Wednesday, June 12, 2013

Lunch : Hot & Roll

Lunch saya simple saja hari ni.

Chapatti Chicken Sausage dan Banana Chocolate dari Hot & Roll.



Sebelum tu saya & Julia nak ke sekolah ambik budak sekolah sebab emaknya tak sempat ambil sebab ada urusan di balai polis. Belum sampai di sekolah, emaknya telefon kata tak perlu. Urusan dia dah setel so dia sempat ambik anaknya di sekolah.

Kami terus patah balik dan otw balik tu kami lalu di kawasan Wira Gaya dimana ada lori Hot & Roll.


Hot & Roll ni menjadi favourite sejak pertama kali mencuba. Oh nyams. Sedap dimakan panas - panas.

Nasib baik lokasi jualannya agak jauh untuk berjalan dan agak dekat untuk naik kereta. Nak jalan tu boleh je. Berpeluh la sikit. Nak naik kereta pulak macam tak berbaloi kalau sekadar nak pegi beli Hot & Roll tu je..hehe. Lagi satu, kawasan pejabat saya ni,  kalau keluar je kereta dari tapak parking, jangan harap la tapak parking tu akan kosong waktu balik nanti.

Masalah kat ofis ni, bukan orang pejabat saja guna tapak parking. Orang luar pun. Lagi keji, pemilik kedai depan pejabat buat petak parking tu macam dalam kawasan rumah dia pulak. Pagi sampai ke petang, dok kat situ je kereta dia. Jadi, sapa yang lambat sikit atau balik ofis lagi 5 minit pukul 2 tu kirim salam la nak ada petak parking kosong.

Ok ok. Berbalik kepada lunch kita tadi. Sori. Cipina ni kalau menulis memang macam ni la. Nak cerita pasal makan, pi cerita pasal petak parking pulak. Tu yang malas nak menulis tu. Menyimpang je keje. KONON. Padahal dah memang MALAS.

Saya beli Banana Chocolate mulanya. Lepas tu rasa macam tak cukup la pulak (sebab dok rasa makan tak cukup tu la berat badan naik bertubi - tubi -.-') so beli lagi satu Chapatti Chicken Sausage.

Banana Chocolate dengan Chicken Sausage saya di gambar yang tak diblurkan ni.
Boleh tengok senarai makanan yang dijual disini  :)


Kedua - duanya berharga RM8.80.

Lokasi perniagaan ni tak tetap. Lori kan. Boleh bergerak ke sana - sini. Tapi selalunya dia akan park kat depan Bangunan Wira Gaya.

Bangunan ni dikenali dengan nama Wira Gaya walaupun dah tukar nama ke Wira Langkawi.
Bangunan Haji Ismail Group kat blok belakang bangunan ni.
Kalau datang Langkawi, lepas shopping kat Wira Gaya tu, boleh la beli Hot & Roll ni. Buat mengisi perut yang lapar lepas penat shopping :P 


Banana Chocolate RM 3.90
Chapatti Chicken Sausage RM 4.90

Punya tamak takut tak kenyang. Habis makan Banana Chocolate tu perut dah kenyang. Terpaksa (terpaksa okay) juga habiskan Chicken Sausage tu sebab kalau dah sejuk tak sedap. Lemau.














2 comments:

  1. hana makan sekali lepas tu berkali2 hana makan.. hahaha asal lalu ja kat kedai tu mesti beli. ada satu tarikan magnet..

    ReplyDelete
  2. @hana hadi
    Kan? Sedap. Nasib baik la tak dekat sangat dengan ofis. Kalau tak hari - hari asek muka ni je mengadap lori tu haha

    ReplyDelete

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected