Slider

Cerita tengahari Jumaat

Friday, February 12, 2010

Hari ni, lepas Jumaat, mak dengan ayah ajak pergi Pekan Kuah. Mak nak masukkan duit kat dalam akaun bisnes dia, Bank Simpanan Nasional. Sesampainya di BSN, wah, dah berubah. Sudah ada mesin CDM [Cash Deposit Machine]..Nampak sangat saya tak amek tahu hal-hal semasa kat Langkawi ni-.-"

Sesampainya disana, saya ikut ayah ke mesin CDM tu sebab saya tau ayah akan mengalami masalah untuk masukkan duit ke dalam slot [part nak masukkan tu takde masalah, yang masalahnya timbul bila mesin tu susah nak terima duit]

Teringat saya selama pengalaman memasukkan [skema TBB] duit ke dalam CDM tu, saya perasan yang duit yang dimasukkan tak boleh terlipat, kalau boleh masukkan duit yang keras-keras je tak lembik - yang ni masalah sket la, mana nak cari duit keras-keras kesemuanya. Bukannya semua duit yang kita nak masukkan tu fresh-fresh keluar dari mesin buat duit..kan? So, alternatifnya, kena gosok-gosokkan duit tu menjadi sekeras mungkin.

Setiap duit yang masuk ke dalam wallet atau purse mesti ada kesan lipat kat tengah-tengah duit tu kan? Kalau purse wanita yang panjang tu lain la takde kesan lipat. Setiap kali nak masukkan duit macam tu, pastikan bahagian yang melengkung ke dalam menghadap kita (duit tu bersandar ke bahagian sebelah kita. bukan menghadap ke belakang. ini bagi memastikan duit yang kita masukkan tu senang diterima oleh mesin. kalau tak, memang sakit hati jugak melayan karenah mesin tu sebab kena buat siri perlawanan persahabatan percubaan dua tiga kali sebelum dia puashati dengan keadaan duit yang kesian tu untuk mara ke suku akhir step seterusnya.)


Saya tak pasti samada betul ke tak cara ni tapi setiap kali saya temankan ayah masukkan duit ke CDM memang ini masalah yang akan berlaku. Pernah sekali, hanya disebabkan seorang pengguna *ketegaq ni saya dan ayah terpaksa tunggu selama 30 minit. dah la beratur je pun dah 30 minit. Dah tu orang cakap tak nak dengar. Rasa macam nak tarik-tarik je telinga dia pastu jerit kuat-kuat bagi instruction. Tapi sebab tengok muka je pun suci macam samseng kampung dusun, dah tu di hentak-hentaknya mesin tu padahal salah sendiri tak pandai nak masukkan duit menggunakan teknik yang betul, tak jadi lah. Tunggu je la-.-"


Time tu ada lagi 2 3 orang kat belakang dia sebelum tiba turn saya..sampai turn diorang, pun takleh juga. berlalu dari mesin keramat tu dengan perasaan hampa..sampai turn saya, saya gosok-gosok duit tu, jampi-jampi sket pastu, letak duit rapat-rapat ke sebelah dinding slot yang menghadap saya, tadaaaa!


Proceed ke next step..see..kan senang je..tadi nak cakap pun takut-takut, takut sebab tak berkesan, pastu bila berhasil teknik yang saya buat tu ada la nada-nada angkuh sedikit keluar dari mulut :P


so..




..moral of the story, kaji teknik yang betul sebelum membuat sesuatu untuk keberkesanan yang menjaminkan (???) dan dapat menjimatkan masa dan emosi [macam mana jimat emosi ek?]


Ini mesin bukan Cash Deposit Machine


*ketegaq = degil




P/s- Kepada Maybank Langkawi, tolonglah tambah lagi CDM ka Pekan Kuah tu..kesian kat mesin [kesian mesin je, orang tak kesian pun. sadis] tu tiap-tiap hujung bulan je mesti yang satu mesin lagi rosak. cuma boleh satu mesin je [oke, sekarang dah ada 3] - masalah selalu timbul antara hujung bulan / awal bulan. kadang-kadang dari tengahari sampai ke tengah malam orang still penuh-.-"


P/s/s - saya pun tak pasti macam mana boleh tertaip cerita CDM ni..padahal nak cerita pasal lain..dan cerita pasal lain tu pun saya dah lupa-.-"


Comel kan 'baby-baby' yang request saya kat FB..kan kan kan :D


8 comments:

  1. @6515546345702218565.0
    ahakz~yang tu bapak baby :P

    ReplyDelete
  2. lagi satu cara...

    gosok ngan iron dulu before go to the bank...

    trust me...it's work..hehe

    ReplyDelete
  3. @7200689239055396895.0
    good idea..tp kalo jadi macam kes masukkan duit mak yang berjumlah rm600 tu, dah tu cuma 4 keping je rm50 n the rest RM10, mau merajuk jugak nak g masukkan :P

    ReplyDelete
  4. macam2 kan citer sampai lupa pulak.. tak apa pi tidur dulu lepas bangun citer kemudian ya..

    ReplyDelete
  5. @7797155766029281102.0
    ehehe..tu yang betulnya..eksaited sangat nak cerita sampai lupa nak cerita apa sebenarnya:P

    ReplyDelete
  6. baby itu pun ada request kt fb sy.
    sape dia eyh?

    :-??

    ReplyDelete
  7. @621875413325646007.0
    adza, ada dua baby..yang mana satu? budak VF kot..

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright