Slider

Entri Pengakhiran Tahun 2010 kalendar Masihi

Friday, December 31, 2010

Hari ini, hari terakhir mengikut kalendar Masihi. Hari paling bermakna bilamana seluruh negara dapat cuti berikutan kemenangan Pasukan Harimau Malaya menentang Pasukan Garuda dalam Piala Suzuki AFF dan memenangi perlawanan dengan aggregat 4-2.


Jadi fenomena secara tiba - tiba dimana penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat dikenali serata donia apabila dengan penuh kehenseman beliau menyelamatkan bola dari bolos ke dalam gol jagaan beliau. Sangat takjub oke tengok dia tangkap bola. Tak muntah lansung. Yang boleh bolos tu pun sebab bola muntah sekali dah tu teros pemain Indonesia sepak kan..Tapi apa pun, kita tetap menang dan ini adalah kejayaan yang manis buat Malaysia di penghujung 2010 ini. 


Taknak cerita pasal bola lah. Grr..nak jugak kau update pasal bola kan Cipina.


Baiklah. Ini adala entri terakhir bagi tahun 2010 walaupun berlambak - lambak entri dok kat draf lupakan...lupakan..nanti senang - senang ai update lah :P


Aktiviti luar rumah bermula apabila kami sekeluarga bergerak ke lapangan terbang menghantar adik dan suami dan anak - anak yang bertolak pulang ke Putrajaya dengan menaiki pesawat Air Asia yang tak ingat nombor penerbangannya yang berlepas pada pukul 5.45 petang. Adik berada di sini semenjak Raya Puasa bulan September lepas. Cuma suaminya aje yang pulang ke Putrajaya dan kembali ke Langkawi 2 minggu sekali. Adik tak ikut suaminya balik untuk berpantang disini. Melahirkan seorang puteri comel yang diberi nama Syasya Syazwina dan habis pantang pada 28 Disember lepas. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Orang kat sebelah kiri adalah orang yang nak menaiki pesawat
Yang dikendong tu adalah ahli baru keluarga kami ♥
Syasya Syazwina

Lepas hantar adik ke lapangan terbang, ayah hantar saya, mak, Pun, Syafiq & adik Syabil ke rumah sebab ayah masih dalam trip membawa pelancong dari Jepun yang tengah mandi kat Pantai Chenang. 

Lepas habis trip, ayah bawak kami sekeluarga ke Pekan Kuah untuk makan malam. Aktiviti makan malam kat luar ni dah jadi rutin dalam keluarga ni. Tiap - tiap minggu kami akan keluar makan malam kat kedai tepi tasik berhampiran Jetty Point. 

Sebelum tu, pegi beli kasut sukan mak dan saya untuk aktiviti aerobik kami hehe kasut ai dah rosak yu sebab lama tak pakai. See..nampak sangat jarang bersukan sampai kasut pun dah rosak sebab makan diri.

kasut pilihan <3
Tapi, apakandaya...takde saiz lah pulak.

So, amek kasut ni sebagai pengganti. Hampir sama designnya dengan kasut yang terdahulu.

jadilahhh..ayah belanja :P
Lepas dapat apa yang diingini, tiba masa untuk makan malam :D part kesukaan kalau keluar dengan keluarga amboi makan je kau suka eh.

Macam biasa, makan kat tempat biasa. Kedai Abg Man.

minum melo suam ja..untuk org sakit tekak=.=

kupang masak apantah..sedap

sup tulang yang semata - mata tulang-.-"

nasi goreng cina

kemestian

see..dah kata..sedappp..sib baik bkn kat umah..
kalau kat umah, pinggan tu tak payah basuh dah lepas guna
Saya dengan ayah order Nasi Goreng Cina, mak order Nasi Goreng Ikan Masin n Syapit pulak order Nasi Goreng USA.

Lepas habis makan, pegi ke Jualan Gudang kat Pekan Rabu. Mak jadi bentara untuk kenduri kat kampung esok so dia nak cari kasut yang proper untuk dipakai. Takkan lah nak berangkat pakai kasut tumit tinggi kottt..tak sesuai kau.

otaiman n de geng..

Ini kat jualan gudang. Esok datang sini untuk cabutan bertuah.
Lepas selesai kat Jualan Gudang ni, bergerak pulang. Waktu balik, orang berpusu - pusu nak berkumpul kat Dataran Parking Pekan Rabu sukahatijeakuletaknama tepi Baron Resort untuk sambut Tahun Baru & tengok bunga api. 

Mak ayah ai rileks je yu..ayat yang diorang bagi lepas Syapit mention pasal bunga api kat diorang "Alaaahh..benda yang sama jugak. Bunga api. Bukan tak penah tengok" haha..bikin panas jek statement.

Lepas bergerak dari Pekan Rabu, singgah kat kedai Dua RInggit jap mak nak beli apa ntah tak perasan sebab dok kemwore kat seat belakang sorang2-.-"

paras rupa terakhir di tahun 2010. Eh eh, nampak papan
tanda tempat keja lama :P

Selamat Tahun Baru!


Tinggal di Malaysia, masih nak mengeluh? Fikirkan saudara – saudara kita di Afghanistan yang lansung tidak bernasib baik.

Tuesday, December 21, 2010





emosi_redup

emosi_redup1

Kelmarin, emosi saya sedikit terganggu. Mood jahat (bad mood) senang cakap. Buat kerja pun rasa sangat malas. Emosi betul – betul redup macam cuaca hari kelmarin jugakSigh
Sampaikan abang senior panggil nak tanya pasal internet connection pun dah buat muka tak senang macam pertanyaan dia tu menyusahkan and sampai kena keluar peluh kalau nak menjawab. Sorry abang seniorSad


Suhu dalam pejabat tak macam selalu. Macam sejuk gila. Sejuk sampai kebas sebelah tangan ni. Bila gerak – gerakkan tangan, sakit macam kena cucuk dengan seribu batang jarum bayangkann..Sigh


Lenguh – lenguh satu badan. Sengal sana sini especially kat bahagian lengan. Kawan saya cakap kerasukan T__T adakah?Surprise


Bukan orang yang kerasukan tu tak sedar apa berlaku eh? Pastu siap royan – royan histeria lagi, then tenaga melebihi 10kali ganda kekuatan Malik Noor Coolpastu kena ada 3 – 4 jejaka handsomeBlushingpegang kita dari bertindak ganas wahhh gitu..harus ye pakwe – pakwe bujang dan handsome saja yang boleh pegang yeSmug. Yang dah kawen sila duduk sebelahRaised Eyebrow. Gataiiiiiiiiiiiiiiii *cubit pipi*


Oke, serius balik.
Kelmarin jugak dalam sejarah selama bekerja mata ni terasa berat teramat sangat YawnDuduk kat meja Abg Ilyas pn tertidurSleepy, masuk bilik server nak check internet connection pun tertidurSleepy, tengah tengok laut pun kau boleh tidur jugak??Surprise Berdiri pulak tu!Not talking


PC213024_ngantukcerah camni kau boleh tertidur cipina?


PC213026_ngantuk1 bising – bising kat sini pun kau boleh tidur jugak? Parah.



Last – last pergi ke makmal sekejap melepaskan lelah (lah sangat). Tak tahulah berapa lama saya tertidur. Muka tak payah cakap la. Serabai gila. Lepas tu kalutla ejas mata yang bengkak ni T__T. Mata saya pesen bengkak bukan sepet mcm cina / jepun / korea tu. Bertambah bengkak lepas bangun tidur. Nak tengok muka saya fresh – fresh pagi – pagi? Pegi sini –> KLIK AJE


PA301918_matabengkak T__T
abaikan bulu mata berserabut itu=.=




Kalau ada kawan – kawan yang terbaca entri ini, saya mintak maaf la kalau mood saya tak berapa baik kmarin, ampun maaf dipinta, selamat hari raya.


Eh, tajuk kat atas tu macam takde kena mengena lansung kan? Ada sikit kot.


Sebagai manusia yang yang dilahirkan di bumi bertuah ini, bersyukurlah. Janganlah sebab benda – benda kecik pun nak merungut.
Babai.


Encik Ondscene datang jenguk blog, pastu dapat berita gembira. Wahh..

Saturday, December 18, 2010

Seronoknya bila blogger femes terjah blog kita kan?


Encik Sham Ondscene datang blogg! Suka :D

Heheh. Macam poyo je kan orang famous baru datang terjah kau dah suka melampau. Kalau korang - korang yang dah famous tu tak kisahlah kan, tapi blog saya yang cipisan ni orang famous datang blog rasa macam satu perasaan best la kan. Teruja sikit pun ada. Dah tu mula la tertanya - tanya kepada diri sendiri : 


'Eh, apesal dia masuk blog ai eh?' 
'Entri mana dia baca eh?'
 'Dari mana dia datang ke blog ai ni eh?'
 'Macam mana dia dapat address blog ai eh?'
'Berapa lama dia lepak blog ai agaknya ye?'

Banyak pulak pertanyaan kepada diri sendiri kau ni cipina =.=


Oh. Yang dapat berita gembira tu pulak, blog Encik Ondscene ni akan adakan satu peraduan dalam masa terdekat ni. Sapa - sapa yang berminat, boleh la join :D 


Tengah tunggu kak Sue Anna Joe terjah blog ni pulak :P


Oke, nak siap - siap p ofis pulak. Ada misi spesial=.=


Babai 

 

Amboi amboi cipina, profile picture baru kau lawa lah!

Thursday, December 16, 2010

Hahaha. pujian diri sendiri tak boleh belah.

Hari tu waktu Facebook tukar profile baru, ramai yang meroyan nak tukar ke profile lama balik sebab less privacy katanya.

Pastu saya pun p la usya - usya profile pic depa..peh. suma maklumat ada kat situ. Tak payah lagi dah dok klik - klik kat infolah, klik nak tengok gambaq la, tengok itu la, ini la..dengan profile baru ni, tak payah. Jimat masa. Paling sesuai untuk jejaka - jejaka menghusya aweks dan sebaliknya hahaha.

Oleh kerana takmau tergolong dalam golongan lurker bak kata kawan saya, saya menyahut cabaran hari ni dengan menukar profile facebook yang baru agagaga.

Ceh ceh..padahal nak buat something best kat facebook HAHA.

Sapa cakap tak best tukar ke profile facebook yang baru? Hanya orang yang tak mengerti je kata tak best. Erk :P

Baiklah. Apa yang bestnya?

Meh sini saya tunjukkan gambar. 


see see see best tak best tak.

First skali tengok perbuatan kreatif ni kat blog encik Obe bila dia pos kat blogserius then kat blog adik Naim cara - cara nak buat iaitu pegi ke www.PicCut.com. Senang gila.

Lepas dah buat ni, meroyan - royan la kesukaan kat facebook eksaited punya pasai kan. Ish. Korang try la jugak :D


  • Orang dah buat lama dah kau baru nak buat apa la Cipina.
  • Ini kalo orang nak buat dajal, pegi tag gamabr nasib la korang gambar tak jadi :P
  • Ahernya..entri baru..syukurrrrrrrr *tadah tangan




Thanks buat adik Naim untuk tutorial ini. Sangat best.


Nak tengok gambar lain? sila terjah belog cik Liyana Lunia a.k.a Ynn :D












Google Chrome : Facebook Photozoom yang best gila.

Tuesday, December 7, 2010

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Salam Maal Hijrah. Hari ni dah seminggu kita berada di bulan Disember dan kat archive saya masih belum menunjukkan sebarang penambahan entri dan dengan itu saya berasa sangatlah sedih maka dengan ini terhasillah entri ini yang pada awalnya macam takmau tulis tapi bila dah takde entri sangat terpaksalah jua daku poskan..sekian adanya..

Hari tu kan saya ada pos pasal FastestChrome, haa..hari ni saya nak share benda lain pulak.

Baiklah...

Entri ini khusus untuk orang - orang yang suka menghabiskan berjam - jam lamanya di Facebook membrowse album - album dan suka melihat gambar - gambar orang. Stalker akan menghargai ini hehe. Ops.

Mungkin ramai yang dah tahu ni. Tapi takpelah, saya nak kongsi jugak. Dah lama saya guna benda ni tapi hari ni baru terasa nak share. Saya pun tak ingat kat mana saya dapat tahu pasal ni. So mintak maaflah ye kalau sesiapa terasa entri saya ni hasil dari menengok entri dia.

Baik. Mari kita mulakan.

Seperti yang saya katakan di dalam kotak di atas, Facebook Photo Zoom nama diberi ye tuan - tuan dan puan - puan sekalian.

Ini pula kegunaannya. Contoh korang klik satu album kawan korang ni, pastu pulak dia punya gambar mak ai beratus - ratus keping dan mesti dalam beratus - ratus keping tu ada gambar yang korang taknak tengok kan..jadi, disinilah Facebook Photo Zoom ini memainkan peranan.

Mari lihat gambar.


Gambar bersaiz kecik dan kena klik satu - satu untuk
melihat  setiap keping gambarnya yang bersaiz sebenar kan?

Tapi..dengan adanya Facebook Photozoom ini..tanpa perlu korang susah payah..


hover saja mouse anda maka *poof* keluarlah gambar bersaiz sebenar
tanpa perlu mengklik ke gambar..

Jimat masa kan!

Cubalah!

Klik sini untuk mendapatkan : Facebook Photo Zoom

Apa yang perlu korang buat, pegi ke link tersebut, dan klik saja Install dan siap!

on atau offkan feature


Lebih banyak extension best - best di Google Chrome Extension. Terjah!

P/s - malasnya nak pegi keja esok, malasnya nak charge henpon, malasnya nak iron shawl, malasnya nak itu malasnya nak ini..hmph.



Wau, pendapatan RM300 – RM 3000 sehari?? Kepada yang baik hati kenalkan saya program ni..

Wednesday, November 24, 2010

..saya ucapkan terima kasih Happy







PB232364
dah terbukti!


PB232365
wauuuuuuu…menarik! thanks!

..but




NO THANKS


PB232366


Kalau korang guna Google Chrome pastu malas nak klik next page, saya ada sesuatu yang best untuk anda. Sangat convenient

Tuesday, November 23, 2010

As salam & a very good afternoon.

Khas untuk pengguna browser Google Chrome.

Korang pernah tak buka satu blog atau website dan kemudian terfikir;

'alangkah heavennya kalau aku dapat baca next page walaupun aku tak klik apa - apa'

Tuuuuuuuuuu..angan - angannnnnnnn..penyegan punya orang.


Tapi takpe. Jangan risau. Kerana Google Chrome telah mendevelop satu extension yang sangat best iaitu FastestChrome. Dengan FastestChrome ini korang tak payah lagi klik next atau older post untuk ke page sebelumnya kerana FastestChrome ini akan bawak korang allllll the way ke bawah (next page) tanpa perlu korang klik apa - apa dan tanpa perlu jugak korang tunggu untuk ia loading bila dah klik ke page baru. Tunggu tetap kena tunggu. Tapi dia akan load di page yang sama la..


Korang scroll ke bawah then dia akan load the next page tanpa perlu pergi ke mana – mana, macam tu jugak kalau korang nak ke next page lagi, perkara yang sama jugak korang perlu buat. So basically, korang just perlu scroll down saje. As simple as that. Kan?




Best best. Lepas ni boleh la lepak lama - lama kat blog - blog orang yang sehari update sampai berpuluh - puluh entri masa pun jimat tak payah buang masa loading lama - lama bahagia menjelma hee..


PB222300_=P
muka bahagia la kononnn

Benda alah ni adalah similar to FastestFox kat Mozilla Firefox.

Klik ke sini untuk install : FastestChrome - Browse Faster

Nanti saya padet fungsi penuh menatang FastestChrome ni yerp. Babai


Travie McCoy: Billionaire ft. Bruno Mars

Monday, November 22, 2010




Apa pendapat anda mengenai isu delete komen dekat Fan Page Facebook? adakah sebab tak dapat terima kenyataan. atau… pendapat anda? http://youtu.be/abEUwRyDHPU

Sunday, November 21, 2010

Sat nak gelak dulu..keh keh keh. Baru online hari ni selepas 5 hari bertapa dalam gua akibat internet problem kat rumah :P
Pendapat saya, orang ni jenis yang tak boleh terima kenyataan yang dia ada kekurangan tapi act macam dia tu sorang je terer kat donia ni. Itulah. Jangan gah sangat lain kali. Benda belum jadi lagi. Macam semalam waktu beregu badminton lelaki kita main kat Asian Game, yakin je orang tu cakap kita dh boleh emas. Last2? Renung - renungkannnnn..

Apa pun, kat sini saya nak ucapkan tahniah kat pemain beregu badminton kita semalam. Bersungguh - sungguh diorang main. Tapi apakandaya nasib tak menyebelahi bila kalah kepada beregu Indonesia. Nampaknya, yang lain kena struggle lagi la utk capai target nak dapat 9 emas tahun ni. 

P/s - terkejut tengok rama - rama putih muncul waktu game sedang berlansung.  

adakah anda berasa selamat ketika bersendirian?

Kadang - kadang rasa selamat. ikut keadaan la. Kalau kat rumah tade hal kot. Tapi kalau pegi travel ke kursus luar daerah ke, rasanya kena ada org teman. Takut jugak kalau jadi apa - apa kan. Kat sapa kita nak mintak tolong. Orang zaman sekarang pun tak semua yang kita boleh caya. Wallahualam..
Eh, apesal soalan ni macam seram eh?

Selamat datang ke dunia Syasya Syazwina!

Monday, November 15, 2010

Ehem..Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera semua.

Masa : awal - awal pagi sebelum mandi.

Kelihatan Dikja sudah pun bangun (dia tido depan tv sebab senang dia & Syaza nak ke toilet sebab dia preggie n Syaza pulak kalau nak terkucil, dia akan terus bangun n terkam pegi ke toilet. So, lebih selamat tidur di bawah berbanding tidur di bilik atas nak kena turun tangga lagi, silap - silap tercicir kat tangga P:)

Dari raut muka jelas terpamer sedang menahan sedikit kesakitan. Saya tanya "ang sakit ke dikja?" "sikit - sikit" jawabnya. 

Lepas bersiap - siap turun ke bawah, kelihatan Dikja sudah tiada di tempat tidur.  Dia pergi mandi. Teruskan bersiap dan bergerak ke pejabat.

Masa : dalam pukul 9 pagi nak ke pukul 10 pagi.

Rasa tak senang duduk. Call mak, mak cakap dikja ke klinik. Apa - apa hal mak akan call balik.

Call mak lagi sekali pada pukul-berapa-ntah-tak-ingat. Dikja dah disubmit ke hospital. 

oke. ai pulak yang lebih - lebih cemas kan.
Fuh fuh fuh.."dah macam nak bersalin gayenye kamu ni Cipina" kata salah sorang kawan saya kat kotak komen. Ai excited oke. Ai ni kalau excited melampau, kepala jadi pening. Terus nanti nak ilang mood sebab pening. Haih. Perangai. Burok betol.

Dalam pukul 9 berapa-berapa-belas-minit-ntah, mak call lagi dikja dah selamat melahirkan.

Syukurrrr alhamdulillahhhh..

Tengaharinya, terus pegi ke hospital melawat si baby & ibunya. 

Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar dan segala urusan dipermudahkan..lahirlah seorang bayi perempuan yang comel berkeberatan 3.1kg.

Gambar sudah selamat diupload ke facebook. Kalau rajin, jenguklah ke sini. 

Sampai sini dulu. Nanti saya sambung balik ye. Nak balik tengok si comey tu dah buka mata ke belom. Asek tido je dia :P

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright