Subscribe:

Saturday, May 14, 2011

Ini pula cara saya cuci keyboard :P

Haha. Gelak dulu. Tetiba Smile with tongue outje kau ni Cipina, orang bagi salam di awal entri, ko dah gelak. Apahal?

Pernah bayangkan tak macam mana keadaanya keyboard komputer korang yang dah naik kaler kuning (bagi yang punyai keyboard warna cerah –putih/krim dsb.), belemueh, berdanak, belingas tu. Then, sambil dok facebooking, blogging, surfing kat tenet sambil tu sedap je dok korek idung la taik gigi la, makan keropok la, rojak la, bla..bla..bla.

Dengan jari yang korang buat onar tadi, jari tuuuuu la jugak korang tekan keyboard. Mananya tak lekat kekotoran segala kannn..pastu tak jaga pulak keyboard tu.

So, korang berapa kali cuci keyboard dalam masa setahun? Tak pernah? Saya hebat sikit. Sebab pernah cuci sekali ngehe Sarcastic smile

Ini cara saya cuci keyboard sendiri..Tapi tak banyak gambar diambil sebab teruja sangat sampai terlupa nak snap picture-.-“

Tengok kat dalam video di entri cara cuci keyboard yang lepas nampak macam senang je kan?

Memang senang pun haha.

Ahhh..tak kisahlah. Jom.

keyboard

  Gambar model - sebelum Thinking smile


keyboard1 
Gambar model selepas dibogelkan butang – butang di colek/kopek Nyah-Nyah

P5070182

Gambar semasa – butang – butang model sedang berendam Smile with tongue out

Mula – mula tu cuak jugak la nak colek keyboard tu. Takut kang patah ke takleh guna ke ke lepas tu kan dah jadi kes naya. Sekali dah colek, baru tau best! Kalau tak caya, buat sendiri. Cer terai cer terai Nyah-Nyah

Bila dah mula yakin yang keyboard tu takkan apa – apa, rasa macam seronok pulak. Korang pernah kan picit menatang plastik yang ada bulat – bulat angin kat dalamnya tu? Yang bila korang beli barang kaca dia akan balut barang tu dengan plastik tuuuuu. Best je dengar bunyi letup letup tu. Macam tu lah feeling dia bila mengopek kekunci keyboard nih! Seronok!

Tak susah mana pun nak cuci keyboard ni. Puas hati bila boleh tonyoh tonyoh sental sental butang kekunci yang berdanak tu.

So, secara ringkasnya, ini step yang saya buat.

  1. Ambil gambar keyboard korang sebelum ceraikan semua butang – butang kekunci tu – in case korang lupa susunan aksara – aksara kat keyboard korang tu boleh la korang rujuk balik.
  2. Terbalikkan keyboard korang ke bawah, goyangkan keyboard ke kiri dan kanan bagi mengeluarkan debu – debu/sampah – sampah/mayat – mayat semut/rambut – rambut etc. Ketuk - ketuk sikit supaya debu – debu yang melekat kat keyboard boleh tanggal. Jangan la over ketuk kuat – kuat. Sikit – sikit dah la.
  3. Then, ambil screw driver ke, atau apa – apa alat yang membolehkan korang colek butang – butang kat keyboard tu.
  4. Colek/kopek butang – butang tu satu persatu. Tapi hati – hati jangan kuat sangat. Akan ada beberapa butang yang macam susah sikit nak colek sebab di attach dengan besi dan juga diletakkan spring. Jadi seelok – eloknya amek gambar waktu nak dismantle butang – butang yagn tricky tu. Takut nanti bila nak pasang balik tak reti pulak tak pun tengok2 ada besi2/spring lebih lepas dah habis pasang balik. Dah satu pasal buang masa nak check satu – satu.
  5. Lepas dah colek butang – butang tu, rendam dalam air sabun/suam. Seeloknya semalaman biar tanggal semua daki – daki yang dah berkurun melekat kat situ. Nak guna berus gigi ke, berus jamban ke terpulanglah korang. Tapi saya rendam sekejap je..sejam pn tak sampai. Smile with tongue out Gelojoh punya pasal!
  6. Bila dah selesai membogelkan keyboard tu, korang boleh tengok la keadaanya kat bawah kekunci keyboard korang..

    P5070186

                                                          Tuuuuuuuuuuuudia!


    Cuci bahagian dalam keyboard korang. Tapi jangan guna air! Guna kain yang lembap untuk cuci debu – debu yang melekat. Boleh guna compress can, vacuum cleaner atau apa – apa saja tool yang membolehkan korang remove segala debu – debu kat situ. Dalam kes saya, siap ada minyak lagi kat celah – celah tu. So, susah sket nak cuci. Dan ya, saya cuma guna kain buruk yang dilembapkan dengan sabun cuci lantai Smile with tongue outJadilah untuk proses yang alatannya serba tak mencukupi.
  7. Lepas dah puas hati dengan tahap kebersihan kekunci keyboard korang, sila keringkan. Pastikan butang – butang tu betul – betul kering ye. Nanti rosak sebab ada part yang takleh kena air basah ke saya tak tanggung.
  8. Untuk letak balik kekunci keyboard korang, pastikan korang susun betul – betul. Jangan susun ikut turutan ABC udahhhh. Naya naya. Rujuk balik kat gambar yang korang ambil tadi. *Tapi apa salahnya kalau nak prank kawan – kawan yg tak sedor diri guna pc korang mcm harta sendiri, buatlah DevilRisiko tanggung sendiri haaaa
  9. Seelok – eloknya, pasangkan dulu butang – butang yang susah. Macam butan enter, spacebar @ mana – mana butang yang ada besi/spring etc. Then baru pasang yang senang – senang ni.

Siap! Keyboard komputer korang akan kelihatan seperti baru!

keyboard_selepas

Gambar selepas dicuci! Open-mouthed smile

..or at least, nampak balik warna asal keyboard korang Smile with tongue outYang penting bersih dan tak berdebu lagi!

Selamat mencuba!


Eh, tadi cakap ringkas je tipsnya Cipina oii. Ni panjang berjela pulak-.-“

Disclaimer : Kalu nak buat , sila buat at your own risk. Kalau rosak/defect kat mana – mana ke keyboard korang, saya tak bertanggungjawab eh. Sapa suruh tak check kat sumber lain Smile with tongue out

22 comments

May 14, 2011 7:28 AM

sumpah tak akan buat!!!hahahahaha.eeee, tangan kiter besaq tahu.nanti patah acaner??takmo -..-

May 14, 2011 8:08 AM

@lizz
ahahah! cer terai cer terai..

colek la dengan screw driver :D :D

May 14, 2011 8:11 AM

perghh..okeyh jer blog terus up entri yer cipina..:))

May 14, 2011 8:12 AM

@Aujinz
HAHAHA..ni peram 2 hari tau :))

May 14, 2011 10:13 AM

keyboard laptop acane nak bersihkan tu?

May 14, 2011 10:14 AM

segala mak nenek ada tu.
hahaha.
:D

May 14, 2011 10:57 AM

@saye.mejai
yang tu kami tak berani torai lagik :P
kalau berani, nanti kami pos ye ehe

May 14, 2011 10:58 AM

@Drunbella Khoo
haha. tu la. dh lama tak pakai. penuh dengan mak nenek debu :P

May 15, 2011 1:31 AM

waaa...ngeri pulak nak buat..hehe

May 15, 2011 8:19 AM

@puteraduyong
bestttttt haha

May 15, 2011 8:35 AM

kalau laptop nak buat guane pulok?
mesti dop leh buak... T___T

May 15, 2011 9:20 AM

@Hashira Yusoff
boleh je bukak. tp lagi tricky & lagi banyak step sebab komponen2 dia kecik2. dan seeloknya bagi pakar yg buat. tp kalau nak try apa salahnya :P

May 15, 2011 12:50 PM

bagus2..keyboard laptop pun same ke?

May 15, 2011 2:39 PM

@hollowgram
keyboard laptop susah sket. tak berani.

May 15, 2011 6:05 PM

hahaa....tak berani aku nk try...aku ni da la tangan kasar.kang ada yg hancor dpt kt aku

May 15, 2011 9:34 PM

@aza shafiza
haha..senang je weiii..best plak tu dok colek natang tu haha

May 16, 2011 12:01 AM

woaah ! sumpah buat sendiri?

*kagum*

=)

May 16, 2011 4:04 AM

wah klau xbole gune semula cane sehh?

May 16, 2011 9:23 AM

@HEROICzero
iyeeee..buat sendiri. tak caya eh =P

May 16, 2011 9:25 AM

@atiqa aris
kalau ikut instruction dia betul2, tak ada masalah kott..tp kalau tak yakin, cuba rujuk banyak sumber dulu..

May 17, 2011 8:30 AM

ngerinyee takot hancur lak keyboard..hoho

May 17, 2011 7:39 PM

@AesyaZealous

haha..

senang je la ;)

Post a Comment
Blogged.my Ping your blog, website, or RSS feed for Free
1Malaysia Blogger Community
Page Rank
MyFreeCopyright.com Registered & Protected blogr.my

BlogMalaysia.com