Petang ni saya akan berangkat ke Putrajaya. Mak ayah Shafiq dengan Syabil dah ada kat umah Dikja. Diorang dah ada kat sana sejak Jumaat lepas. Sebab Sabtu the next daynya ada kenduri kat rumah Mak Lang (kakak mak) saya kat Subang.
Cousin Hafiz dgn isteri beliau Azie. Gambar saya cilok kat SINI. Selamat Pengantin Baru Hafis & Azie! |
Saya tak dapat pegi sebab cuti dah abes. Almaklumlah cuti 12 hari je setahun. Lepas tu jenis tak reti nak pi ambik MC, sakit pun kau bantai ambik cuti jugak. Macam hari tu, jadi alahan kat tangan. Gatal - gatal tak tertahan maka saya pun pergi la ke Klinik Kesihatan Kuah tu time rehat..
M.A tanya;
"Awak nak ambik MC untuk hari ni ke esok?"
Fikir punya fikir..
"Ambik untuk hari ni je lah."
..padahal time tu dah lepas pukul 2 petang kot!
Kau ambik MC untuk esok la sengal. Lepas balik dari klinik tu mintak la pelepasan dari bos cerdikkkk. <-- ini antara advice dari kawan - kawan pejabat. Tapi diorang takde la kondem sengal cerdik bagai. Itu saja tambah nak kasi dramatik sikit. Ehe.
Mana la saya tau alahan tu akan jadi lebih teruk. So, kalau ambik MC pun buat apa. Sikit je. Time amek MC tu kat lengan je gatal - gatalnya. Kena cucuk sejarum n dapat ubat sapu ingatkan ok la lepastu. Sekali kann..
..balik rumah, malamnya haaaa kau habis satu badan bengkak - bengkak. Org offer MC kau tak nak. Padan muka rugi satu hari.
Ehhh..kita nak cita pasal nak pi KL kan? Tengok tengok tengokkk! Ada je menyimpang. Nasib baik berkait. Ish.
Jadi, salah satunya cuti saya cepat habis pasal ni la. Asal demam, ambik cuti. Tak ambik MC. Pandai angat kan! *sila masukkan sendiri smiley malas nak layan*
Kes yg sama masa keja hotel dulu. Cuti sampai 42 hari tak claim. Ha sudah. Stop kat sini dulu. Satgi melalut sekali lagi.
Sabo je lah kau Schapina.
*ambik napas*
Kat mana kita tadi?
Ha..pasal nak pi KL.
Jadi, disebabkan cuti dah habis, maka terpaksa menggunakan cuti minggu yang ada je. Pegi hari Khamis, balik hari Sabtu. Nak pi Legoland plan awalnya. Tapi semalam Dikja cakap tak jadi sebab nak tunggu waterpark siap dulu. Apa - apa pun, tunggu je lah sampai nanti. Kita plan pegi tempat lain pulak hehe.
Lagi satu sebab tak tahan sangat nak jumpa budak 2 orang yang omey omey ni!
Tambah - tambah si Syasya. Kemain lagi dia bersembang waktu berTango semalam padahal satu apa pun tak paham. Ei. Geram!
Syaza |
Syasya |
Kemain! |
Tengok apa la gamaknya tu. |
Oh. Rindu dengan budak lagi sorang yang semalam kena tolak sikit time video call pun nak nangis. Si Syabil la sapa lagi :(
Hari ni, nak mintak dengan bos balik awal sikit sebab nak habiskan pack barang. Hehe. Lagipun memang balik awal hari ni. Kedah kan. Balik 3.30 petang pada hari Khamis thehee. Ada kerja nak kena setel dulu sebelum boleh gerak.
Ok la kan balik awal inform bos. Dari hilang terus lepas rehat. Dekat - dekat nak balik baru nampak muka. Alaahai.
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Sabar sabarrrrrr.
Bai!
Oit2...dtg subang mai dtg mkn tmpt aku ni...
ReplyDeleteFiza, Subang kat mana? Nama kedai?
Delete