Thursday, May 19, 2011

[Seram] Pengalaman diganggu tangisan sayu di tengah malam. Tu la, jangan main–main dengan Mahsuri.

Kisah ni berlaku ketika saya Tingkatan 3. Waktu tu saya tinggal di asrama. Tiap - tiap malam, akan ada prep (semua asrama pun macam ni kot) sampai pukul 11 malam.

Berhampiran asrama putera (ASPURA) dan asrama puteri (ASPURI) disediakan sebuah kelas untuk kelas Tingkatan 4 & 5 aliran Sains Tulen (dalam satu pagar dengan asrama). So, lepas waktu sekolah, pelajar yang tinggal di asrama boleh menggunakan kelas tersebut sebagai bilik prep.

Tiap – tiap malam lepas solat Isya’, semua pelajar dimestikan berada di bilik prep. Di Aspuri, disediakan tiga bilik untuk sessi prep.

layout_asrama_SMKTPCe tengok dalam gambarajah diatas kedudukan pokok kemboja di tepi kelas 5ST.

Ada la pada satu malam tu, lepas habis prep, saya, Kamilah dan Kak Pah tinggal 3 orang je kat dalam bilik kelas 5ST. Ada lagi student yang tak naik bilik terus. Diorang study kat bilik prep bersebelahan koridor.

Mula – mula sambung study macam biasa. Ntah macam mana, Kak Pah tercerita pengalaman dia buat Kerja Khusus berkenaan Lagenda Mahsuri. Dia cerita macam mana dia dan kawan – kawan menjelajah ke kampung – kampung untuk mengorek isi cerita dari atuk – atuk nenek – nenek berkenaan kisah Mahsuri ni.

Tup tup masuk bab Aisyah keturunan ketujuh Mahsuri. Waktu tu kami berbincang bagaimana betapa senangnya orang pegi menjelajah ke Siam tengok – tengok diorang claim dah jumpa keturunan ketujuh Mahsuri. (Tapi nak diikutkan, ada logik la jugak sebab dulu suami Mahsuri larikan Wan Hakim ke Siam lepas balik – balik je tengok bini dia dah kena bunuh)

Masing – masing bagi pendapat logik pikiran Tahap-2-Sekolah-Menengah masing – masing berkenaan kisah tu. Tak puas hati semua keluar lah. Dalam dok ngumpat – ngumpat tu, ntah kenapa hati ni tergerak nak tengok cara duduk masing – masing.

Time tu saya duduk atas kerusi kaki kanan kat lantai, kaki kiri naik letak kat atas kerusi. Kamilah & Kak Pah duduk bersila. Waktu tu terfikir dalam hati “Ish, macam mana lah kalau jadi apa – apa, dengan kedudukan kitorang macam ni, sempat ke nak lari. Aku dok mcm ni oke kot, boleh lari pantas, nak dibandingkan dengan diorang, nak kena pakai kasut kedua – dua belah lagi..” – Sambil kaki kanan menyarung selipar.

Meja dalam kelas tu dicantum menjadi dua meja. Saya dan Kamilah duduk menghadap ke white board manakala Kak Pah duduk menghadap kitorang. Borak punya borak punya borak…

Rujuk gambarajah dibawah untuk kefahaman.

layout_5ST

Dalam dok sedap meluahkan akan ketidakpuashatian masing – masing berkenaan isu ni, tiba – tiba..

“Huuu..uuu..uuuu~” – kedengaran suara seseorang sedang menangis. Sayu sangat.

Kitorang yang masing – masing rancak berborak terus terdiam. Kami masih disitu. Memandang antara satu sama lain. Memastikan.

“Huuu..uuu…uuu..” Suara tu! DARI POKOK CEMPAKA SEBELAH KELAS!

Turunkan kaki kiri, sarung selipar terus bingkas bangun. Kelam kabut kami bertiga berlari keluar dari kelas tu. Pelajar – pelajar yang ada kat dalam bilik prep sebelah semua kehairanan asal kitorang masing – masing berpeluh lari ke bilik tu.

Berpeluh beb! Padahal keluar dari kelas tu 5 langkah pun tak sampai (gapnya adalah laluan koridor yang 6 kaki pun tak sampai rasanya)

Memang jelas suara perempuan menangis time tu. Dari pokokcempaka. Ke dari sebelah pokok tu ke wallahualam. Bila ditanya kat pelajar di bilik sebelah, takde pulak diorang dengar apa – apa. Pucat lesi masing – masing. Saya sampai menangis sebab takut T__T.

Dalam celah – celah tu, sempat pulak Fiza puji “Fina comelnya nangiss..”

Awww..*blushing
.
Eh.

Itulah sedikit cerita dari saya yang tengah buat – buat free kat pejabat walaupun masih ada kerja dan dengan ke’absent’an internet lagi T__T” telah melengkapkan perasaan nak keja taknak keja saya pada hari ini.

Heavennya keja takda internet. Rasa macam staff bertanggungjawab sebab tak bukak blog mahupun Facebook dikala waktu bekerja –.-“

Pokok cempaka sangat sinonim dengan kubur. Kan? Nasib baik tak trauma yu.

Bai (-.-“)/

Oh ya. Ini adalah schedule post ye Smile with tongue out

14 comments:

  1. pina,npe sejak 2menjak ko asik cite psl ni je...huhuuu...aku plak yg meremang.

    tp cute la ko wt gambarajah tuu...huhuuu

    ReplyDelete
  2. owh.. ok ok..
    seram gak nie...

    ReplyDelete
  3. @aza shafiza
    hasil takde benda nak buat bila internet takde kat pejabat :P

    haha. ada lagi satu cerita. tp malas nak taip buat masa ni :P

    yg gambarajah tu, terlebih rajin :P makasih :D

    ReplyDelete
  4. @Aujinz
    sy tak berapa pandai cerita. tp serius seram. yg bestnya, ketiga2 panggung kepala serentak pastu tengok muka masing - masing bergilir - gilir..

    ReplyDelete
  5. menjengah. Q baru nak aktif balik berblog.

    nasib baik dengar je. kalau jumpa tak ke hestiria. huhu..

    ReplyDelete
  6. @Q
    hai Q! welcome back :D

    haha..nasib baik..kalo tak, tak tahu lah nak jadi apa :P

    ReplyDelete
  7. waah..best gak layan cerita hantu
    hahaha

    abg pun ade kena..org mendengus..sebelah toilet lagi
    hahahahaha

    ReplyDelete
  8. @Abang Zam
    abg zam, ada lagi satu cerita, kat toilet jugak..

    *meremang terus reroma x_x

    ReplyDelete
  9. cerita2 macam ni gua harap tak dikemukakan lagi . gua tak boleh layan cerita2 cinta mcm ni memalam.bole nightmare!

    ReplyDelete
  10. @JelinaJoli
    ubah genre sekali sekala hahaha

    ReplyDelete
  11. nasib x baik x bace time mlm..kehkehkeh.

    ReplyDelete
  12. @darkbatman
    hahah..batman mana boleh takutt :P

    ReplyDelete

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected