Slider

Letak butang Like macam kat facebook kat blog!

Wednesday, April 28, 2010

Teruja saya hari ni sebab dapat belajar benda baru dari sorang pakwe yang tengah belajar kat Wellington, NZ ni. 




Button LIKE macam kat FACEBOOK! Weehuu..






Fungsi button like ni sama je dengan yang kat facebook. saya quote balik dari blog pakwe ni.


Kelebihan butang ni ialah ia akan publish di facebook anda, kalau anda like entri tersebut. Dan kawan-kawan fb lain akan teruja lah nak tengok apa yang anda like tu kan? So, traffic meningkat.

So, apa lagi..


Jom la pakat terjah ARC13 & pelekat ramai-ramai button ni kat blog!


Sebelum tu, jangan lupa klik butang tu dulu kat bawah ni :D




 

Perihal lelaki terlebih caring yang menyusahkan..#2

Tuesday, April 27, 2010

Oraittt..part 1 dah lepas..sekarang, mari kita sambung part 2 entri pasal lelaki terlebih caring.



12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.


16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH MEREKA

Setiap manusia ada membuat kesilapan. Bila berurusan dengan soal hati ni, susah sikit nak jangka apa akan jadi di masa depan. Saya dah buat yang terbaik untuk kami. Tapi banyak sangat halangan. Terlalu banyak. Hmm..Biarlah masa yang tentukan. Hanya mampu berdoa dan diiringi tawakal.

Tu je. Babai.




 

Oke oke..ini baru betul perihal lelaki terlebih caring yang menyusahkan..#1

Berita gembira, saya selamat sampai rumah tanpa mengalami kebasahan sebab tak sempat hujan tadi saya dah sampai ke rumah. Ucap tahniah kat saya cepat..

Sebelum tu, saya nak minta maaf sebab tak tukar tajuk cerita yang ni. Tak perasan maa..
Ada jugak orang mengharap isi entri pasal lelaki caring rupanya ye..teehee~

Mestilah kan. Sapa taknak dapat lelaki caring kan? Nak nak pulak yang suka tunjuk ke'caring'annya depan kawan-kawan kita. Huh, time tu kembang kuncup idung rasanya bila kawan-kawan puji "wahhh...suweetnye pakwe ko, caring gilerrrr" "Wehhh..bertuahnya kau dapat balak macam balak kauuuuuuuu" dan akan jugak kedengaran suara-suara yang berbaur kejelesan "eleh, saje je tu nak tunjuk caring depan orang..padahal kat belakang ntah naik kaki tangan" - Kerana dirimu begitu berharga tak pasal-pasal keluar iklan Loreal pulak.



Baiklah, kita teruskan dengan topik kita malam ini.


Kadang - kadang lelaki yang terlebih caring ni menyusahkan jugak kan?


Yang ni nak skip pun takpe. Saja gedik bagi panjang entri.

Orait, ini berdasarkan kisah benar yang saya kutip dari merata tempat dan diri sendiri. Tapi sebelum tu, ada kawan saya pernah quote
Dalam sesuatu hubungan, kita kena tunjuk our true colour instead of simpan perangai sebenar kita.
Lebih kurang camtu la ayatnya. Ada kawan-kawan yang bersetuju dengan statement ni. Ada jugak yang tak setuju.


Berbalik kepada statement kawan saya tu. Bagi saya, saya setuju dengan statement dia. Sebab bila kita berkawan, mesti la nak kenal hati budi dulu kan? Takkan la jumpa-jumpa je terus couple btol tak? Kalau sepanjang proses pengenalan hati budi tu asek nak cover je manjang, sampai bila kita nak discover sikap sebenar dia kan?


Si gegirl time makan mesti nak kontrol cun. Nak suap isi ayam pun payah sebab malu nak buka mulut depan si beboy. Cuba kat rumah. Habis tulang-tulang ayam kau kekah sampai licin. Yang si beboy pulak, pun tak nak kalah. First time nak g dating ni sanggup sewa/pinjam kereta kat ahli keluarga/handai taulan dan tak kurang jugak kereta ahli jiran tetangga semata-mata nak bagi impression-budget-si-pempuan-akan-keluar-ayat "woah! skyline! terbaik ah! terus masuk list jadi bofren"(-_-")


Pernah dengar tak kes rumahtangga yang ada ayat camni - "dulu sebelum kawen, dia tak pernah mcm ni..tp lepas kawen, silap sikit pun I kena pang kat muka" ujar Joyah tersedu-sedan menceritakan pengalaman perit bersama suami artisnya [motif???] yang dibina baru 3 bulan itu. Contohhhhh..


Tu la, sapa suruh tak discover warna diri si dia yg sebenar awal-awal dulu. Sampai bila nak berlakon kan? Bila dah jadi macam ni..kan dah terlambat nak patah balik mula dari A.


Orait, jom terjah!


Psst..ni saya copy sebijik dari sini ye..



Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah.


Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:


1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu utk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.


6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

Babai.


Kadang - kadang lelaki yang terlebih caring ni menyusahkan jugak kan?

Monday, April 26, 2010

Quick update yang takde gambar. Sapa baca sampai habis, saya sayang dia. Muah! [bodek]
Waktu saya tengah menaip entri ni tengah gila punya mengantuk. Tapi digagahkan jugak mata ni sebab nak taip entri ni. Saya sendiri pun tak tau kenapa tangan ni gatal sangat nak padet blog. Padahal takde idea pun nak menaip. Ikut je apa yang terlintas kat kepala..
Sekarang ni kat atas meja sebelah kiri laptop ada fail baru dibuka, saya tulis tajuk ngn pensil je dulu sebab abg Ilyas (pem. am pejabat) cuti so kena tunggu dia datang ofis baru boleh buat tajuk n letak no rujukan dengan proper [padahal boleh buat sendiri. dasar pemalas]. Dah dua hari dia cuti. Rasa sunyi la pulak dia takde. Kalo tak, ada je benda dia nak cakap. Eh, dia ke saya...(??) oke, abaikan.

Kat depan Cik Fina ada dalam 18 fail beraneka warna [lebih pada 3 kaler boleh masuk kategori beraneka la kan?] n di sebelah kanan saya ada buku catatan yg diatasnya bermaustatin seekor mouse berjenama Logitech, sebelah buku catatan ada kabel hp, xpress music 5800, seketul pendrive, card reader n seketul kamera pejabat. Pergh. Macam busy. Memang busy pun. Keja melambak. Sampai tak tahu yang mana satu nak start dulu. Last-last online FB n blogshopping+FB-shopping [salute kaum-kaum wanita yang buat bisnes dalam FB! - terima kasih sebab berjaya buat duit dalam akaun saya susut..saya terharu]

Sebenarnya saya kena taip surat jawapan kat satu jabatan kerajaan ni. Pastu kena kasi bos semak n tandatangan. Tapi bos takde la pulak kat ofis dia. Tu yang terbabas tulis belog n buat pembayaran online beli shawl+inner berharga RM27. Peh, tu pong ko nak cakap Cik Fina. Tapi kan weh, budget saya terbabas sejak sebulan lepas. Ini semua gara-gara online shopping punya pasal la ni - [nangis]

Bila dikira-kira balik, RM200++ ada kot duit saya terbabas masuk akaun orang lain. Takleh jadi, takleh jadi. Selagi masih nampak 5 6 [includekan titik perpuluhan ye] angka kat dalam akaun, selagi tu la nafsu nak membeli ni membuak-buak. Kena buang duit tu g tempat lain nampaknya. Sapa nak pinjamkan akaun dia bak sini no akaun saya nak transfer. Oke takpe. dah transfer ke BIMB Cik Fina. Terima kasih.

Kat luar hujan..abes la Cik Fina hari ni mandi kat tengah jalan raya.

Oke, berenti sekejap baca doa.
Orait, lagi 2 minit nak balik.
Nak siap-siap balik. Bos dah masuk ofis. Besok lah baru tunjuk surat jawapan tu kat bos. Harap-harap bos lupa.

Oke semua, babai.


P/s - sy taip tanpa baca balik entri ni. Tag pun tak letak. Kalau ada salah error, harap dimaafkan. Nanti saya betulkan balik.
P/s/s - Tajuk tu sebenarnya untuk entri lain. Tapi saya nak cepat ni. Dimaafkan kan kan kan??


Rahsia kerajaan jangan didedah

Saturday, April 24, 2010

Ini entri rahsia lagi sulit
Sila bergerak ke entri lain
kesian sekian..








 
Nak duit lebih? enjin carian pun boleh bagi duit..klik kat sini

Ada seorang robocop suka buru saya kat dalam mimpi

Saturday, April 17, 2010

Baca pasal cerita mimpi kat blog comicstriper tadi buat saya teringatkan satu mimpi..

Dulu waktu saya kecik2, darjah lima tak silap selalu mimpi robocop buru saya..dh la topi atas kepala takde, nampak abes wayar2 kat kepala dia. 




suasana waktu tu, chaos. kira mcm dooms day la..part paling suspen waktu dia kejar saya..jenuh saya cari tempat sembunyi kat bangunan-bangunan yang dah hancur macam kena tsunami tu..kot mana pun mesti dia jumpa..pastu, kalau dia jumpa sy, dia akan carry saya n bawak g ke satu destinasi. dia tak buat yang bukan-bukan, just carry saya mcm pakwe angkat makwe la gitu..

dia carry lebih kurang macam ni la.tapi tak seromantik ni hokay..
*bila la gamaknya dapat di'carry' sebegini rupa..romantiknyeeeee
nak bawak pegi mana ntah..dh la mimpi tu berulang2..dh mcm drama bersiri..sampai skrang, sy tak tau kemana robocop tu nak bawak saya..misteri betul..


Dulu waktu kecik-kecik jugak, sebelum tido kena pastikan letak bantal peluk kat hujung kaki..sebab takut-takut kalau ada monster tarik kaki waktu tengah tido. kiranya letak bantal peluk tu, monster takleh la tarik kaki sebab kena halang dengan bantal tu. Tak pun kalau dia tarik bantal peluk, and dia ingat dia tarik kaki saya, padahal dia tarik bantal peluk pastu, bila dia sedar dia tersilap, terus kecewa pegi cari kaki orang lain pulak untuk ditarik..haha. Macam pelik pula bila teringatkan waktu zaman kecik-kecik dulu..




**Kan dah teringat balik nostalgia dolu-dolu..hmm..apa cerita agaknya si robocop tu ye..dh dapat awek baru untuk dikejar kot..tak pun dah dok kat tapak besi buruk 


Air Liur Basi yang Berkhasiat

Thursday, April 15, 2010

Macam geli kan dengar air liur basi?

Sebelum geli-geleman, sila baca artikel yang saya ambil dari satu page kat fb, tp tak ingat dah, nanti sy jumpa, sy update link k..sori..


  • Air liur basi berkhasiat mencerna sistem tubuh manusia.
  • Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.
  • Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia..
  • Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain ye 

  • Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan.
  • Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A..W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden.
  • Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi.
  • Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur basi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi.




Mereka mintak saya tulis review pasal produk mereka..tp kenapa blog saya?

Wednesday, April 14, 2010

Kawan-kawan kesayangan, saya perlukan bantuan. 
Tadi kan, waktu saya check email kat folder spam pasal pembelian online kat gmail, saya mendapati ada dua email dari orang yang tak dikenali..erm..
Boleh bagi tahu apakah bendanya ini?
Adakah benda ni real atau scam?
Boleh sapa - sapa yang terer bagitahu?
Mereka suruh saya tulis review pasal produk mereka..tapi saya tak pasti samada ini betul atau tak. Kalau betul, kenapa saya? bukannya blog femes pun eh kenapa tiba-tiba jadi skema pulak ni?
Apa-apa pun, terima kasih in advance di atas perhatian anda semua..


email offer - dia akan bagi registration code sebagai balasan

:|

9 hari lepas punya email - yang ni pulak akan bagi
 full-time license in exchange :|

dia soh buat review pasal ni

Tolong eh?



















Nak duit lebih? enjin carian pun boleh bagi duit..klik kat sini



Test background picture :P

Tuesday, April 13, 2010












saya pun tak pasti kalau anda semua nampak apa yang saya tulis ni. 
the thing is i like this background picture so much!
test test test..




hehe~















nak duit lebih? enjin carian pun boleh bagi duit..klik kat sini

Hai sayang :)

Friday, April 9, 2010

Hai kamu..
lama tak dengar berita.
Kamu sihat kan?
Rindu kamu *peluk



i'll come back soon with update..jangan sunyi :)

Pesanan : sblm nak kutuk @ perasan, mesej ni utk blog ini hokeh..




Misteri tu dah terjawab..sungguh makan dalam

Monday, April 5, 2010


Ada satu perkara yang buat saya tertanya-tanya pasal ni especially waktu makan tengahari.


Setiap kali turun makan, saya mesti nampak mereka dua orang. Kadang-kadang salah sorang je. Tapi, tak pernah lekang dengan laptop. Apa agaknya ya yang diorang bincangkan?


Tengok dari mimik muka dan gerak tubuh mereka seolah-olah sedang berbincang tentang taktik dan strategi.


Dah beberapa bulan mereka berkelakuan macam itu..projek besar kah?


Besar mana sangat? Budak-budak tu keja kat bank je pun. Hmm..

Tiap-tiap kali turun makan je mesti nampak. Saya selalu akan port betul-betul depan mereka. Cuba cari tahu apa agaknya 'projek besar' yang mereka usahakan..sakit hati ni bila tak dapat ketahui 'projek' yang mereka rancang tu. Mestilah sakit hati, bawak laptop, dah tu, tiap-tiap hari pulak tu n yet tak tau apa yang diorang buat..Tak kisah lah ramai customer ke tak time tu, time lengang ke, Kalau korang, sakit hati ke tak?

At least, kalau dah tahu apa yang diorang bincangkan, takde lah tertanya-tanya tiap-tiap kali makan. Kadang-kadang tu bila terlalu memikirkan sangat perkara ni waktu makan, sampaikan bila saya habiskan makanan pun tak sedar. Punya asyik fikirkan perkara mistirius tu..maka, perut tak terasa kenyang sebab makan tanpa perasaan, maka 'terpaksa' membeli jajan untuk mengenyangkan perut :P - alasan

Pada satu hari tu, sesampainya saya kat kiosk tu, hoh, diorang duduk membelakangkan kaunter makanan, ada chance nak usya..skrin laptop betul-betul menghadap saya! Wuh! Cantekk..

Pergi ke posisi paling dekat, kononnya dok pilih-pilih lauk
[padahal dah order nasi ayam]
sambil pergi dekat-dekat dengan meja diorang yang masih membelakangkan saya..

Yang sorang tu bercakap penuh perasaan, yang sorang lagi mengiyakan cakap si kawan sambil mata masih melekat di skrin laptop. Khusyuk..
Saya dekatkan lagi posisi dengan table diorang..hah!
Nampak dah!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hah??!!


Ini rupanya 'projek besar' tu?
Aaaa...

Adoi T______T
Ingatkan projek apa lah Ya Allah..

Farmville je rupa-rupanya 



Teepah tertipuuuuuuu  




Update malam Sabtu

Saturday, April 3, 2010

Oke, saya bukan malas nak update entri..tapi jari tengah kiri saya mengalami kelukaan dimana lapisan epidermis terpaksa diremove dan meninggalkan lapisan dermis yang nipis dan terasa sangat ngilu apabila tersentuh benda keras..


tadi masak air, pastu jari sakit ni tersentuh penutup cerek panas tu T______T ~wuuu..sakit :'(


tak best tak best..sangat sakit hati..effect satu badan especially perasaan [eh?]..*nangis


blogwalking pun malas nak komen sebab takde mood disebabkan jari sakit n lappy wat hal lagi takleh connect internet (_ _") - yg ni nanti sy cita.


sakit hati..


bengang..


dah..


nak pegi tido..


selamat malam..









Nak duit lebih? enjin carian pun boleh bagi duit..klik kat sini
Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright