Slider

monolog bengong category
Showing posts with label monolog bengong. Show all posts

Sedar tak sedar..

Tuesday, January 24, 2012

awan love

..dah 7 tahun kita bersamaLove Struck

Ingat lagi tak tempat pertama kita bertemu? Ye..di kedai kristal kat Langkawi Fair Shopping Complex (SEO SEO)

Waktu awal jumpa awak dulu mata ni tak pernah lekang dari awak. Hati terus terdetik nak jadikan awak milik saya macam mana pun. Tiada istilah perigi mencari timba disini ye. Harap jelas disitu
Striaght Face
Ye. Awak jadi milik saya akhirnya. Walaupun saya terpaksa korbankan sesuatu demi mendapatkan awakLove Struck Takpe. Saya tak kisah. Yang penting, saya berjaya dapatkan awak.

Ye, bunyi macam kejam. Tapi, kat dalam dunia ni, kalau tak bersikap kejam sedikit, kita takkan dapat apa yang kita mahu. Kan?
Raised Eyebrow
7 tahun. 7 tahun kita bersama, susah senang kita harung bersama, pahit manis kehidupan kita rasa bersama..di setiap tangis tawa saya, awak ada dengan saya.Kiss

Putus sambung, putus sambung dah jadi rutin kita. Kadang – kadang tiap – tiap bulan kita ‘putus’. Tapi takpe, saya tahu hanya satu cara je nak ‘sambung’ dengan awak. Bayar sedikit amaun, kembalilah bertaut kan? Happy

Pernah saya merajuk dengan awak, berapa tahun kita putus. Hidup saya tak lengkap tanpa awak tahu Sad

Tapi nak buat macam mana, rajuk di hati siapa nak pujuk. Awak tu la, asek putus je. Penat. Saya penat tahu.

Tapi, demi sayangkan awak dan memikirkan berapa nilai saya terpaksa bayar untuk bersama awak, saya mengalahHappy

Alhamdulillah, sampai hari ni awak masih setia dengan saya. Saya suka Blushing
Itupun lepas saya pergi dapatkan khidmat pakar untuk dapat terus bersama survive dengan tabiat awak yang suka putus ni. Takpe, saya rela. Demi untuk awakBatting Eyelashes

Sekarang dah nak masuk empat tahun kan kita tak pernah putus sambung putus sambung dah kan? Harap kita dapat bersama sampai bila – bila. Awak sangat bersinar di mata sayaHappy..


..dan dimata saya, sinar awak tak pernah pudarLove StruckBlushing
Paling penting, saya rasa cantik bila dengan awak. Awak berjaya buat confident level diri saya meningkat.
Tenkiu Love Struck
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

V
 Si gelang kristal
Love Struck 

Korang, ada idea nak ikat gelang ni dengan apa lagi nak bagi tak/lambat putus? Dengan getah sudah, tali memancing laut dalam laut singkat suma dah, suasa pun dah. Sumanya putus. Kalau setakat putus je takpe, ini tidak, kalau putus mesti batu kecik - kecik tu pun hilang. Dah la sebijik harga 50sen oi. 
Gelang_kristal

Dekat nak 27 hidup, gelang kristal nilah benda yang paling lama dengan saya. Beli dengan duit sendiri  okHee hee

Walaupun dah 7 tahun, shining dia tetap tak hilang. Hehe..


7 tahun
Status kontroversi :trollface:Smug
Tapi sikit je lagi nak kantoiWhew
Tongue
7 tahun1


Kawan – kawan yang ingat saya tulis status tu untuk seseorang, mintak maaf lah ye kalau ada salah fahamNot worthy. Niat nak menyengal, jangan fikir serius noo..heehee TonguePeace SignHee hee


Jangan marreeeeBig Grin







Feeling beat up 

Kbai

Penat

Friday, January 6, 2012

Nak rehat.

Tak mau keja dah boleh?

Nanti mana duit nak mari?

Sapa nak bayar bil internet?

Sapa nak bagi duit kat mak bulan – bulan?

Sambung study?

Duit lagi. PTPTN?

Hmph. Lepas belajar berhutang lagi.

Time belajar nanti sah – sah mak ayah kena masukkan duit jugak sedikit sebanyak.

Tahu dah kerja dengan kerajaan ni macam mana.

Kalau diberi pilihan, saya pilih keja swasta. Sebab swasta kena keja betul – betul.

Ada peningkatan, naik pangkat.

Tak ada peningkatan, duduk ditempat lama.

Tak perlu ijazah untuk dapat jawatan tinggi.

Asal kau kerja bagus.

Dan konsisten.

Bila dah kerja, kau lebih pentingkan pengalaman ke sekadar teori yang kau belajar di universiti dulu?

P/s - Kalau anda lepasan universiti dan masuk ke tempat kerja yang baru dan mampu mengubah cara hidup bekerja orang di sekeliling anda, anda..

adalah genius.

Tak semua mampu berbuat sebegitu. Segelintir saja.

Ni just pendapat. Taip tanpa berfikir. Tulus dari hati. Kalau tak bersetuju, abaikan saja.

Pi pantai hari ni.

Iklan :

Anak korang minum susu apa?

Cari & Share tempat makan menarik. Sapa nak bagi?

Ni apa menatang PETMOS, motogp bagai. Aku pun tak paham.

 

Ini entri ingat mengingatkan diri sendiri

Monday, January 17, 2011

Hai haiiii :D
Dah lama tak padet blog padahal idea melambak - lambak. Resolusi tahun baru yang katanya nak padet blog sehari at least satu entri tidak berjaya nampaknya. Haiz..

Antara perkara - perkara lepas yang masih jadi draf yang tak belum sampai jodoh untuk korang baca eh ada ke orang nak baca T___T antaranya ialah entri dari tahun lepas sebelum Krismas; Kursus yang sangat best sebab ada DrLuv, entri lepas Krismas; menjadi tourist guide cik fiza yang datang dari Johor :D, entri kesihatan; pasal kelas aerobik, entri sedih; pasal kejadian tak best yang berlaku kat pejabat, entri yang paling paling paling sedih; kehilangan jantung hati pengubat lara, my xpress music 5800 :'(

Lepas satu, satu kejadian berlaku dalam hidup sampaikan tak sempat nak padet. choy. tipulah kau cipina. Tuhan kasi kau 24 jam kan. tak payah bagi alasan tak sempat - marah cipina kepada dirinya sendiri (baca dalam nada pertandingan bercerita)

Dengan blog pun banyak je nak buat. Kalau boleh nak tukar template baru, nak try buat header sendiri, nak kelaskan bloglist lagi sebab tengok sekarang bloglist macam semak sikit dah. Nak buang apa yang tak patut kat blog, nak kurangkan berat blog, pendek kata banyaklah perancangan yang nak dibuat tapi tak tertunai lagi..hmm..

Actually, kat rumah kalau saya online saya pun tak tahu atas sebab apa. Macam, onlineeeeee je tapi tak tahu pun tujuannya. sebabnya saya online kat depan tv, so banyak sangat gangguannya.

Kalau nak update entri pn tunggu orang lain dah masuk tido. Nak tukar ke WiFi pulak kena tunggu abes kontrak bulan 7 ke bulan 8 ni :\

Nak beli broadband, liputan dia tak meyakinkan sangat. Tambah pulak bila nampak kat facebook tiap hari mesti adaaaa je orang komplen pasal tu. Jalan selamat, stick to Stimix la heh.

Sekarang masa terluang sangatlah banyak. Almaklumlahhhh, dapat ofis sendiri. Suka!

Da daaaa..

Tinggal di Malaysia, masih nak mengeluh? Fikirkan saudara – saudara kita di Afghanistan yang lansung tidak bernasib baik.

Tuesday, December 21, 2010





emosi_redup

emosi_redup1

Kelmarin, emosi saya sedikit terganggu. Mood jahat (bad mood) senang cakap. Buat kerja pun rasa sangat malas. Emosi betul – betul redup macam cuaca hari kelmarin jugakSigh
Sampaikan abang senior panggil nak tanya pasal internet connection pun dah buat muka tak senang macam pertanyaan dia tu menyusahkan and sampai kena keluar peluh kalau nak menjawab. Sorry abang seniorSad


Suhu dalam pejabat tak macam selalu. Macam sejuk gila. Sejuk sampai kebas sebelah tangan ni. Bila gerak – gerakkan tangan, sakit macam kena cucuk dengan seribu batang jarum bayangkann..Sigh


Lenguh – lenguh satu badan. Sengal sana sini especially kat bahagian lengan. Kawan saya cakap kerasukan T__T adakah?Surprise


Bukan orang yang kerasukan tu tak sedar apa berlaku eh? Pastu siap royan – royan histeria lagi, then tenaga melebihi 10kali ganda kekuatan Malik Noor Coolpastu kena ada 3 – 4 jejaka handsomeBlushingpegang kita dari bertindak ganas wahhh gitu..harus ye pakwe – pakwe bujang dan handsome saja yang boleh pegang yeSmug. Yang dah kawen sila duduk sebelahRaised Eyebrow. Gataiiiiiiiiiiiiiiii *cubit pipi*


Oke, serius balik.
Kelmarin jugak dalam sejarah selama bekerja mata ni terasa berat teramat sangat YawnDuduk kat meja Abg Ilyas pn tertidurSleepy, masuk bilik server nak check internet connection pun tertidurSleepy, tengah tengok laut pun kau boleh tidur jugak??Surprise Berdiri pulak tu!Not talking


PC213024_ngantukcerah camni kau boleh tertidur cipina?


PC213026_ngantuk1 bising – bising kat sini pun kau boleh tidur jugak? Parah.



Last – last pergi ke makmal sekejap melepaskan lelah (lah sangat). Tak tahulah berapa lama saya tertidur. Muka tak payah cakap la. Serabai gila. Lepas tu kalutla ejas mata yang bengkak ni T__T. Mata saya pesen bengkak bukan sepet mcm cina / jepun / korea tu. Bertambah bengkak lepas bangun tidur. Nak tengok muka saya fresh – fresh pagi – pagi? Pegi sini –> KLIK AJE


PA301918_matabengkak T__T
abaikan bulu mata berserabut itu=.=




Kalau ada kawan – kawan yang terbaca entri ini, saya mintak maaf la kalau mood saya tak berapa baik kmarin, ampun maaf dipinta, selamat hari raya.


Eh, tajuk kat atas tu macam takde kena mengena lansung kan? Ada sikit kot.


Sebagai manusia yang yang dilahirkan di bumi bertuah ini, bersyukurlah. Janganlah sebab benda – benda kecik pun nak merungut.
Babai.


Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright