Slider

CRIME ALERT by PDRM–KEJADIAN LANGGAR KERETA DAN ROMPAK

Monday, May 2, 2011

image
Jika ada kereta melanggar kita dari belakang, berwaspadalah agar tidak terpedaya dan menjadi mangsa rompakan. Penjenayah sanggup melakukan pelbagai cara untuk memperdaya masyarakat. Dalam sibuk kita berbincang tentang kemalangan, penjenayah mampu melarikan kereta kita dalam sekelip mata.

Nasihat daripada PDRM.
  1. Berhati – hati ketika memandu. Sebaiknya, ketahui jalan dan persekitaran tempat yang kita tuju.
  2. Jika ada kereta melanggar kereta kita dari belakang, duduk diam seketika. Tarik nafas dan tenangkan diri. Boleh hubungi saudara atau polis SEGERA.
  3. Gunakan cermin pandang belakang dan sisi untuk meninjau keadaan kereta di belakang, terutamanya pemandu serta penumpang dalam kereta tersebut.
  4. Jika keadaan selamat untuk turun dari kereta, cuba dapatkan nombor pendaftaran, jenis dan warna kereta tersebut. Ingat nama jalan dan terus pergi ke Balai Polis berhampiran untuk membuat laporan.
  5. Jika terdapat beberapa orang lelaki dalam kereta tersebut, elak dari berbincang atau membuka ruang mereka bertindak terhadap kita. Mereka mampu tolak kita dan terus masuk dalam kereta kita lalu pandu lari.
  6. Jika malam hari atau keadaan jalan gelap, elak turun dari kereta. Kerosakan kenderaan boleh ditampung oleh pihak insuran, namun tidak tentang keselamatan diri kita. CEGAH SEBELUM PARAH, INGAT SEBELUM KENA.
SUMBER :
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

No comments:

Post a Comment

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright