Slider

Mati kerana overdose air minuman dalam tin..RIP

Friday, October 29, 2010

Tak tau nak kata macam mana. Waktu jumpa mangsa, badan beliau dah keras. Memang dah tak boleh diselamatkan lagi dah. Nak buat CPR pun macam tak boleh. Bukan sebab skill dah berkarat. Tapi memang tak reti nak buat CPR kat beliau.

Punca kematian dipercayai akibat overdose air minuman dalam tin berdasarkan bahan bukti yang ditemui disebelah mangsa. Sangat sedih dengan cara beliau mati. RIP.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



 


PA161563_RIP_billion

ditemui bersama bahan bukti dipercayai penyebab punca kematian

PA161565_RIP_billion
tak pernah amek kursus CPR kat spesis beliau
sapa – sapa tau?

 

Oke..berasa sangat sedih sekarang. Pergi dulu. 

Cakap siang pandang – pandang..I’m sorry bos T_T

Thursday, October 28, 2010

Perkara ni berlaku petang kelmarin. Time tu adalah time yang paling semangat buat setiap staff sepanjang 8 jam kat ofis; - time tengah siap – siap nak balik. Tak semena – mena dipanggil oleh abang senior suruh buka fail untul pelanggan baru. Urgent. Perlu disiapkan waktu tu jugak.

Terus rasa tak puas hati sebab proses bersedia untuk balik jadi terganggu. Saya yang ketika tu tengah gulung charger si comel terus bertindak menghempas charger tu ke meja..

..dengan perlahan. Kuat kang pecah pulak cermin kat atas meja tu. Tak pasal – pasal je kan kena bayar ganti rugi T_T

Sambil buat muka ish-orang-nak-balik-ni-tau-tak-jap-g-mak-nak-g-latihan-kawad-pulak-nak-pakai-skuter saya pegi la buat apa yang disuruh. Nasib baik Julia & Hafis belum balik lagi time tu. Dapat jugak meredakan keradangan di hati ni *bajet marah gila je ayat kann..

Sambil buat perkara yang disuruh iaitu menulis nombor fail dan maklumat pelanggan, mulut saya juga turut berkerja keras membebel. Sabar je la Si Julia dengan Hafis kena tahan telinga dengar ai membebel kann.

Tapi bebel – bebel pun depan diorang je la. Hehe. Tak sampai hati nak bebel abang senior. (Abang senior tengok muka ‘mak singa’ ai pun dia dh paham yang ai tak puas hati hehehe)

Nak dijadikan cerita..bebel punya bebel, terkeluar perkataan ni :-

“Apesal la aku tak berambos awal – awal tadi, *huruf P mana?? pot pet pot pet pot pet”..

..tanpa menyedari bos ada kat belakang T___T.
PA131491_copgetahLOVE
*rujuk huruf P di sini cop getah berhuruf untuk menulis no fail

Saya tak perasan bos ada kat belakang time tuNailbiting. Bila Julia cuit – cuit saya di lengan, saya dah faham signal fina-jangan-cakap-jangan-cakap-bos-kat-belakang dia tu..huhu..

Pastu saya dengar macam bunyi orang berjalan berlalu dari belakang..wuwuwu..tu mesti bos Sad
Lepas kejadian singkat tu, person in-charge bab – bab ini, Abang Ilyas pun datang menyelamatkan keadaan. Dengan suara memujuk :-

“Alahhh..ni takdak apa nih. Benda kecik ja ni. Meh sini nak buat”

tugas bertukar tangan dan kerja menjadi cepat dengan kepakaran Abang Ilyas melakukan tugas tersebut tanpa banyak cakap. Tadi dia p surau. Nasib baik dia tak balik terus.  Kalau tak..

Oke..

..saya rasa sangat bersalah walaupun tadi dengan penuh ego saya cakap kat Julia,
“Biar ah, tau tak mak saya dah lambat ni nak g kawad ni tengah tunggu saya balik nak guna skuter”

padahal ai pecut stengah jam pun tak sampai dari Kuah ke Kampung Baru Ulu Melaka tu T___T (poyo je kan letak nama penuh kampung ngan mukim-_-“)

Bossorry bos. Bukannya nak marahkan bos. Biasalah bos, orang tengah ‘bayar zakat’ macam saya ni emosi tak stabil sikit. Sori bos T__T. Ikhlas ni saya mintak maaf *bajet bos baca blog ni. poyo je an an an – Nabil Sifu & Tongga

Kalau bos baca ni (berharap bos baca tapi malu la pulak kalau bos baca nanti mesti bos pandang lain macam sebab kalau bercakap dengan bos nanti mesti bos bayangkan entri – entri ai kat blog ahadoi eh tapi kalau bos tak baca macam mana pulak nak kasitau bos yang saya rasa bersalah gila babas ni aihhh..) harap bos maafkanlah saya. Rasa bersalah sangat – sangat dah ni. 

Tapi kan bos, bos tak amek hati kan kan kan? Bos jangan kecik hati eh ngan saya. Nanti percutian bos kat Hatyai jadi tak best pulak kan kan kan? Kita kira 0 – 0 la ye bos ehehe..

Oh. Sebelum terlupa.
“Kepada semua staf MPLBP yang bertolak ke Hatyai, Thailand pada pagi tadi, saya ucapkan selamat jalan dan selamat kembali,
jangan dilupa cenderahati kami,
hari Ahad jumpa lagi
tata titi
P/s - Kadang – kadang, benda mudah yang sepatutnya dibuat dalam sekejap masa pun akan jadi lambat kalau tak tahu teknik yang betul kan? Sapa setuju?

Pemenang review Build A House in 30 Days. Korang dah tahu kan? Tahniah…

Monday, October 25, 2010

...kepada diri sendiri.

Tahniah cipina! (ni bajet bila orang baca otomatik orang tu ucap tahniah jugak walaupun dia cuma baca dalam hati hehe. Aci la kan?)

Makasih Tongue

Assalamualaikum and a very good afternoon to all. (menang sket dah eksen nak bervery good afternoon bagai kau)

Oke, ini sepatutnya dipublish pada hari Ahad minggu lepas tapi tak publish sebab hilang nafsu sekejap dengan blogging. haih. Sindrom betol.

Malam Sabtu lepas publish entri Build a House in 30 days. Mampukah mereka? ni, saya terus masuk tido. Menulis tanpa persediaan apa - apa. Buat pun kalut - kalut je. Kalau tak percaya, tengok balik entri tu. Dengan gambar skejap watermark skejap tak, ayat yang mcm tunggang langgang, English yang perasan bagos haha, tapi tengok - tengok balik entri tu panjangnya macam dah buat persediaan je kannn. *perasan sorang-sorang

Dalam tido, rasanya dari setat tido sampai bangun, mimpi pasal benda ni. Mimpi saya join depa buat rumah. Boleh gitu? Adoi.

Mungkin sebab terlalu fokus nak buat entri ni kot. Ye lah kan. Habis segala keringat kat otak ni kena kerah sebab nak tak nak kena siapkan malam tu jugak. Kesian otak saya kena force teruk - teruk camtu. Sampai tereffect tuan dia yang comel ni. Oke, saya bagi masa 2 minit p muntah. Cepat sket.

Orang cakap, sebelum tidur, kena basuh kaki kalau kita terfikirkan pasal sesuatu / seseorang, maka itulah yang akan keluar dalam mimpi kita. Betul la tu kot. Eh. Tapi ai tiap - tiap malam dok berangan pasal Aaron Aziz, tak penah pong keluar lam mimpi T__T. Tak leh caya. Tapi itulah kenyataannya. Tapi, mimpi semalam memang macam real. Serius *buat muka seriusStriaght Face

Malam esoknya, saya online lambat. Ntah kenapa macam malas sangat nak online malam tu. Tapi gagahkan jugak diri ni tanpa mengetahui apa yang bakal saya temui sedikit masa lagi..

Mula - mula tu, macam biasa buka facebook. Perkara pertama sekali yang akan dicari tiap - tiap kali online facebook sudah semestinya notification yang kaler merah tu. Ele..korang pun sama kan kan kan? baik ngaku cepat.

Online facebook sekejap, pastu teringat nak buka blog. Lepas dah buka blog tu, teringat pulak nak check blog Aiz memandangkan dah join projek Built A House in 30 Days tu hari sebelumnya. Mula - mula tengok video nih macam tak faham, tapi, lepas baca balik entri dia..i was like w.h.a.t?? Saya menang?? Really?? Seriously?? Betul ke nih?? iiiiiiYESSSSSSS! menjerit kesukaan ai kat situ..

 

 

..dalam hati. Gila kau nak menjerit tengah - tengah malam kuat - kuat. Nak orang bagi penyapu?

Nah tengok gambar ni kasik jelas.

 sayamenang
hi semua! alhamdulllilah video episode ke 5 build a house in 30 days dah siap!! jom tengok sebab kali nih video nih melibatkan para-para blogger malaysia! dan pastikan ampa tengok blog sape yang keluar dulu... sebab blog yang keluar dulu ialah pemenang! Thanks kepada semua blogger yang menyertai.. tanpa u all entahlah apa aiz nak buat untuk episode 5.. ^__^ heeee.. orite jom tengok..” – Aiz.

Oke oke, saya rasa sangat lame *italic kan sebab takut org terbaca lame as lama in malay-_-“. Seminggu lepas orang umumkan pemenang, ai kat sini baru nak padet haish.

Jadi sekarang, mari terjah videonya pulak. Tengok blog sapa yang keluar dulu ehe.

 

Hadiahnya adalah seketul banner. Maknanya blog ni akan mengalami transformasi la lepas ni tehee..tunggu naaBig Grin

 

P/s – ahernya..terpadet jua blog sememeh ini..aih.

 

Build A House in 30 days. Mampukah mereka?

Sunday, October 17, 2010

By looking at the title, some of you might know already what story I'm going to write right?

Well..for those who have no idea of what is this "Build A House in 30 days" thing, this is a reality TV about siblings project of building a house in 30 days for their special guest who will be coming from overseas to stay in the house they build for few months. Great no?

Am proud of this fellas not just because they are sibling whose building a house within 30 days but everyone of them doing this without any expertise in construction or building a house or a small small pondok orrr...whatever lah..Coooolll......right? Ah. Not to forget. Because they stays in Langkawi. Ngehehe. *noob-_-"

Everyday, he will shoot whatever they've done throughout the day for 30 days and make a short movie out of it! Never imagine this before. Tsk. *the 'tsk' like i've something in my head already and dunno how to deliver to public je ceh. padahal takdak apa pun :P

Okay, let's get knowing the actors first.
click picture to go to the FCU page
from left to right : Nordin (18), Musa (25), Azmi (27), Isa (21), Tajrid the otai (15) & Hafidz (11)

Alright, let's terjah the first episode of this Reality TV.

This is the get-to-know-the-actor episode which is the introduction of every of his handsome siblings and this part is so simple but professional with the name and age stated in the bottom. Love the graphic. No surprise la if Aiz yang buat kan. Me like it. In this episod the FCU's are clearing the things inside the house which are not intact to the building in making it easier to demolish the house.

introduction ; like the graphic on his name & age
doing the 'damage' thing
On episode two, on the first few minutes, the 21 years old Isa tell a story when Aiz met a paranormal entity bla..bla..bla..oke, i skipped this part X_X *penakut! 

In this episode too, they are planning to demolish the house and according to Abg Dean, it's 70% of demolishing the house was done. Great job guys. Ini tambahan. I like the way they put efforts together as a sibling sebab susah dah kot zaman sekarang nak tengok siblings yang sejantina sepakat macam depa nih. Mak sangat bangga nyah. Oke. Enough.

eh, what's that?
is that a river down there?
Let's move to episode three. With HD video, heart touching (??) song, and the scenes in this video make this movie so wonderful. Watching this episode many times I feels like wanna cry already. Tsk. That one also wanna touching touching ar? Eh, sambung sambung.

So, they continue demolishing the house and within one day they successfully destroyed the house. Well done geng!

tajrid teh otai
explaining the progress
expertise in damaging thing :P
For episode four and the last episode up till now, they cleared the debris from the demolishing and also going to flatten the ground and mostly in this episode they have lotsa discussion. It's a big thing though. Building a house oii..bukan senang nak buat cincai - cincai. Tak pasai - pasai satgi naya ja orang mai rumah takdan masuk dah sembah bumi separuh. Huish. Mintak dijauhkan lah. Isk. Eh, by the way, nice song you got here. Where you got the song eh?

plan

discussion
see see see..pandai.

Episod five was stopped due to Aiz and family going jalan - jalan to Gunung Raya if I'm not mistaken. Well, takpalah kan. They should also get some rest kan? Takkan nak projek manjang kan. Oke, apology accepted dik. *eh, like those people apology to you pulaks cipina..boo..T__T

So, Aiz come out with this plan to involve the blogger in his project for episode five. Still couldn't figure what he's going to do but I sense something great will happen. So, just wait lah ye.

Oh. For those who interested in joining this project, you can make an entry of this project and submit here eh takyah. Dah tarikh tutup dah :P

So, Aiz, this is my bet. Do as you wish with this entry. *bajet pasrah la konon choy.


This blog is owned by Aiz.

Wow, ada perubahan la kat jantung pisang luar biasa tu..hmm..i wonder..

Monday, October 4, 2010

Korang, ingat lagi tak pasal jantung pisang luar biasa yang saya cita hari tu? Ala..kalau tengok kat archive mesti nampak punya tajuk tu. Bukan banyak pun update T__T. Takde mood nak menulis haih.

jantung pisang besar semacam yang dimaksudkan

Ni perkembangannya. Rasanya sehari lepas saya pos kat blog, saya noticed perkara ni. Erkk..agak - agak ada tak orang berdekatan pejabat saya baca blog NSF ni eh?

Sebab lepas saya pos entri ni, esoknya time nak p makan, terperasan benda ni.


sudah kena bungkoih! hahaha!
Saya tak salah saya tak salah *larikkk..


Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright