Subscribe:

Saturday, May 15, 2010

Printer dalam tandas, tandas dalam makmal

Hari : Khamis

Lokasi : Ofis

Hari ni saya sedikit terlewat ke pejabat. Saya rasa saya tahu kenapa. Sebab semangat. Semangat nak kemas makmal di pejabat. Berpakaian sukan siap dengan kasut sukan segala. Gila semangat. Lepas parking motor kat parking, bergegas ke pejabat. Bukan. Bukan sebab takut nanti bos marah saya datang lambat. Sebab kat ofis saya mengamalkan membaca doa sebelum mulakan kerja dan selepas habis kerja yakni sebelum balik. Saya tak suka sampai ke pejabat waktu di pertengahan doa. Lepas tu sambil berjalan masuk ke ofis, sambil tadah tangan. Tak ikhlas. Nak mintak dengan Tuhan kenalah serius dan ikhlas..kan? Sesampainya ke pejabat. Nasib baik. Ngam-ngam. Doa baru nak dibacakan. Perenggan pertama ni saya rasa skema. Abaikan.

Pagi ni, cuma saya, Julia dan Bad je yang cuci makmal tu. Hafis tak dapat join sebab kena attend meeting pukul 10 pagi. So, dia tak boleh tolong memandangkan dah pakai smart-smart. Bilik tu berfungsi sebagai bilik gerakan atau bilik perbincangan selain fungsi makmal itu sendiri. Bilik tu tak besar. Cukup – cukup la untuk kitorang empat orang. Ada sebiji peti ais baru, 3 mikroskop, botol sampel, kipas dinding, dan kotak letak sampel untuk buat kerja luar yang banyak etc etc etc. Terberangan sekejap jadi CSI Duquesne [eh, betul ke ejaan ni?]

Pic5392Lorong misteri ke makmal.

Barang dalam bilik tu nampak sikit je. Tapi bila dah dipunggah-punggah, jadi banyak pulak. Dalam bilik tu ada tandas. Dalam tandas tu penuh dengan kayu-kayu dan besi-besi rak fail yang diletak disitu. Turut serta adalah sebijik printer kat situ. Printer dalam tandas?? Kagum.Pic5377 Bilik ni dah lama tak digunakan sampai dinding & karpet jadi macam tu.Pic5379 Lepas kemas. Second round to come.   Pic5394Lepas siap kemas round kedua. Belum final.

Mikroskop buat eksyen :P Pic5381Pemandangan dari luar makmal.  Pic5391Barang tak perlu. Nampak je sikit tapi banyak gila. Pic5389Barang yang tak perlu. Kelihatan En. Bad disitu.

Habis bab satu kat situ. More to come. Cepatlah berlalu bulan 6.

 

P/s – bulan 5 pun terkial-kial lagi (_ _”)

14 comments

May 16, 2010 12:45 AM

kak..
jenuh wena carik tempat komen..
huhuhuuu~

owhh ye..
ingatkan ape laa tdi printer dlm tandas..
heheee~

May 16, 2010 8:29 AM

@Rowena Chasez
Uik, dia sembunyi kot..hahah
ehehe..tak sempat nak snap pic printer tu kt dlm tandas :P

May 16, 2010 11:12 AM

Macam lama je dah tak pakai makmal tu

May 16, 2010 12:44 PM

@Syafrizal
ha'ah, dah lama tak guna..

May 16, 2010 1:27 PM

wah bestnya makmal mnghadap laut. lawa je permandangan.

btw bagusla start kerja baca doa. :D

May 16, 2010 1:36 PM

opis hang best aaa fen..

ade keje kosong tak???..

May 16, 2010 1:56 PM

@Amir
best best..tenang je :D

May 16, 2010 2:18 PM

@Aujinz
ada. pak gad :D

May 16, 2010 4:29 PM

hehe..mesti letih kan. papepun tahniah kerana berjaya mencuci makmal :D

May 16, 2010 7:09 PM

@karl
tak terasa penat tu sebab buat kerja sama-sama. nampak mcm tak boleh siap dlm satu hari. sblm tengahari dah siap :D

May 16, 2010 11:10 PM

kemas makmal rupenye.. ni tempat keje baru ke?

May 17, 2010 8:37 AM

@MrSup
tempat keja lama. cuma bilik tu dijadikan makmal/bilik perbincangan kami 4 orang :D

May 19, 2010 12:56 AM

@Fina Fento

wah bestnyer ade bilik private.. xde org kaco..huhu

May 19, 2010 11:24 AM

@MrSup
Hee~ tulah. boleh makan sesuka hati bila-bila masa :P

Post a Comment
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
1Malaysia Blogger Community
Page Rank
MyFreeCopyright.com Registered & Protected blogr.my

BlogMalaysia.com