Slider

makmal category
Showing posts with label makmal. Show all posts

Ohh..gemuk lagi la cik Fina gayanya..

Monday, July 26, 2010

Baru balik dari pekan. Oh itu pukul 11.15 malam tadi. Ni sambil taip entri samil meraban kat facebook. Kenyang sampai nak muntah. Makan mee bandung yang banyak gila dengan udang yang berekor ekor tu ya allah nikmat, milo suam dengan kerang bakar. Nyams.

Pegi pekan sebab nak tukar kemeja yang beli tengahari tadi di Langkawi Parade. Ingatkan muat, rupanya kecik sket :P, nampak sangat la dah gemuk budak Fina ni..terlupa yang berat dah naik sejak beberapa minggu lepas akibat aktiviti membantai makan tak tentu masa sebab asal lapar makan asal lapar makan dan hasilnya badan yang semakin membulat. Dah la ketot >.<”

Pic7029mee bandung..nyams!

Pic7025 

milo dia kawww gila. i loike.

Pic7033

 

Asalnya nak tukar baju yang warna putih tu je, tapi last – last terbeli yang warna ungu tu sekali sebab harga yang saya nak tukar tu kurang dari harga baju yang beli tengahari tadi. Ada baki lagi RM5, nak tak nak kena beli item lain. Hasilnya, terpaksa beli kemeja ungu tu. Terpaksa lah sangat kau cik Fina oi..Itu pun mak yang suggestkan soh beli kemeja lagi satu untuk kerja. Kalau tak, benda mengarut – mengarut je yang dibeli..ehehe..

 

Oke, sudah masa tido. Besok nak pegi airport. Tak bukan sebab nak berangkat keluar dari Langkawi ke apa..Pegi airport sebab nak cari nyamuk >.<”. Kerjaaaaa…

Selamat malam!

Printer dalam tandas, tandas dalam makmal

Saturday, May 15, 2010

Hari : Khamis

Lokasi : Ofis

Hari ni saya sedikit terlewat ke pejabat. Saya rasa saya tahu kenapa. Sebab semangat. Semangat nak kemas makmal di pejabat. Berpakaian sukan siap dengan kasut sukan segala. Gila semangat. Lepas parking motor kat parking, bergegas ke pejabat. Bukan. Bukan sebab takut nanti bos marah saya datang lambat. Sebab kat ofis saya mengamalkan membaca doa sebelum mulakan kerja dan selepas habis kerja yakni sebelum balik. Saya tak suka sampai ke pejabat waktu di pertengahan doa. Lepas tu sambil berjalan masuk ke ofis, sambil tadah tangan. Tak ikhlas. Nak mintak dengan Tuhan kenalah serius dan ikhlas..kan? Sesampainya ke pejabat. Nasib baik. Ngam-ngam. Doa baru nak dibacakan. Perenggan pertama ni saya rasa skema. Abaikan.

Pagi ni, cuma saya, Julia dan Bad je yang cuci makmal tu. Hafis tak dapat join sebab kena attend meeting pukul 10 pagi. So, dia tak boleh tolong memandangkan dah pakai smart-smart. Bilik tu berfungsi sebagai bilik gerakan atau bilik perbincangan selain fungsi makmal itu sendiri. Bilik tu tak besar. Cukup – cukup la untuk kitorang empat orang. Ada sebiji peti ais baru, 3 mikroskop, botol sampel, kipas dinding, dan kotak letak sampel untuk buat kerja luar yang banyak etc etc etc. Terberangan sekejap jadi CSI Duquesne [eh, betul ke ejaan ni?]

Pic5392Lorong misteri ke makmal.

Barang dalam bilik tu nampak sikit je. Tapi bila dah dipunggah-punggah, jadi banyak pulak. Dalam bilik tu ada tandas. Dalam tandas tu penuh dengan kayu-kayu dan besi-besi rak fail yang diletak disitu. Turut serta adalah sebijik printer kat situ. Printer dalam tandas?? Kagum.Pic5377 Bilik ni dah lama tak digunakan sampai dinding & karpet jadi macam tu.Pic5379 Lepas kemas. Second round to come.   Pic5394Lepas siap kemas round kedua. Belum final.

Mikroskop buat eksyen :P Pic5381Pemandangan dari luar makmal.  Pic5391Barang tak perlu. Nampak je sikit tapi banyak gila. Pic5389Barang yang tak perlu. Kelihatan En. Bad disitu.

Habis bab satu kat situ. More to come. Cepatlah berlalu bulan 6.

 

P/s – bulan 5 pun terkial-kial lagi (_ _”)

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright