Hai, selamat hari Jumaat. Ingat lagi pasal entri digi & maxis hari tu? Tengok kat gambar last sekali di entri tu.
Ya.
Pasal mouse saya yang tergunting dua kabelnya tu. Nama dia Musa, berjenama Logitech.
Musa hadir dalam hidup saya apabila ayah menemukan si comel Asus di dalam teksi van beliau peninggalan seorang hamba Allah dari Qatar. Boleh baca entri sepenuhnya di entri Macam mana saya dapat netbook ini part #1 & part #2.
Berbalik kepada kisah sedih Musa, orang yang bertanggungjawab tak lain tak bukan adalah budak yang curi cincin saya pada suatu masa dulu.
Ya..mat syabil (gelaran yg dia sendiri bagi) punya kerja. Sewaktu kejadian tu, saya kat bilik atas. Bila turun dari bilik mak cakap kabel Musa kena gunting(laptop time tu ada kat depan tv). Waktu kejadian tu, mat syabil datang dari bilik menjahit mak sambil pegang mouse dengan kabel usb yang dah terpotong dua tu macam orang tengah pegang ekor tikus meninggal.
Macam ni lebih kurang. Cuma dia dengan kedua – dua belah tangan.
Maka tugas Musa digantikan oleh mouse free yang dapat waktu beli si Nerang (nama diberi on the spot waktu sedang menaip) hari tu.
Tapi performance dia sangat lah megecewakan. Nama dia Husin.
Sengal lah si Husin nih. Lain yang orang suruh buat. Lain yang dia buat. Kita tolak cursor naik ke atas, dia pegi ke bawah. Klik sekali, dia bagi triple klik. Jadi, bila mengomen kat blog orang, maka terhasillah komen berbaur spam macam ni ;
Sekali klik dia 3 mesej sedas keluar. Mesej yang sama.
Dem yu Husin.
Maka, terpaksa mencari pengganti si Husin ketegaq yang suka buat orang naik darah ni. Alan – alang dah si Nerang ni berwarna merah, maka haruslah mousenya pun berwarna seragam kannn. Dapat si comel ini dengan harga RM38. Nama dia Pix. Nama penuh dia Pixma. Keluaran Canon.
Performance dia okey la kalau nak dibandingkan dengan si Husin tu walaupun tak sebest si Musa. Tapi boleh diterima la..Musa walaupun saiz dia kecik berbanding Pix, tapi dia berat sikit dari Pix. Dan Musa adalah mouse jantan sebab dia tak perlukan pad lansung. Semua permukaan pun dia orait je dengar arahan. Kat atas table, atas buku, atas tilam, atas tikar buluh, atas peha (waktu darurat), kat mana – mana saja dia tak pernah tak dengar arahan.
Pix pula saya akan didik supaya menjadi mouse jantan (apakah?) supaya sentiasa mendengar cakap walaupun tanpa kehadiran si PAD. Ajar jadi independent sikit.
Husin? Toksah cakap lah. Ketegaq!
RIP baby Musa ![]()
Like kalau anda rasa anda kacak & cun melecun

