Slider

Ini yang saya buat bila saya tension♥

Monday, May 3, 2010

Salam semua..

Sihat kah? Dari Langkawi melaporkan cuaca sangat baik sekali hari ni. Pandang laut pun tenang je. Air pasang. Best sangat kalau tengok air pasang. Tambah-tambah kat jeti nelayan tu. Kalau buat photoshoot sangat cantik. Kalau la saya ada DSLR, mesti sawan jadinya.

Jeti nelayan depan pejabat - seberang jalan je ♥
Ini pemandangan kat sebelah kiri..saya suka tengok jeti ni time air pasang..dengan air dia yang membiru tu. Tenang. Bertuah rasanya dilahirkan di pulau Langkawi ni. Nak nak pulak ada sangkut-sangkut sikit dengan Mahsuri *eh, tetibe :P

Gambar pemandangan dari depan pejabat
LOL tak perasan ada burung lalu :P
Bila tension dengan kerja, saya akan bangun dari kerusi dan berdiri sambil pandang ke laut. Pandang jauh-jauh, pastu tinggalkan tensen tu kat situ. Biar dia tak dapat balik menghantui saya. Haha. Ayat tak boleh blah. Eh, tapi bukan saya sorang je tau. Kawan-kawan yang lain pun sama. Kadang-kadang, beratur diorang kat meja dekat tingkap ni sebab nak tengok ke luar - especially bila JPJ buat roadblock. Jalan depan bangunan ni adalah hotspot JPJ buat roadblock. Tak dapat dipastikan kenapa. Tapi saya nampak satu je sebab dia. Sebab ada pokok besar. Teduh. LOL. Nyaman dong!

Sebenarnya tadi saya sedikit tension, itu yang capai kamera jabatan terus snap gambar laut. Lepas dah edit-edit gambar pastu, terus tangan ni gatal nak menaip pulak, rasa release sikit :P *sambil buat-buat tak nampak report yang kena tindih dengan siku ni :P

Tak pasal-pasal dah jadi entri..Hee~


Oke semua, sudah masa rehat. Mau pegi beli roti. Masuk hari ni dah dua hari tak makan tengahari. Macam best pulak makan roti je time tengahari. Ala-ala diet gitu☻♥


Babai ♥


 

8 comments:

  1. ceh..ingatkan guna kamera sendiri...guna kamera jabatan eik..

    nie dah menyalahi kod tatatertib syarikat...
    hahhahahaha..(^_^)

    cantik air laut..

    ReplyDelete
  2. @Aujinz
    ala..sat saja :P

    *guna kamera henpon tak lawo :-s

    **air laut tu memang cantik..

    ReplyDelete
  3. ok cara baru. haha biasanya orang pandang green scenery untuk hilangkan tension

    p/s: chissttssss ade org gantikan tempat aku sbg pengomen no1

    ReplyDelete
  4. @ARC™
    tengok air laut buat saya rasa tenang..serius.

    *hahah..lambat..LOL

    ReplyDelete
  5. bestnye dok tepi pantai, teringat zaman belajar dulu2..

    ReplyDelete
  6. @ParkAir
    kat depan pejabat saya ni takde pantai..cuma mcm tebing la..tp masih boleh turun ke dalam air..time air laut surut, boleh g cari siput :x

    ReplyDelete
  7. salam...
    nengok pic jeti nelayan ni...tu la reliti idup cikgu yg jadik nelayan..best sesangat

    ReplyDelete
  8. @pak long
    paklong jadi nelayan dulu? wau..ayah saya pun nelayan jugak dulu waktu dia muda-muda. salute :)

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright