Slider

Raisudin Mohd Alias, Al-Fatihah buat kamu..semoga kamu tenang disana

Tuesday, February 9, 2010

Tadi saya dah bersiap-siap nak publish post pasal ni :





tapi niat berbuat demikian dibatalkan selepas mendapat email ni :



Terkejut bukan kepalang waktu terbaca email ni.
Entah kenapa hari ni hati ni tergerak nak buka folder yang difilter dinamakan 'Facebook' di email.


Allahyarham [ID VF - dinosuper] adalah rakan maya saya di VF. Awal perkenalan kami hanyalah berdasarkan urusan bisnes. Kemudian, menjadi sedikit rapat dari portal tu. Sama seperti kawan-kawan yang lain seperti Ojin, Adza, Yana, Hyd, Mimi [member - member yang join VF tahulah macam mana portal mesra pengguna tu berfungsi merapatkan sesama member-membernya]
Kat situ, kami semua bergurau, merapu, meraban ,berbincang, bertanya pendapat, berkongsi masalah dan ramai member-member di situ bertemu jodoh. Memang ramai. Seterusnya persahabatan kami dilanjutkan ke Facebook. Disitu, saya tahu dia suka main Mafia Wars. Sebab dia banyak bagi gift walaupun saya tak main permainan tu.

Allahyarham adalah seorang sahabat yang baik. Sentiasa menasihati kawan-kawan yang lain dengan nasihat-nasihat berguna. Mesej-mesej di stateboardnya juga kebanyakannya berbentuk peringatan.

Walaupun tak pernah bersua muka, sedikit terkesan dihati sebab saya pernah berkomunikasi dengan allahyarham. Sedikit sebanyak terasa kehilangan.

Selebihnya, biar gambar ceritakan semua..tak sanggup lagi saya nak menaip. Lepas baca pos rakan allahyarham, menitis air mata bila dia pergi dalam keadaan begitu :'(
Allah lebih sayangkan dia..


Raisudin Mohd Alias
25 Nov 1986 - 08 Feb 2010



gambar diambil dari facebook allahyarham

Selamat tinggal kawan. Semoga roh kamu dicucuri limpah rahmat - Nya :)



Kawan - kawan Muslim, sila klik






P/s - mestikah orang yang baik-baik pergi dulu :'(


21 comments:

  1. @6983759790143919765.0
    terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah..

    sepanjang juin VF, dah beberapa member yang meninggal dunia..
    ape pun, takziah kepada keluarganya..

    Alfatihah..

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat....

    ReplyDelete
  4. takziah buat keluarga allahyarham

    *al-fatihah*

    ReplyDelete
  5. takziah!
    nanged u!nang this to view the famous Siew Pau!

    ReplyDelete
  6. Takziah...sedih bila kehilangan seseorang, terutama kalau yang rapat dengan kita. Be tough ok!

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah, semoga roh arwah dicucuri rahmat. kdg2 ajal maut tak pernah kenal usia. Kita yang masih hidup ni kena selalu2lah ingat mati. Dunia ni pun hanya persinggahan sebelum kita melangkah ke alam akhirat yg kekal abadi.

    ReplyDelete
  8. al-fatihah.. mmg akan terase kehilanagn bile orng y kitew rapat dn kenal pergi cm tue jer.. sob3..

    :'(

    ReplyDelete
  9. Al-Fatihah semuga roh mu ditempatkan bersama mereka yang soleh.

    ReplyDelete
  10. jaja ali@menah vf : al-fatihah..

    ReplyDelete
  11. Al-fatihah.. baru je tahu berita ni dekat VF.. then baca FB arwah, sayu jugak...

    Ape2pun, sy doakan arwah mendapat ketenangan di sana. InsyaAllah

    ReplyDelete
  12. rais... im miss u...fren... jarang jumpa lelaki sebaik rais...

    ReplyDelete
  13. @1923191938538542304.0
    semoga allah mencucuri rahmat ke atas rohnnya..amin :)

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright