Slider

Sepetang petangan meronggeng di pantai cenang..

Saturday, May 15, 2010

Uii..dah macam pantun dua kerat pulak.
Hari : Rabu.
Masa : Pukul 5 lepas balik kerja.
Tujuan : Meronggeng sambil makan free. Itu yang kita cari.
Rasa dah lama tak jejak kaki ke Pantai Cenang. Erm..oke, tak lama sangat. Last jejak ke sana waktu Pesta Air Langkawi 2010 berlansung [kena letak nama penuh ye, mana tau sangkut SEO macam kat entri lepas lagi :P]
Pegi ni pun atas ajakan oleh Yati, sebab dia nak belanja bihun sup sedap kat depan Underwater World. Orang nak belanja kan. Tanpa segan silu dan membuang masa terus setuju. Haha dasar pelahap kau Fina.

Lepas pukul 5 dan selepas meminta kebenaran mak dan ayah untuk pulang lambat, terus saya pecut skuter ke Pantai Cenang. Standard speed 80km/sejam. Tak berani laju-laju. Bak kata Nabil Raja Lawak, 60 km/sejam mampu menyelamatkan nyawa *baca dalam nada serius macam pembaca berita.
Sampai kat depan kedai tempat Yati bekerja, park skuter ikut suka saya je nak park kat mana, tumpang simpankan beg keja sekejap dan terus kami menuju ke destinasi yang telah dirancang. Pegi jalan kaki je. Tak jauh pun.

Pantai Cenang merupakan tempat favourite pelancong-pelancong asing bila berkunjung ke Langkawi..sampaikan kadang-kadang terasa seperti berada di tempat diorang pulak. Kanak-kanak yang selalu berada di area-area situ pun dah tak heran dah dengan mat-mat dan minah-minah saleh ni. Kalau setakat tanya jalan tu celah jari je dorang jawab *bukan jawab sambil tutup muka pastu bercakap di celah-celah jari ye :P Setengah tu, bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa pun takut nak berhadapan dengan pelancong asing sebab takut nanti tak reti nak explain dalam English.

Di sepanjang jalan Cenang tu ada yang jalan kaki, naik basikal, menunggang bersama orang tempatan [selalu dapat dilihat anak dara mat saleh atau anak dara orang jepun], pemandu teksi turunkan penumpang, ada juga yang sekadar lenggang kangkung sambil menjelajah gerai-gerai yang berteteran di tepi jalan sambil tanggung tuala atas bahu tanpa ada sesiapa pun pandang dengan muka pelik. Malah ada juga yang sekadar bertuala je browse barang-barang kat kedai. Dah biasa.  Meriah. Dengan orang yang yang lalu lalang, orang yang menjual. Macam pesta. Jalan pun rasa sekejap je dah sampai ke hujung.

Sesampainya di kedai yang dimaksudkan, terus duduk, order dan bermulalah persidangan kurang rasmi kami berdua. Banyak benda jugak diborakkan dari kisah kerja sampailah hal-hal peribadi serta tak lupa juga aktiviti mengkomplen bihun sup tak sedap sebab tukang masak yang masak sedap tu kena bancuh air. Yati dah dah macam cencurut kes tak puas hati..Takpee..boleh pegi lagi. Ada la alasan untuk kita bertemu lagi. Ceh, ayat macam susah sangat nak berjumpa.

Yati keja kat Pro Link, sebuah company yang menawarkan pakej-pakej menarik kepada pelancong-pelancong ke Langkawi. Ada Pulau Payar Trip, Day Cruise, Sunset Cruise yang dinner kat tengah laut atas kapal oh so romantik! Nanti kawen nak ajak suami pegi Sunset Cruise tu la. At least sekali pun jadi la. Haha. Demand. Diorang juga ada sediakan Nature Tours, Island hopping, Mangrove Tour, pakej memancing,  dan baaaanyak lagi la. Jual tiket bas pun ada tau. Untuk ini nanti saya buat entri khas ye.

Lepas makan, kitorang bergerak balik ke pejabat Yati. Sambil jalan tu sempat la snap 2 3 keping pic sepanjang-panjang Jalan Pantai Chenang tu.Pic5329
P.cenang7P.cenang5P.cenang6
Sesampainya di pejabat, tinggal lagi 20 minit ke pukul 7 petang. Yati ajak lepak kat pantai sekejap. Awal tu menolak, tapi dah alang-alang lagi 20 minit, bertolak sharp pukul 7 je lah. Hehe. Membawa kaki menuju ke pantai dan duduk di kerusi batu yang di sediakan oleh pihak chalet bersebelahan. Damai sangat rasa bila ditiup angin laut. Tenang.

Belum sempat berangan chapter 1, adik waiter chalet datang bagi menu.
First tu Yati cakap tak payah, tapi melihatkan muka adik waiter yang kesian dan ala-ala innocent tu, saya gagahkan mengorder. Kentang goreng. Lepas makan bihun sup gasak kentang goreng pulak walaupun perut dah ala-ala penuh. Terbaik.
Pic5347 Disimbahi cahaya matahari terbenamPic5346
RM3.50~
Sambung borak-borak sambil usya-usya gelagat pengunjung-pengunjung pantai.
P.cenang4
Parasailing
Pic5345
Cuba teka couple ni dah kawen ke belom?
Ada banyak lagi pic tapi malas nak upload. Boleh camtu? :P
Lepas perut dah tak boleh terima kentang goreng tadi, terus balik ke ofis . Amek pamplet-pamplet yang berkenaan untuk bahan entri yang lain, terus panjat skuter n balik.
P.cenang3 Budak-budak 4 orang ni awal tu naik moto slow gle, dah tu asek pandang-pandang belakang. Cuak 2 minit. Lepas potong diorang, tengok kat side mirror, rupanya arah lain-lain. Nasib baik.


P/s – perasan tak saya ada yang saya taip Cenang n ada yang saya taip Chenang? Hee~ saya confuse sebenarnya. Tapi kedua-dua nama tu diterima.
Cenang ke Chenang. eh?

8 comments:

  1. @AiZ
    alololo..sian..ni ronggeng versi org pempuan :P

    ReplyDelete
  2. dah duk kat Langkawee pun tak tau Chenang ke Cenang..

    lempang kang..:-w..

    nak detim ngan Fentomato kat Pantai Chenang sambil makan kentang ...oh loman lor... ♥♥

    ReplyDelete
  3. @Aujinz
    konpius larr :((

    aww..detim :"> malus sayes :-j
    bila nak mai :-w, org tanya tak jawab-jawab lagi :-w

    ReplyDelete
  4. bestnya fries tu... xpenah sampai lagi ke Langkawi. ujung tahun ni rasa mcm nak pergi..

    ReplyDelete
  5. @Amir Said.me
    sedap. tak pernah datang lagi? memang kena datang. jangan lupa mandi laut dia sekali :D

    ReplyDelete
  6. kalo detim 3 orang bule x? :-"

    ReplyDelete
  7. @adza
    hahah..muleh muleh..mai la..ramai2 lagi besh!

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright