Slider

teknik category
Showing posts with label teknik. Show all posts

Bagaimana nak save element “HTML/Javascript” tanpa tajuk di Blogspot

Monday, June 28, 2010•

Seriously, tension jugak bila tak boleh save. Huduh jadinya bila terpaksa letak satu karakter dan lepas tu muncul kat page. Meluat betul.

Sawan sekejap kat takleh edit sesuka hati. Thanks Paan sebab bagi idea kat twitter walaupun takde solution sebab dia tak guna blogspot.

Tadi, lepas ping entri ni & berjalan – jalan sekejap kat blog orang lain. Tiba - tiba..

 

Jeng jeng jengg…

 

Jumpa solution pasal ni! Yes!

Mekasih ouhstory pasal entri ni Big Grin

Pastu tengok kat blog Khairi KKS lagi easy the measy.

Nak tau macam mana?

Very the easy the simple mimple pimple dimple kapadia

    1. Page element – Add a gadget
    2. Macam biasa klik kat kotak Edit HTML/Javascript.
    3. Pastu masukkan kod HTML / Javascript yang yu admire.
    4. Kat bahagian kotak tu letak <a></a> ke, <b></b> ke, atau apa – apa je pembuka & penutup kod.
    5. Save!

Senang kan?

Boleh sawan balik lepas ni edit – edit blog Dancing

Up trafik cara baru. Mesti cuba!

Wednesday, May 19, 2010•

Nak cuba cara baru untuk up traffic blog anda? Meh sini aku tunjukkan. Cepat, mudah enak senang nak buat. Aku dapat entri ni dari Rumah 4 Tingkat

1. Buat satu entri seperti ini, atau copy+paste yang ini pun boleh dong. Kemudian tepek tajuk yang menarik.

2. Anda cuma perlu meletakkan Link URL di bawah untuk entri yang anda buat dalam blog anda. Takmoh pandai-pandai tambah URL orang lain ye.






PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan Link URL ke entri blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang no.3 jadi no.2, yang no.4 jadi no.3 dan seterusnya.

3. Kemudian masukkan link anda di turutan bawah sekali. (No.15)

4. Ingat! Jangan ubah turutan link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Jika posisi anda pada..
Posisi no.15, jumlah backlink = 1

Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Mari tolong-menolong sesama blogger. Berbaloi-baloi.
Selamat mencuba!!!

Siapa yang copy+paste dari R4T jemput letak komen kat bawah bersama URL entri masing-masing. Ada surprise menanti anda!


*Dengan kartun-kartun tu kena kopipes :P


Printer dalam tandas, tandas dalam makmal

Saturday, May 15, 2010•

Hari : Khamis

Lokasi : Ofis

Hari ni saya sedikit terlewat ke pejabat. Saya rasa saya tahu kenapa. Sebab semangat. Semangat nak kemas makmal di pejabat. Berpakaian sukan siap dengan kasut sukan segala. Gila semangat. Lepas parking motor kat parking, bergegas ke pejabat. Bukan. Bukan sebab takut nanti bos marah saya datang lambat. Sebab kat ofis saya mengamalkan membaca doa sebelum mulakan kerja dan selepas habis kerja yakni sebelum balik. Saya tak suka sampai ke pejabat waktu di pertengahan doa. Lepas tu sambil berjalan masuk ke ofis, sambil tadah tangan. Tak ikhlas. Nak mintak dengan Tuhan kenalah serius dan ikhlas..kan? Sesampainya ke pejabat. Nasib baik. Ngam-ngam. Doa baru nak dibacakan. Perenggan pertama ni saya rasa skema. Abaikan.

Pagi ni, cuma saya, Julia dan Bad je yang cuci makmal tu. Hafis tak dapat join sebab kena attend meeting pukul 10 pagi. So, dia tak boleh tolong memandangkan dah pakai smart-smart. Bilik tu berfungsi sebagai bilik gerakan atau bilik perbincangan selain fungsi makmal itu sendiri. Bilik tu tak besar. Cukup – cukup la untuk kitorang empat orang. Ada sebiji peti ais baru, 3 mikroskop, botol sampel, kipas dinding, dan kotak letak sampel untuk buat kerja luar yang banyak etc etc etc. Terberangan sekejap jadi CSI Duquesne [eh, betul ke ejaan ni?]

Pic5392Lorong misteri ke makmal.

Barang dalam bilik tu nampak sikit je. Tapi bila dah dipunggah-punggah, jadi banyak pulak. Dalam bilik tu ada tandas. Dalam tandas tu penuh dengan kayu-kayu dan besi-besi rak fail yang diletak disitu. Turut serta adalah sebijik printer kat situ. Printer dalam tandas?? Kagum.Pic5377 Bilik ni dah lama tak digunakan sampai dinding & karpet jadi macam tu.Pic5379 Lepas kemas. Second round to come.   Pic5394Lepas siap kemas round kedua. Belum final.

Mikroskop buat eksyen :P Pic5381Pemandangan dari luar makmal.  Pic5391Barang tak perlu. Nampak je sikit tapi banyak gila. Pic5389Barang yang tak perlu. Kelihatan En. Bad disitu.

Habis bab satu kat situ. More to come. Cepatlah berlalu bulan 6.

 

P/s – bulan 5 pun terkial-kial lagi (_ _”)

Penipuan telefon bimbit di China dah tersebar ke Malaysia

Wednesday, May 5, 2010•

Salam,
Saya dapat ni dari mesej kat facebook. Sekadar berkongsi.. 

Salah satu teknik penipuan di China dan telah berlaku di malaysia. Terdapat berbagai kategori handphone di China (original, good copy, bad copy and handphone besi).
Seorang kawan businesman handphone (Cina Malaysia) tertipu dengan pembekal di sana. Beliau membeli iPhone good copy 1 kontena, tapi half of kontena datang hanphone besi ....
Luaran nampak cantik dan berat pun sama dengan yg original, tapi dalamnya hanya ada besi.
Yg ada besi kat dalam tu...langsung tak leh guna. Masa dia tunjuk kat kita yg betul, bila kita beli, dia tukar la, ambil yg baru, konon nya la. Kes ni byk juga jadi kat malaysia terutama masa "handphone carnival". Ramai dah yg terkena. Toke cina tu cakap dia terpaksa tipu kita semula untuk cover dia punya loses.
Ada few people dah kena masa "handphone carnival" kat jalan jelatek setiawangsa few weeks ago. Dia jual handphone ni masa last day carnival, buy 1 free 1 (rm300 only). So, dinasihatkan jgn beli apa-apa handphone di karnival jalanan, belilah di kedai handphone biasa.




Sakit lutut di usia 25..

Tuesday, March 30, 2010•

Umur 25 dah sakit lutut, macam mana agaknya kalau Tuhan panjangkan usia saya lagi 25 tahun atau lebih? Adakah penyakit-penyakit yang memegang ranking tertinggi yang menyerang atuk-atuk dan nenek kita semua akan menyerang dengan lebih hebat lagi memandangkan umur tak masuk 30 dah sakit itu ini..Ish..tak mau tak mau..saya tak mau sakit sia sia..saya nak jadi nenek yang masih sihat walafiat dikala mencecah usia 50-60..nak jadi nenek yang bertenaga..yang masih mampu panjat Gunung Mat Chincang, yang masih boleh panjat tangga seribu kenangan ke Gunung Raya, nak jadi nenek yang boleh masuk Explorace ok dah lebih dah lebih..

Sejak sebulan lepas, lutut kiri saya selalu sengal-sengal. Tak dapat dipastikan kenapa. Takkan sebab banyak duduk pulak..saya ni jenis duduk tak diam. Kalau mengadap laptop, sekejap duduk bersila, sekejap regangkan kaki, sekejap meniarap kat lantai, sekejap begitu, sekejap begini..hmm..

Sampai lah satu hari, terjumpa seorang kawan yang sama-sama menjalani kursus PKA pada Disember tahun lepas di Bagan Lalang di FB..dan berlaku conversation seperti berikut : 

oh iyaa....tiba-tiba teringat..
Kes berlaku waktu buat aktiviti obstacle..peserta dilepaskan mengikut kumpulan. ada dalam 10 kumpulan n kumpulan saya adalah kumpulan ke.........tak ingat. 

Lepas melalui titi gantung, kawat berduri, gayut melepasi kolam, sampai la ke tembok 6 kaki [kalau tak silap], semangat ni..kaki kanan pijak encik yang bersandar kat tembok selaku penampan, then naik ke atas dengan bantuan encik kat dalam gambar tu yang sedia menstandby kan diri kat atas tembok..peh peh..yakin je panjat..
sekaliii..waktu kedua-dua kaki sudah melepasi tembok yang disebelah sana, terasa seperti kaki kiri kebas, sejuk, kejang, keras kat atas tu seminit..orang kat bawah dah standby nak sambut in-case salah landing..tiba-tiba..
sekejap sekejap..kaki saya..
hoh? kenapa pulak si fina ni? masing-masing cuak, heran, penuh tanda tanya sambil mata masing-masing tertumpu kat saya..

 dan saya tutup muka..dan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

..menangis kat atas tembok tu (T__T)


sangat memalukan..serius malu (_ _")


antara hero-hero yang terlibat dalam pembikinan adegan tersebut-.-"


Inilah akibatnya membuat aktiviti berat tanpa warm up.


Persoalan disini..adakah lutut saya jadi camtu disebabkan aktiviti tu..atau adakah pasal perkara lain..maka..tunggu apa lagi..pegi la check cik fina oii!



P/s - semalam saya terskip regime dumbbell X_X

Cabaran kepada diri sendiri..boleh buat ke tak?

Sunday, March 28, 2010•

Ini entri hari Rabu lepas..ye ye saya tau saya malas padet blog.
Jadi, tolong layankan je entri ni..kalau tak mau layan..layankan jugak hokeh..

Hari ni saya masuk bilik awal..awalnya tu rasa mengantuk, tapi lepas mandi mata jadi segar bugar balik. Okelah, siapkanlah keja untuk esok [khamis] siap-siap. Nanti abg senior tanya, hulur je terus.
Lepas mandi, masuk ke bilik. Tak pasal-pasal ternampak dua ketul dumbbell avon kat tepi susunan buku-buku reader’s digest
[dulu waktu kecik-kecik panggil buku ni raiders deegest Feeling beat up]


Pic2761

Saya amek dumbbell tu, tengok menda alah dua ketul tu, then saya tengok lengan saya. Dari atas nampak slim. Dari tepi, dah ala-ala peha anak kambing usia 4 bulan pun ada jugak.
Lalu saya terfikir..nak challenge diri sendiri Tongue.

Baik, mulai dari hari esok [khamis], saya akan mulakan regime kuruskan lengan sendiri…
Mula-mula, kena ukur ketebalan isi lengan dulu..


Pic2803

then, lakukan regime mengangkat dumbbell tersebut tiap-tiap malam sebelum tido sebanyak 100 kali. Sikit sangat ke banyak sangat tu ha?

Okelah, nevermind..yang penting, tiap-tiap minggu saya akan poskan perkembangan penurunan/
penaikan kadar isi lengan yang terlibat.
Saya bagi masa selama sebulan untuk mengetahui keberkesanan regime ini. Jika berjaya, saya akan awardkan diri sendiri barang seketul dua hadiah
..[kalau ada yang sudi nak kasi hadiah jugak, kecik tapak tangan, airport Langkawi saya tadahkan – oke, poyo]

Kalau ada sapa-sapa kat sini yang pernah buat perkara seumpama ini dan mempunyai tips menarik untuk dicuba sudi-sudi la kongsi-kongsikan dengan saya yeSmugRaised Eyebrow

P/s - selalunya benda ni sesuai dilakukan waktu baru bangun pagi ke sebelum masuk tidur? Ke bila-bila masa pun sesuai?

P/s/s - masuk hari ni dah hari ke 3 saya buat regime tu..harap-harap berkekalan la tabiat ni hingga ke anak cucu..ngeh

How to Remember Something That You Forgot

Monday, March 15, 2010•

Tajuk tak menahan. Nak jugak English. Hahah..



Pernah tak korang alami situasi dimana kita bergerak dari satu tempat untuk buat sesuatu [contoh nak ambil pen kat dalam laci] lepas tu tak sampai beberapa langkah, terus lupa apa yang kita nak buat..pernah tak pernah tak?







Selalunya, apa korang akan buat kalau jadi camtu?
Selalu sangat benda ni jadi kat saya.


So, saya cuba google pasal ni..oh, rupa-rupanya ada cara untuk ingat balik..hahah..


jumpa kat sini :P


Kalau lupa, saya akan tengok balik kat tempat waktu saya berfikir tentang perkara yang saya terlupa tu. Not exactly tengok kat tempat tu, tengok sipi-sipi je la but still dalam zon penglihatan. Selalunya berkesan. Mesti akan ingat balik. Cuma tabiat selalu lupa tu susah sikit nak kikis. Nasib baik selalu ingat balik.




Teknik seksikan bibir

Saturday, January 9, 2010•

Nak bibir seksi macam ni?




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


eh silapsilap..






macam ni..



[Insert Angelina Jolie's picture here]




IKUT PANTUN SEPERTI DIBAWAH...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright