Subuh pagi ini agak berbeza dari subuh yang sebelum - sebelumnya. Dikejutkan dengan drama realiti kehidupan.
Pagi ni lebih kurang pukul 6 pagi, bangun untuk solat Subuh. Selepas selesai ambik wuduk, terus ke bilik untuk solat. Baru masuk rakaat pertama, terdengar suara seakan seorang lelaki menjerkah seseorang. Pencuri ke? Lewat sangat dah kot nak mencuri. Dah Subuh ni. Time orang bangun nak solat.
Solat diteruskan macam biasa. Masih terdengar lagi. Kali ni kecoh sikit. Seolah bertekak. Masalah rumahtangga? Abang gaduh dengan adik?
Takpa, teruskan solat. Kalau sampai habis solat tak bangun jugak, nak kena pi setel kan. Berkobar ni berkobar.
Macam berani.
Selesai solat, tengok pintu dah terbuka & Dikpun takda di tempat tido (dia tido depan tv) tapi hp masih menyala. Main game.
Terdengar orang bercakap - cakap seolah - olah sedang berbincang sesuatu belakang rumah.
Oh. Kes bawak bini orang balik rumah.
Yang membawa balik sedang di tarbiah oleh yang nak membawa si bini pulang. Saudara mungkin. Sebab dia cakap "Itu bini orang, kahwin kat mana pun tetap bini orang" dan kemudiannya disambut "dia tak balik pesah (sahkan) kat sini (Malaysia) pun" oleh si membawa balik. "kahwin kat mana pun, dia dah halal jadi bini orang. ko paham tak bini orang"
"Dia yang mai sini, adik dia baru bawak balik tak sattttt (baru kejap tadi) ni"
"kalau nak bawak balik pun, bagi dia cerai dulu, orang tu dah ada anak" kata si saudara
"haa, tu la masalahnya" sambut si tertuduh. (part ni saya tak paham)
"bla..bla..bla.."
Saya serender. Masuk rumah.
--
Time tu diorang 4 orang. Yang bercakapnya hanya dua orang. Tadi terjerit - jerit sekarang boleh pulak berbincang elok - elok. Drama sangat tau korang.
Oh. Adik saya dengan sorang jiran sebelah jadi penontonnya kat sebelah. Saya, hanya mengintai dari balik tabir blind foyer rumah. Jenguk sikit - sikit je. Semua jantan kot nak pi menyibuk hehe.
Itu di belakang rumah.
Di hadapan rumah pulak di jalan, terdengar suara halilintar tadi. Oh. Suara ni la tadi. Tengah marah - marah seorang perempuan sambil berjalan. Bini yang dilarikan mungkin. Ayah dia ke adik/abang dia ke tak dipastikan. Naik menuju ke sebelah atas sambil bebelkan si perempuan
"Malu la... Wuwuwu" "Ha tau pun malu!"
*angkat bahu*
Siapa musuh utama kita?
1 hour ago
ooo.. bini orangggg... ermmmm ok ok
ReplyDelete@Aujinz
ReplyDeleteye. bini orang ojin.
Susah la lagu tu.
ReplyDelete