Slider

Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri 1432h!

Tuesday, August 30, 2011

Sila cucuh pelita sendiri dengan membawa cursor ke sumbu pelita Open-mouthed smile

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Feature penting yang tertinggal di Facebook.

Sunday, August 28, 2011

Follow my blog with Bloglovin

Kan?

source

Buka Puasa di Artisans Pizza, Langkawi

Thursday, August 25, 2011

Buka puasa di Artisans Pizza dengan Julia kelmarin (24 Ogos 2011 – Rabu).


Klik gambar untuk ke sumber.

Julia pilih Meal A, saya pilih Meal B + Mushroom Soup *tamak

Meal A - Julia (RM10.50)

Pizza 6” (Sangat sedap pizza dia!)
Sup Cendawan (Mushroom Soup)
Sirap Bandung
2 hirisan buah hari ini
(fruit of the day)
kurma free

Meal B Cipina – RM 19 (RM15+RM4)

Spaghetti (Rasa dia boleh la..sedap jugak. Kuah banyak & isi ayam pun banyak!)
Sirap Bandung (Diorang serve awal, so ais mencair and you-know-how's-the-taste la kan. Kalau dia serve lagi 10 minit nak waktu berbuka lagi sedap.)
2 hirisan buah hari ini (fruit of the day) – dua hiris tembikai susu yang sejuk!
kurma free
tambahan – sup cendawan (Mushroom Soup)

Sup cendawan dia not bad kalau hirup macam tu saja. Tapi kalau cicah dengan roti bawang putih (garlic bread) mak aiiiiiiiiiiiiiiiiiiih. Marvellousss!

Gambar pulak.

P8241486Suasana di dalam restoran yang berkonsepkan minimal
*memandai je kau

P8241484Mushroom Soup + garlic bread (RM4)

 P8241493      P8241488
Sirap Bandung & Kurma

P8241487Jam kat hp ni cepat 15 minit

P8241494 Pizza yang nyummmmmmeh! Julia punya.

P8241490Spaghetti saya

Serius kenyang. Lepas tu g jalan – jalan kat Uptown Kuah sambil tunggu mak ayah beli pinggan mangkuk kat Ram’s. Mak ayah datang Kuah lepas buka puasa. Mak nak beli pinggan kat Ram’s sebab tengah promosi.

Oh.

Ramai orang dah sedia maklum kalau nak beli pinggan mangkuk kat Langkawi ni, mesti ke Haji Ismail Group atau Idaman Suri kan? Ada lagi satu tempat. Ram’s (M. Chuharmall). Dulu Ram’s ni terletak kat Pandak Mayah. Tapi sekarang diorang buka cawangan baru kat Pekan Rabu. Satu gudang untuk beli dalam kuantiti yang banyak n satu lagi kedai kat bangunan berhadapan. 2 tingkat. Ada pinggan mangkuk, cokelat, barang – barang hiasan, cadar katil, langsir, karpet n banyak lagi.

Nanti lah kalau rajin saya buat review. Sekali dengan gambar kedai & lokasi dia.

Hari ni balik 3.30 petang. Ada yang dah mula cuti n get ready nak balik kampung. Selamat pulang & berhati – hati di jalan raya ye Smile

selingan..

P8251495Julia balik kampung hari ni kebetulan naik feri yang sama dengan bos dia. Suka. Haha.

Selamat berbuka!

Anda klik, anda comel Smile with tongue out

Pendekar Bujang Lepuk Versi 2011. Cobaaannnn.

Wednesday, August 24, 2011

Haiiiiiiiiii, saya sayang DiGi! heee~


Saya nak tunjuk video keluaran
Ohbulan ni.
Mula – mula tak faham apa motif video ni. Rupa – rupanyaaaaa…haha. Tengoklah sendiri Smile with tongue out

Coooobaaaaaannnnnn

Ingat lagi tak saya pernah tulis pasal DiGi vs Hotlink haritu kat blog?
Sedang pakai pelan ni sekarang hehe.

Jimat gila okayyyy. Topup pun sebab nak lanjutkan expiry date je.

Berbaloi – baloiiii.

EH. Tu Celcom punya tagline eh? Smile with tongue out

Red heart

#ww Wordless Wednesday (Kedu Rabu)#5 - Kerja

 

 

ww-kerja

Nakletakjugakcaption: At least apa yang ada dalam ‘fikiran’ budak tu adalah apa yang kakak tu harapkan. Alaa..kasik can la..alaa..

Belum Gaji vs Dah Gaji

Monday, August 22, 2011

Belum gaji

Seluk poket kanan jaket. Teraba beberapa keping kertas.

Keluarkan.

“Wohhh..ada RM30! Rezeki tak terduga!” *mata bersinar penuh kesyukuran.

“Eh?” tengok kertas kuning kat celah – celah duit.

Buka.

Alaa..duit saman parking yang adik soh tolong bayar rupanyaEmbarrassed smile

Seluk poket kiri pulak.

Teraba beberapa keping kertas.

Keluarkan.

Not warna biru 3 keping.

“Alhamdulillahhhhh” *mata berkaca.

Dah Gaji

Duit baki sumbat merata. Dalam poket jaket, dalam beg laptop, dalam drawer, atas rak baju, dalam laptop case & kat mana – mana yang sempat.

Kesimpulannya :

Terima kasih kepada diri sendiri ketika dah gaji sebab punyai tabiat suka sumbat duit merata – rata supaya nanti bila berada di situasi seperti ketika belum gaji tidaklah berkelakuan seperti situasi seluk poket kanan tadi-.-‘

#kisahbenar

Special thanks to Abang Eq untuk kad raya tu SmileAbg Eq orang pertama hantar kad raya kat saya tahun ni! Weehu~

kadraya_abgeq_combine
oke. dah lama dapat sbenarnya baru nak posPunch

Siapa kata Yusry KRU & Lisa Surihani nak kahwin 2012. Propa aje.

Monday, August 15, 2011

Sapa cakap sapa cakap?

Klik untuk sumber asal

Antara komen – komen peminat. Paling suka komen nombor 1 tu Open-mouthed smile

lisa surihani dan yusry kru 2012

 

Pengalaman Pertama Puasa Syaza

Sunday, August 14, 2011

Hai, semalam sempat berbuka puasa dia luar bersama keluarga.

KOLAJ
Macam tahun – tahun sebelumnya, berbuka di restoran yang sama iaitu di
Restoran Wan Thai, Langkawi Mall, Kuah, Langkawi. Sebab? Sedap.

Tahun ni jugak merupakan tahun pertama Syaza (4 tahun++) berpuasa. Sebelum ni kalau di Putrajaya, puasa dia agak kurang mencabar sebab kat rumah cuma ada ibu, abah dengan adiknya saja.

Tapi bila balik kampung, jumpa pakcik dia (12 tahun), paksu (3 tahun) dia dan jugak maksu (5 tahun++) dia, puasa dia sedikit mencabar memandangkan hanya dia (tak termasuk pakciknya) yang berpuasa.

Bila dah balik kampung ni biasa la kan..budak – budak..mesti nak main je kan.

Macam tu la jugak Syaza. Punya seronok bermain sampai dia lupa yang dia tu puasa.

Bila dah badan dah letih dan kedahagaan, cabaran bermula.

(berdasarkan dialog sebenar – err..lebih kurang sebenarnya)

Scene 1

“Maklong, nak aiiiir”

“Eh tak boleh..Syaza posa”

“Tapi Maksu tak puase. Dia minum air tadi”

“Err..nanti dia tak dapat duit raya..haaa..maksu tak dapat duit raya nanti. Syaza puasa penuh nanti dapat duit raya. Maklong bagi, ibu lagi, abah lagi, uwan lagi, pak lang mat lagi..bla bla bla..”

Sabo je lah aku boleh g bagi alasan camtu-.-

; maksunya adalah anak mak sedara saya. Tua beberapa bulan dari Syaza kalau tak silap. Cuma saiz badan maksu lebih besar dari Syaza.

Scene 2

Lebih kurang pukul 4++ petang, paksu kelaparan. Maka dimintanya nasik. Lepas dengar paksu dia mintak nasik, dia pun mula la..

“Mak Longggggg, nak nasik”

“Eh eh. Mana boleh makan nasik. Syaza kan posaaa”

“Tapiii..kenape paksu tak puase?”

“Paksu kecik lagi..Syaza dah besar kena la posaaa..”

“Paksu pegi makan jauh – jauh. Jangan makan depan Syaza. Syaza puase.” Tegas bagi arahan.

Nasib baik la Syabil tak buat hal makan nak makan depan tv.

Kelmarin, kami sekeluarga berbuka di luar. Syaza letih gila kelihatannya. Mana taknya, siangnya main tak ingat. Sampai kena jerit – jerit nak suruh dia berhenti main.

P8130123Sabar menanti waktu berbuka.

P8130125
Tok : Paksu kena tunggu Syaza berbuka dulu baru makan tau.
Paksu Syabil : =.= *korehkoreh pinggan nasik.


P8130135

 Si kecik

Syasya pun sama naik nak berbuka Nyah-Nyah
[klik untuk entri Selamat Datang Syasya]

Waktu berbuka, dia minum air soya setin habis. Pastu makan sotong goreng beberapa ketul dan lepas tu cergas semula. See.

buka puasa 2011 gif


Lepas berbuka, pegi shopping sikit di Billion. Beli bantal sebijik. Tengah offer 60%. Dari RM60++ tinggal RM20++. Tunggu apa lagi. Rembat la kan. Kebetulan beli cadar baru, sarung bantal dia besar gila. Tak padan dengan bantal kabu yang kecik cinonet ai tu-.- boleh lipat dua lebihan sarung tu Smile with tongue outTapi last last bantal baru tu dok kat kaki. Sedap bantal kabu jugak Nyah-Nyah

 

Selamat berpuasa!

Syabil & Pink #1

Thursday, August 11, 2011

Hai, saya ada satu cerita (mungkin lebih, lepas ni). Pasal Mat Syabil.

Scene : Saya tengah kupas bawang untuk dibuat nasi goreng.

Syabil : Kak Na, ni bawang apa?

Saya : Ni bawang putih.

Syabil : Ooo..bawang putihh..ni? (tunjuk) Ni bawang apa?

Saya : Ni pulak bawang merahh..

Syabil : Ooooo..Kak Na.

Saya : Ya?

Syabil : Bawang pink mana?

Saya : =.=”

Adikku, janganlah macam ni. Pleaseee.

 

#ww (Wordless Wednesday) #4–Kad Raya

Wednesday, August 10, 2011

 

 

 

P8051405
Kad raya zaman sekarang.

Sabo je la.

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright