Slider

Kat atas jalan raya pagi tadi..

Wednesday, September 28, 2011

1. Lepas 5 minit keluar dari rumah kepala rasa gatal. Dem. Macam mana nak garu kepala dalam helmet?

2. Kalau kita tak fikir kepala kita gatal, kita takkan rasa sangat gatal tu kan? Ahhh..gatalnyaa! Jangan fikir! Jangan fikir!

3. Waktu kat simpang, ada sorang encik ni naik kereta senyum – senyum siap angkat tangan. Kita kenal ke? Saya tak berapa perasan muka encik.


4. Lepas dok asek fikir siapakah encik dalam kereta tu, terus tak teringat kepala yang gatal tadi. Maka kepala pun dah tak gatal. Lega.

5. Sambil bawak skuter sambil mengingatkan diri supaya smskan no akaun adik kat ayah.

rempitfikirmaybank

6. Sambil dok ingat – ingat tu terus terfikir nak buat entri ni.

7. Berharap tak lupa sebab selalu sangat dapat idea time bawak skuter tapi lepas – lepas matikan enjin terus idea tu pun mati. Pakai petrol jugak ke kau idea?

8. Sedar tak sedar dah separuh perjalanan.

9. Kembali fokus ke jalanraya.

10. Jalan macam lengang sikit. Adakah ini tanda punchcardku bakal merah?

11. Walaupun di dalam kerisauan bakal lambat ke tempat kerja, mulut ini tetap senyum maka orang kat jalan pun turut senyum *padahal kau kemam mulut je.

12. Sampai pejabat lagi 2 minit ke pukul 8. Nasib baik.

13. Hujan sangat lebat sampai terpaksa pakai stokin punya sejuk AC orang tak bagi tutup sebab depa panas=.=

Haji Ismail Group
Tengok Hotel Bayview kat sebelah kiri tu.
Dah macam Genting!

#ww Wordless Wednesday (Kedu Rabu)#6–I Love You Google :D:D:D:D:D:D:D

 

 

google_sitelinkblog

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

- WikiAnswers

Utusan menghina Tuan Guru Nik Aziz & Hukum Hudud

Monday, September 26, 2011

Saya tidaklah berniat menyebelahi mana - mana pihak. Tapi ini sudah seperti menghina. Jelas - jelas itu karikatur Guru Nik Aziz. Kalau letak gambar Najib mahupun Muhyidin ataupun sesiapa saja, apa tindakan yang akan dikenakan agaknya ye. Hudud tu hukum Tuhan, kalau tak boleh terima, jangan hina sampai macam ni :(

sumber gambar : sini

KOMEN DISINI

[Tutorial] Facebook Timeline. Scrapbook maya anda.

Sunday, September 25, 2011

Hai, semua perkara lepas–lepas yang dilakukan di Facebook boleh anda lihat dengan mudah.

Saya dah aktifkan Buku Skrap Facebook a.k.a Facebook Timeline saya! Anda bila lagi?

fbtimeline1

fbtimeline

Walaupun katanya ianya akan mula bertransformasi pada Oktober ini,dan memandangkan saya terjumpa cara untuk tukar dengan lebih awal, maka saya pun buat lahh

Hasilnya agak menggerunkan ye. Sebab kita boleh selak balik kenangan dengan meng’scroll’ ke bawah dan walla! Kalau anda letak tarikh lahir, start dari lahir dia akan muncul.

Secara ringkasnya, Timeline ni seperti yang saya cakap diatas, fungsi dia dah macam scrapbook. Setiap aktiviti kita di Facebook lebih mudah dilihat tanpa perlu klik older post. Dia akan kumpul maklumat aktiviti korang mengikut tahun dan bulan. Let say, kalau ko nak tengok apa yang ko buat pada tahun 2009, ko pegi je klik kat tahun – tahun yang tersusun kat sebelah kanan profile ko tu then klik lah mana – mana ko suka. Memang terimbau memori.

PENTING!

Tapi sebelum tu korang kena verify akaun facebook korang dulu samada menggunakan nombor telefon bimbit ataupun kad kredit.

Klik sini untuk verify akaun korang menggunakan telefon bimbit.

Tutorial dibawah ni saya amek kat Mashable.

Mula – mula kat kotak carian tu, taip perkataan developer dan klik kat hasil carian yang pertama sekali keluar.

fbtimeline (2)

Nak memudahkan kerja, klik kat SINI untuk ke aplikasi developer.

1. Klik ‘Allow’

clip_image001

2. Pastu klik kat "Create New App" (terletak di penjuru kanan atas)

clip_image002

3. Letaklah nama apa pun. Tak kisah. Yang App Namespace tu semua tulis guna huruf kecik ye. Tick kat "I agree to the platform privacy policy." Pastu klik kat Continue dan isikan kotak Captcha.

clip_image003

4. Bila dah sah anda ini adalah manusia lepas letak Captcha, klik kat "Open Graph" di bahagian sebelah kiri (seperti yang ditunjukkan anak panah)

clip_image004

5. Kemudian, anda akan nampak seperti gambar di bawah. "Get Started with Open Graph" – isi apa saja tak kisah apa pun di dalam lapangan di bawah heading "start by defining one action than one object for your app." dan klik Get Started. (saya tiru balik apa yg dia tulis kat gambar) – sila rujuk gambar.

clip_image005

6. Kat sini jangan buat apa2 selain klik "Save Changes and Next." Lakukan perkara yang sama pada skrin seterusnya.

clip_image006

7. Anda akan dibawa skrin seperti gambar di bawah. Tunggu beberapa minit dan sila masuk ke facebook anda.

clip_image007

8. Bila dah p ke homepage Facebook anda, anda akan nampak mesej seperti di bawah. Success! Kik Get It Now, dannnn welkam to the clubb!

clip_image008

Buat masa ni, timeline hanya boleh dilihat oleh sesama individu yang dah tukar ke Timeline juga. Bagi yang masih belum tukar, anda tak akan nampak sampailah 1 Oktober 2011 ni Big Grin

Selamat mencoba!

Entri ni ditaip kalut – kalut tanpa disemak penggunaan bahasa apatah lagi betul salah ejaannya. Kalau anda ikut tutorial ni dan ada masalah, itu bukan urusan saya sila tinggalkan komen di bawah/PM saya di FB ataupun poskan di Cipina.

Makasih.

Off to toilet.. Zzup!

// Update //

Mungkin ada antara anda yang mencuba masih belum bersedia untuk bertukar. Jangan risau. Ini penyelesaiannya.

Pegi balik ke app developer tadi di sini dan klik kat ‘Edit Open Graph’ (di sebelah kanan)

Kemudian, klik ‘Delete App’ (sebelah kiri bawah sekali)

Klik Confirm dannnn..

Tada! Kembali ke asal!

KOMEN DISINI

Sumber :

Facebook Timeline

Mashable

qamarullah.blogspot

 

[TUTORIAL] Fungsi Ticker di Facebook yang semak

Semak okayyy dia dok jalan kat tepi penjuru kanan tuuuuu..

fb_ticker_semak

Nak dapatkan update kawan2 yg tertentu saja di ticker tu instead of semua kawan2 anda yang setengahnya tu anda sendiri pun tak kenal?

Meh ai tunjuk cara – cara masak air unsubscribe aktiviti kawan – kawan tak penting anda dari keluar di ticker dan biarkan hanya aktiviti orang yang anda suka saja keluar kat situ. Suruh juga rakan – rakan anda berbuat demikian terhadap anda. Ini bagi mengelakkan SETIAP PERBUATAN anda di post di bahagian kanan Home facebook dan menjadi tontonan ramai.

Mula – mula..

Hover mouse ke nama rakan anda

fb_ticker_semak1

Kemudian, dia akan keluar kotak seperti di atas.

Hover mouse anda ke option ‘Subscribe’

fb_ticker_semak2

Bila dah hover mouse ke ‘Subscribe’, akan keluar satu list seperti di gambar.

Perkara2 yang ber’tick’ itu lah yang dok naik di ticker anda tu.

fb_ticker_semak3

Untick perkara2 yang anda taknak ia naik di Ticker anda.

Contoh : saya untick Comments & Likes dan Games.

Lepas tu..

Habis!

KALAU ANDA INI ADALAH SEORANG YANG SUKA MEBYIBUK STALK KAWAN – KAWAN ANDA, JANGAN IKUT TUTORIAL INI.Devil

Fungsi ticker ini sangat berguna bagi couple check. Let say, si dia kata dia tak online. Tapi bila kat ticker asek keluar dia dok like like gambar orang dan komen – komen kat status/gambar orang walaupun org tu tidak friend dengan anda makanya dia sedang menipu anda. Awas penipu. Anda diawasi! HAHAHA Devil

Sesuai jugak untuk bos – bos memantau pekerja – pekerjanya. Tengok ke wall sunyi hening ja..tapi kat ticker nama diaaa ja penuh dok komen/like status/gambar orang. HAHAHA mana kau nak lari janggggg Devil

Oh, btw, anda sudah cuba Facebook Timeline? Inibestbro. Dari saat – saat akaun kau lahir sampai lah sekarang suma kau boleh tengok balik apa yang kau dah buat dengan Facebook kau selama ini ku mencari – cari teman yang sejati buat menemaani perjuangan suuuci~. Over Tongue

fbtimeline1

Banyak lagi perkara – perkara baru kat Fb yang memeningkan. Kalau rajin saya share lagi.

Kbai.

Langkawi, Kedah, Malaysia

Jemputan Jamuan Hari Raya - Entri tiada makna.

Monday, September 19, 2011


Entri ini adalah dirujuk dan berkenaan. 
Seperti pihak tuan/puan sedia maklum, pada musim - musim perayaan, terutamanya pada minggu kedua bulan Syawal, hampir keseluruhan jabatan - jabatan kerajaan akan mengadakan Jamuan tambah lemak Hari Raya. 

shing shing bersinar - sinar *matabentuklove
Bersempana jamuan - jamuan tersebut diharap pihak tuan/puan yang mana berkenaan dapat mengambil perhatian akan beberapa perkara seperti yang tertera di bawah:

  1. Dikala jamuan sedang berjalan, bagi pelanggan - pelanggan yang dihormati maafkanlah kami kalau kat atas meja itu penuh dengan pinggan - pinggan dan gelas - gelas polisterin berisi beraneka jenis makanan & kuih muih melebihi kertas - kertas kerja kami. Sekejap lagi selesai urusan silalah jemput makan :)
  2. Bahan berasaskan polisterin adalah tidak baik untuk kesihatan ye.
  3. Bagi penjawat - penjawat wanita adalah dinasihatkan tidak memakai baju kurung moden (ada shape), baju - baju pesyen yang mengikut bentuk badan mahupun kebaya kebayan kerana dikhuatiri attire anda tadi tidak dapat menampung kapasiti maksima perut dan ini menimbulkan tayar - tayar simpanan yang kurang enak dari jelas kelihatan. Overload gitew~ (Melainkan anda adalah seorang yang bijak menahan perut & nafsu, sila abaikan perkara ini.)

  4. Adalah lebih disarankan memakai baju kurung kerana itu adalah langkah paling selamat demi menjaga pandangan orang terhadap diri anda yang berperatusan tinggi akan tertumpu di bahagian tersebut. Kalau nak pakai jubah laaaaaagilah digalakkan. Manis :) Tapi janganlah selagi tak nampak perut menimbul disebalik jubah tu lagi tu kau dok membantai. Babap perut tu kang :)
    Oh. Tidaklah mampu daku menolak. Isk.

  5. Bagi para penjawat lelaki pulak, anda dinasihatkan supaya memakai seluar yang lebih besar pinggangnya dari biasa. Takut nanti perhatian kami kaum wanita tersasar pula apabila terlihatkan seluar anda - anda dah berada di paras pinggul dan bukan di paras pinggang seperti hari - hari biasa.
     
  6. Kemeja juga sebolehnya sila pakai yang lebih besar satu saiz dari saiz biasa anda. Tidaklah kami ini menumpang terseksa pabila terpandang butang baju anda - anda yang hampir tertanggal dari jahitan selepas/ketika menjamah juadah jamuan yang superb - superb itu :)
  7. Melekatkan lampiran Cara - Cara Mengira Indeks BMI di pintu dewan makan adalah sangat sangat sangat tidak praktikal. Perli ke bangg?
  8. Jika anda konsisten menghadirkan diri ke jamuan - jamuan hari raya tanpa gagal setiap hari, peluang untuk duit makan anda dijimatkan adalah tinggi sehingga tiba ke tarikh gaji.
     
  9.  Entri ni tertimbul akibat kekenyangan akibat menghadiri 2 majlis jamuan hari raya. Alkisahnya.
Sekian. 
Hoy hoy! _My Girlfriend is a Gumiho *tetiba
*Gambar adalah dari album kawen raya tahun 2009 :D






Aktiviti Raya Cipina. Syiok Betul #2

Sunday, September 4, 2011

..sambungan dari entri Aktiviti Raya Cipina. Syiok Betul #1

raya3

2 September 2011

Keluar lagi dengan kakak sepupu. Kali ni temankan dia pegi beli minyak gamat. Pastu pegi ke Langkawi Fair pasang screen protector kat hp baru ai. Sambil – sambil tu kakak sepupu ai pegi jumpa bos lama dia..Seronok tengok orang yang masih boleh bergurau – gurau dengan majikan lama walaupun dah berapa tahun berhenti kerja. Macam ai ni, kalau kenal seseorang tu, n bila jumpa balik dalam jangka masa yang lama, otomatik jadi rendah diri takut orang tak kenal. Paling paling pun senyum je bila jumpa. Dah tu bila tak tegur, orang cop sombong=.= Ai tak sombong oke uols. Cuma takut orang dah tak kenal kita ni..Nanti g tegur dia cakap tak kenal, haa..kan dah malu.

Padahal kalau tegur orang kenal lagi kot..Paranoid apa ntah kau ni.

Kak Cik bawak pegi makan tomyam di kedai bos lama dia tu. Best! Sebab tempat makan dia berada di tengah – tengah kedai lot kedai. Sambil makan, sambil usya baju – baju kat dalam kedai. Tapi sedikit segan bila orang yang lalu lalang pandang – pandang macam menjadi satu kepelikan besar makan kat situ.

Photo-0008Sekeping sudehhh..pasal tempat makan ni
ai cerita di entri lain ye.

Habis disitu aktiviti pada raya ke-tiga.

raya4

3 September 2011

Hari paling besttt!

First sebab kawan baik kat sekolah dulu bertunang.

FILE0001
Cikgu MilahRed heart

FILE0011
Kamilah adalah seorang yang sangat nekad.

Kawan saya yang sorang ni adalah kawan perempuan yang paling kelakar yang pernah saya kenal. Kalau sehari dengan dia tak gelak, bukan Kamilah la namanya haha.

Semalam waktu kawan saya ucap tahniah kat dia..

“Milah, tahniah wei” <— merujuk kepada pertunangan.

“Apa? Berat badan aku tak turun wei!” <— saja nak ubah topik hahah

Serius. Kalau tengok muka dia pun dah rasa nak tergelak bukan sebab muka dia nampak kelakar tapi sebab karakter dia tu. Cikgu kesayangan students ni sebab sempoi gila haha. Dapat cikgu sporting macam ni, belajar jadi lagi best. Budak – budak pun tak stress.

Selamat Bertunang Milah.

Sebab kedua Red heart

Semalam jugak telah berlansungnya Gathering Raya kali ke-2 bekas – bekas pelajar SMK Tunku Putra Langkawi batch 1998-2004 di Pantai Cenang.

Event yang pada awalnya tak berapa nak percaya akan menjadi tapi turned out as super awesome!

Serius happening!

Dengan kehadiran yang paling ramai setakat ni (mengambil kira event2 lain seperti boling, karaoke, gathering buka puasa etc.) Hampir 40 orang kesemuanya.

Hari tu jugak menjadi sejarah apabila first time ai buat sos perap ayam uols. Bahan – bahan main taruk ikut suka. Asal nampak rupa sos. Orang bagi resepi simple pun dah tak reti nak buat sebab kaget masa tak cukup. Last – last come up dengan resepi sendiri huhu. Dengan bantuan Eton yang telah menjadi tukang potong ayam, maka, terhasil jugak menu utama kita malam tu. Dah nama pn BBQ kann. Tenkiu Che Tonne. Dan tak lupa jugak kepada Tipah yang sudi menyediakan mee kepada kami yang hampir 40 orang tu. Terima kasih banyak – banyak sebab sudi menyediakan juadah tu dalam masa yang suntuk.

Event ni pada awalnya dirancang nak dibuat di Pantai Pasir Tengkorak. More to picnic la. Tapi tak jadi. Kebetulan hujan sekejap pada pagi raya ketiga tu..di ganti keesokan malamnya iaitu hari Jumaat malam Sabtu yang lepas..

Risau jugak kehadiran tak memberansangkan sebab makanan disediakan untuk 40 orang. Feedback dari kawan – kawan pun time tu macam tak banyak respon.

 

bbq

Alhamdulillah, acara berjalan lancar walaupun slack sedikit di sana sini. Tapi berkat kerjasama antara kawan – kawan, masalah dapat diselesaikan dalam masa yang pantas.

Sedikit gambar.

 

Kepada kawan – kawan yang hadir, terima kasih banyak – banyak diucapkan. Andai ada perkataan mahupun perbuatan yang mengguris hati sepanjang perjalanan acara kita tu, harap dimaafkan. Mana tahu tergurau kasar ke, mulut terlaser ke..kita kira 0-0 la no. Yang bawak sedikit sebanyak bahan – bahan pelengkap untuk majlis kita tu, terima kasih. Kalau kita tak kerjasama macam ni, tak menjadi rasanya majlis kita ni.

Overall, sangat hepi, sangat meriah dan sangat sangat sangat _______ (sambung sendiri) walaupun sorang organizer penting tak dapat menghadirkan diri iaitu Cik Pida kita yang terkandas di Perak time tu. Takpa Pida, nanti suruh Zul cita kehappeningan majlis malam tu ye hehehe Smile with tongue out

Terima kasih. Punya terharu sampai terlupa sekejap beberapa perkara yang nak ditulis. Satgi ingat, ai edit balik.

Last but not least (bajet surat rasmi Bahasa Inggeris)..

294177_275498272476279_100000483253037_1149421_4931826_n

Bai!

 

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright