Slider

AK-6313 LGK - KUL | 17:45

Thursday, November 29, 2012

Kat departure hall.

Serius kelam kabut sebelum sampai airport huhu.

Kutip baju, make sure pintu semua kunci, setel apa yg patut sebelum keluar, order kuih tepung bungkus utk kenduri Aizat anak Kak Sweet.

Paksu dgn Cu tolong hantarkan ke airport memandangkan Dikmat pi Alor Setar hari ni.

Part yang bestnya, lepas ja order kuih kat rumah Tok Minah, belum sempat lintas nak ke kereta nampak posmen lalu. Bila dia slow down tu tahu dah dia nak masuk kawasan umah sapa. (jarak umah Tok Minah cuma 100 meter lebih kurang)

Terus saya lari pegi kat van Poslaju tu. Nasib baik la singgah order kuih. Kalau tak, kena pi pickup kat ofis la nanti nampaknya. Malas ai.

Then lari pi kat keta, Paksu dok tunggu kt seberang jalan depan umah Tok Minah.

"Baru lari banyak tu pn dh penat, acane nak jogging nih?" paksu kata.

Haha. Ai kelam kabut okay. Tu yang penat tu huhu. --Nak jugak defend diri sendiri.

Ok. Flight dh nk jalan.

Bai

Langkawi - Putrajaya | 29-11-2012

Petang ni saya akan berangkat ke Putrajaya. Mak ayah Shafiq dengan Syabil dah ada kat umah Dikja. Diorang dah ada kat sana sejak Jumaat lepas. Sebab Sabtu the next daynya ada kenduri kat rumah Mak Lang (kakak mak) saya kat Subang.

Cousin Hafiz dgn isteri beliau Azie.
Gambar saya cilok kat SINI.

Selamat Pengantin Baru

Hafis & Azie!
Saya tak dapat pegi sebab cuti dah abes. Almaklumlah cuti 12 hari je setahun. Lepas tu jenis tak reti nak pi ambik MCsakit pun kau bantai ambik cuti jugak. Macam hari tu, jadi alahan kat tangan. Gatal - gatal tak tertahan maka saya pun pergi la ke Klinik Kesihatan Kuah tu time rehat..

M.A tanya

"Awak nak ambik MC untuk hari ni ke esok?" 
Fikir punya fikir..
"Ambik untuk hari ni je lah."  
..padahal time tu dah lepas pukul 2 petang kot!

Kau ambik MC untuk esok la sengal. Lepas balik dari klinik tu mintak la pelepasan dari bos cerdikkkk. <-- ini antara advice dari kawan - kawan pejabat. Tapi diorang takde la kondem sengal cerdik bagai. Itu saja tambah nak kasi dramatik sikit. Ehe.

Mana la saya tau alahan tu akan jadi lebih teruk. So, kalau ambik MC pun buat apa. Sikit je. Time amek MC tu kat lengan je gatal - gatalnya. Kena cucuk sejarum n dapat ubat sapu ingatkan ok la lepastu. Sekali kann..

..balik rumah, malamnya haaaa kau habis satu badan bengkak - bengkak. Org offer MC kau tak nak. Padan muka rugi satu hari. 

Ehhh..kita nak cita pasal nak pi KL kan? Tengok tengok tengokkk! Ada je menyimpang. Nasib baik berkait. Ish.

Jadi, salah satunya cuti saya cepat habis pasal ni la. Asal demam, ambik cuti. Tak ambik MC. Pandai angat kan! *sila masukkan sendiri smiley malas nak layan*

Kes yg sama masa keja hotel dulu. Cuti sampai 42 hari tak claim. Ha sudah. Stop kat sini dulu. Satgi melalut sekali lagi.

Sabo je lah kau Schapina.

*ambik napas*
Kat mana kita tadi?

Ha..pasal nak pi KL.
Jadi, disebabkan cuti dah habis, maka terpaksa menggunakan cuti minggu yang ada je. Pegi hari Khamis, balik hari Sabtu. Nak pi Legoland  plan awalnya. Tapi semalam Dikja cakap tak jadi sebab nak tunggu waterpark siap dulu. Apa - apa pun, tunggu je lah sampai nanti. Kita plan pegi tempat lain pulak hehe

Lagi satu sebab tak tahan sangat nak jumpa budak 2 orang yang omey omey ni!

Syaza
Syasya
Kemain!
Tengok apa la gamaknya tu.
Tambah - tambah si Syasya. Kemain lagi dia bersembang waktu berTango semalam padahal satu apa pun tak paham. Ei. Geram

Oh. Rindu dengan budak lagi sorang yang semalam kena tolak sikit time video call pun nak nangis. Si Syabil la sapa lagi :(

Hari ni, nak mintak dengan bos balik awal sikit sebab nak habiskan pack barang. Hehe. Lagipun memang balik awal hari ni. Kedah kan. Balik 3.30 petang pada hari Khamis thehee. Ada kerja nak kena setel dulu sebelum boleh gerak. 

Ok la kan balik awal inform bos. Dari hilang terus lepas rehat. Dekat - dekat nak balik baru nampak muka. Alaahai

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Sabar sabarrrrrr.

Bai!

Haji Ismail Group, Langkawi



Kalau datang bercuti ke Langkawi, tak lengkap la trip kalau tak singgah ke rangkaian Haji Ismail Group ni.

 
Dekat sangat dengan tempat kerja saya :D

Kedai ni dia jual coklat je semata - mata. Ada satu lagi kedai besar, dia jual pinggan mangkuk, kain batik, peralatan dapur, coklat etc etc. Tp coklat tak banyak mcm kat kedai kat atas ni.

Dia ada beberapa lagi cawangan kat Langkawi ni. Kat Jalan Pandak Mayah ada 4 outlet. Kat Jetty Point ada satu. Eem..kat mana lagi eh. Lupa dah. Nanti kang saya ingat saya update lagi.

Sekarang ni, kompleks Haji Ismail Group ni masih dalam proses pembinaan kat Pekan Kuah. Kompleks ni dekat sangat dengan Klinik Kesihatan Langkawi dan IPD Langkawi. Kompleks ni nanti akan ada tempat shopping, tempat makan dan hotel.

Lepas ni bertambahlah shopping mall kat Langkawi. Setakat ni shopping mall yg besar - besar cuma ada 3 je. Langkawi Parade, Langkawi Fair dengan yang terbaru Cenang Mall yang terletak well obviously kat Pantai Cenang la kan. Kat mana lagi :p.

Kompleks HIG dijangka siap dan boleh beroperasi pada tahun depan. Pasni senang la kan. Semua kat satu tempat je. Heaven je bangun pagi, mandi, keluar bilik, haaa semua dh ada depan mata. Tak payah drive sana sini lagi dah. Jimat masa. Lepas ni orang yg datang kursus sure akan book bilik kat situ heheh.

Kebetulan LIMA 2013 diawalkan dari bulan Disember ke bulan Mac. Sapa yang yang nak datang ke acara antarabangsa yang diadakan di secara dwi tahunan sejak 1991 ni silalah plan awal - awal ye hehe.

Landskap

Monday, November 26, 2012

Cantik kan? Macam teringin nak buat kat rumah hehe. Tapi malangnya kawasan sangat terhad. 

Kalau buat camni, tak boleh la org kampung lalu kat tepi umah lagi (rumah sy tak berpagar) dan kuranglah parking space..



fentomatte
Nampak bangunan Al-Ikhsan di situ

P/s - ni landskap kat area pejabat saya.

Sangka buruk

Muhasabah diri.
Surah Al-Hujraat, Verse 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Pen 5 dalam 1.

Selalunya kalau pegi lunch kat Langkawi Parade, tempat wajib yang akan saya singgah adalah kat bahagian alat tulis. Seolah - olah ada satu medan magnet yang besar kat situ. Macam ditarik - tarik kaki ni. Mesti kena singgah punya.

Pegi je lah kat mana - mana pun, asalkan ada bahagian alat tulis mesti akan singgah dan selalunya akan tersangkut beli sebatang dua pen. Padahal pen/pensil dah berlambak - lambak kat dalam bekas pen, stationery case. Dalam beg laptop lagi. Beg sandang lagi, beg galas lagi, 2 3 batang dalam each bag. Mengalahkan budak sekolah.

Obses sangat.

Tengahari kelmarin lepas pekena Nasi Y2K ayam (ayam+batang sawi digoreng dengan kicap soya pekat je pun) kat food court Langkawi Parade, on the way balik saya ajak Julia singgah kat bahagian stationery. Nak beli pensil tekan hehe (padahal kat ofis dah ada stok 3 batang pensil tekan) Nasib baik la kau ni dah keja Schapina <-- nama glemer ai ni. Kawan FB bagi kekeke. Eh sempat lagi.

Sempat la sambar 2 batang pensil tekan, sebatang pen, 2 jenis pencil lead (0.5 & 0.7), dan dan dannnn..

..sebatang pen serbaguna! *angkat pen* Shing shing *bersinar sinar*

Oh sori. Nak cita pasal pen serbaguna ni sebenarnya. Mintak mahap la no. Ai memang camni. Mukadimah kalau tak 5 rangkap tak sah kui3.

Pen 5 dalam 1. Seperti yg tertulis kat packaging dia ni la.

Tapi yang saya nampak setakat ni cuma 4 je. Kat packaging dia pun tunjuk 4 fungsi je.


Takpelah, lepas ni jumpa la kot. Kita discover dulu.

Diantara fungsi - fungsi pen serbaguna ni

1. Pen
2. Presentation printer pointer
3. Laser printer pointer
4. Torchlight

Dia pakai 3 biji bateri jam utk operasi laser printer dengan torchlight. Pointer la POINTER! Mengada - ngada betei auto correct henpon ni.


Saya ni selalu jugak masuk meeting. Agak kelakar bila tengok gelagat masing - masing main aci tunjuk je kat skrin dari jauh. Dengan mulut pun kira jadi. Org pn naik pening. Haha.

So, dengan adanya pen ni, bolehlah membantu sedikit sebanyak ye tak huhuhu..





Harga dia? Agak - agak?

TAK SAMPAI RM10 pun.

Next entry, kerja jahat seorang Schapina.. 

Senjata : Laser pointer pen serbaguna!

Okay, gedik.

P/s - Sebenarnya saya bukanlah nak tulis entri pasal ni awalnya. Nak tulis pasal lain. Tapi apahal pulak terkeluar entri ni Schapina oih. Ish!

Inilah jadinya bila nak tulis pasal lain, idea lain pulak datang bercambah - cambah. Camni lah. Sampai tak tau dah yang mana satu nak update dulu.

Lepas ni lah baru up entri yang betul - betulnya.

Syaza & Syasya

Sunday, November 18, 2012

Geram sangat dengan budak dua orang nih. Tak sabar nak jumpa diorang.

Syaza rambut dah pendek dah sekarang. Pandai sangat gi potong rambut sendiri. Dah senget sebelah rambut. Ibu dia bawak gi trim, komplen muka nampak mcm org laki. Haha.

Si kecik Syasya tu pulak, kemain bergayut di telefon. Dah macam orang bercinta. Padahal tak paham pun dia cakap. Ibu dia cakap, time dia bercakap tu siap dengan gaya lagi dia tunjuk.

Telefon tu dia sorang je punya. Takleh lansung org lain pegang. Ibu dia tengah cakap pun disambarnya gagang telefon tu. Dia yg nk gayut. Last2 si ibu mengalah, call hp tok dia. Aduhai budak kecik ni.
Malam tu video call dengan diorang kemain Syasya dok menari lagu Kuch Kuch Hota Hai.

Tengok gelagat diorang buat saya rasa tak sabar sangat nak pegi Putrajaya.
Ramai org tegur, "adik kau dah dua (anak), kau bila lagi?"

Part anak dua tu sy tak risau. Tapi part gap umur dia dengan anak sulung dia tu yg buat saya jeles! 20 tahun je beza umur diorang. Nanti anak dah besar panjang, mak masih mantain cun lagi huhu. Macam mak saya. Beza umur kami cuma 22 tahun je.

Takpelah, itulah org kata jodoh kan. Ada la tu kat mana - mana. Tapi, jodoh kalau tak cari tak jumpa jugak ye dak? Sedang diusahakan. In shaa Allah..




Nyams

Sedap3.


Outdoor shooting - Firda & Zul.

Kitorang gerak dalam pukul 5 petang. Adi as an Official Photographer (OP) pilih Pantai Pasir Hitam sebagai lokasi shooting.

Uols, ai dengan kasut platform 2 inci jalan kat atas pasir pantai boleh bayang tak? Haha. Nak bukak kasut dah pakai stoking. Nak tak nak jalan je la. Jalan kasut asek *tekelup je dalam pasir. Sekali sekala buat kelakar di tepi pantai.

Jalan dalam 150 meter dari pantai ke titi berdekatan. Boleh tahan cantik jugak tempat ni.

Layan jelah gambar - gambar kat bawah ni. Gambar official dari OP kena tunggu dia abeh SPM dulu. Hehe.

Kami pegi 8 org semuanya. Satu kereta bawak pengantin perempuan n satu keta lagi pengantin lelaki bawak adik2 dia.
Adi as an OP, Chaq (adik Fida no. 2) tukang pegang reflektor, Yanti (adik Fida no. 3) sebagai tukang pegang flash dan saya..

..tukang lindung lens kamera dari cahaya matahari =_=

Pengalaman ok. Fully utilised apa yg ada time tu. Handbag dan diri sendiri yg berbaju kurung digunakan untuk lindung lens dari cahaya. Buatlah mcm mana pun asalkan kat gambar tak jadi flare.

Happening sangat walaupun masing - masing penat gila. Sorang - sorang dah bau belacan. Belengas. Dari pagi kot.
Hentam sajalah labu. Memori hari tu takkan datang balik betul x?

Untung Fida bakal adik ipar sendiri jadi OP. Jimat banyak kat situ. Gambar yang dia amek pun lawa - lawa jugak. Not bad.
First time sebenarnya saya jejak kaki ke titi bilis Pasir Hitam tu. Tak pernah tahu pun sebelum ni huhu..

Sementara tunggu gambar dari OP, layan dululah gambar belakang tabir sesi photo shoot tu.

*tekelup = tenggelam.





(Full) Majlis Perkahwinan Zul & Firda - 17.11.12

Saturday, November 17, 2012

17.11.12 - Sabtu ( 3 Muharam 1433)

Hari ni kenduri sebelah pengantin lelaki. Saya jadi pengapit.

Seawal 9.30 pagi kami bersiap ke butik pengantin untuk mekap Fida.

Sesampainya di butik, time tu dah 2 orang tengah mekap. Dan yg dok tunggu pun dah ada. Yang sebelum tu tak tahu berapa ramai. Ramainya dalam satu hari butik ni mekap orang. Mak andamnya ada 2 orang je. Sorang laki sorang perempuan.

Dapat info tadi, hari ni 10 pasang pengantin diorang mekapkan. Peh. Mekap banyak2 ni tak mengurangkan kualiti hasil mekap tu ke nanti?

Macam sepesen je mekap masing2.

Baju Fida ditempah dan diambil terus. Simple. Tak sarat dan boleh dibuat pakai time raya atau grand dinner.

Lepas dah setel mekap dan bersiap,  Zul balik rumah dulu untuk khatam Quran dan kami balik ke rumah.

Sesampainya di rumah, sebelum Zul boleh ambil Fida bawak balik ke rumah dia (masa ni Zul dah abeh khatam Quran kat umah dia) kena mintak izin dengan ibu bapa Fida terlebih dahulu.

Time tu masing - masing ingat Zul sampai je terus boleh naik keta pegi umah pengantin lelaki. Rupa - rupanya kena ada penyerahan pulak huhu.

Kemudian bergerak lah rombongan ke rumah pengantin lelaki. Dalam 10 biji kenderaan yang escorts kenderaan kami.

Hampir2 sampai ke rumah pengantin lelaki, Chaq adik Fida selaku drebar pasang siren polis. Waktu keluar dari kampung n test siren tu ada org siap bagi jalan hahah.

Alhamdulillah Selamat sampai ke rumah pengantin lelaki.
Disambut oleh ayah Zul dan saudara mara. Dijemput masuk ke rumah dan diikuti kemudiannya dengan acara makan beradap.

Lepas tu, bermula la sesi berjumpa pengantin, sesi bergambar dan sesi beramah mesra dengan saudara mara sebelah Zul.

Selesai semua urusan, masa untuk outdoor shooting!

Gambar tak banyak. Sibuk 'mengapit' katakannnn. Hehe.




Next entry, outdoor shooting pulak!

Majlis Perkahwinan Zul & Firda - 17.11.12

Friday, November 16, 2012

Teaser je dulu. Hehe.

Teluk New Village, Teluk New Village

Majlis Perkahwinan Firda & Zul - 15.11.12

Thursday, November 15, 2012

Lambat sikit saya ke rumah pengantin hari ni. Tunggu si kecik Syabil tu bangun, pkl 12 lebih jugak la.

Dengan anggapan pengantin akan sampai dari butik dalam pukul 1.30++ petang, Saya fikir sempat la kot sampai sebelum pengantin sampai.

Sekali sampai rumah pengantin, sans pengantin sampai dari sebelum pukul satu lagi huhu.. Wrong timing :-P

Pengantin sangat gorgeous. Dengan baju berona pink belacan direka sendiri oleh pengantin perempuan, dan dijahit oleh Kuzie Bridal, memukau mata semua jemputan. Sangat cantik.

Sempat snap 2 keping gambar je. Tu pun lepas orang dah tak berapa ramai. Fida berkali - kali minta maaf sebab tak dapat layan. Tak ada masalah la Fida. Hari bahagia kamu takkan la saya nak mintak layanan istimewa huhu..

Apapun, alhamdulillah cuaca sangat baik. Kalau tak kat Langkawi ni asal petang je mesti hujan. Walaupun sekejap tapi lebat.

Jemputan pun sangat ramai. Meriah.

I leave you guys dengan gambar pengantin. Gambar kami bertiga tu diambil oleh si kecik Syabil.

Till then.

Selamat Pengantin Baru Firda & Zul

Salam Maal Hijrah.

Selamat sudah pernikahan kawan baik saya kelmarin. Diikuti dengan kenduri sebelah perempuan hari ni (15.11.12) dan kenduri sebelah lelaki pada Sabtu esok lusa (17.11.12).

Alhamdulillah setakat ni majlis berjalan dengan lancar.

Firda sangat cantik hasil sentuhan Kuzie Bridal. Even kawan game mat saleh sy pun puji dia cantik.

Semoga perkahwinan kalian kekal hingga akhir hayat.

Amin..


Kampung Baru Teluk, Langkawi

Bajet hensem je budak ni.

Tuesday, November 13, 2012

Adalah sorang budak ni, dibelikan baju baru. First time pakai waktu gi kedai akak sepupu kat Pantai Cenang.

Beli online, nasib baik la ngam - ngam dengan dia.

Nampak mcm orang besar2 pakai baju tu huhu.

Gambar ni diambil waktu dia tengah tunggu kitorang dok belek - belek beg dengan kasut kat dalam kedai.

Mula - mula tu tak perasan dia, alih - alih tengok gaya dah macam tunggu awek bershopping je huhu.




Beli spek untuk dia. Pakai waktu nak pegi Legoland katanya.


Test letak gambar.

Saturday, November 3, 2012

Pos entri sahaja dah lepas, sekarang mari cuba pos entri bergambar pulak.



posted from Bloggeroid

Tak larat

Friday, November 2, 2012

Tak larat dah. Dok test publish entri dengan menda alah bloggeroid nih.

Sabo ja lah.

posted from Bloggeroid

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright