir - hampir.
Dah berlaga tayar dah.
Tinggal tak jatuh je.
**
Alkesah..
Time tu balik keja.
Lencongan sementara kat depan pejabat dah dibuang jadi kena buat U-turn kat Pekan Rabu.
Saya tak buat U-turn kat Pekan Rabu.
Buat kat depan Pejabat Pelancongan (sebelum sampai Pekan Rabu)
Kes nak jimat masa.
Tapi takda kesalahan pun sebenarnya.
Sebab buat U - turn tu kat parking area dia to be exact.
Tapi ada sorang adik manis ni orang dah bagi signal nak belok ke kanan dia pun redah jugak nak ke kanan. Jalan kemain besar, nak jugak himpit akak kau yang inesen ni.
Dah nampak orang bagi signal nak kona kanan, kau ambil la laluan kiri dik.
Kau nak jalan terus asal ambil kanan?
Orang dah betul - betul kat line tengah dah nak kona, siap bagi signal takkan la tak nampak. Main henpon atas moto ke sayang oi?
Nasib baik waktu buat U - turn tu saya slow.
Tayar depan saya dah cium tayar belakang dia dah.
Hon dia hanyalah perkataan "WEI!"
(╯°□°)╯︵ (\ .o.)\
Ada sebiji Kancil ni U - turn dahulu sebelum saya.
Dia berhenti.
Tak tahulah dia terover kona sampai termakan jalan atau dia nampak keadaan kami yang hampir eksiden tu so dia nak tunggu kot2 kami kemalangan.
Nasib baik tak berlaku apa - apa. Tak jatuh pun. Terperanjat kecil je. Elele comel perkataan terperanjat kecil :P
Kes U - turn ni ramai yang merungut.
Bukan lencongan tu saja. Banyak laluan kat Pekan Kuah ni menjadi rungutan sebenarnya.
Buat keja macam asal siap.
Buat pun sebab LIMA '13 nak start.
Siang malam pulun buat keja.
Dua minggu pun tak sampai rasanya.
No comments:
Post a Comment
Meriahkan komen anda di sini