Slider

Selamat Hari Jadi ayah..eh eh silap tarikh la

Tuesday, August 10, 2010

Tabiat saya, kalau ada idea nak buat entri, saya kena taip sekarang tu jugak. Kalau simpan, nanti idea tu lari. Macam dalam keadaan sekarang, saya berada di dalam feri nak balik ke Langkawi, sedikit terhuyung – hayang feri ni dek terkena alun, tapi saya gagahkan juga menaip sebab takut nanti idea tertinggal kat dalam laut sebab dia taknak naik ke darat oke poyo. Sebab nanti dah lupa tak leh ingat dah. Lansung tak ingat.

Kembali ke tajuk berita kita kat atas ni..

Kelmarin ayah hantarkan saya pegi ke pejabat sebab nanti nak terus pegi ke seminar kat Pendang. Sewaktu dalam perjalanan, ayah suruh tengok – tengokkan hp dia untuk sebab apa saya dah tak ingat. Waktu buka hp ayah, ada 8 unread message tertera kat skrin hp ayah. Terus saya buka ingin melihat mesej apa yang dihantar..mesej pertama berbunyi “dear our valued customer..you can send free sms on your birthday..bla..bla..bla” lebih kurang la ayat dia tu.

Terus saya teringatkan hari jadi ayah. Nasib baik baca mesej tu, kalau tak mesti miss hari jadi ayah (walaupun mak yang selalu ingatkan hari jadi semua ahli keluarga termasuk menantu dan cucunya).

Waktu turun dari van, sempat saya ucapkan “Selamat hari jadi ayah” dan ayah hanya mengangguk tersenyum dan terus saya naik ke pejabat.

******

Di Pendang Lake Resort

Lepas topup, terus saya call mak bertanyakan hal Dikja. Dikja call mak pukul 4 pagi malam sebelum saya datang ke seminar. Ada sedikit masalah yang tak payah rasanya saya ceritakan kat sini. Niat telefon tu sebenarnya nak bercakap dengan adik Syabil. Macam biasa ayat dia kalau bercakap dalam talian dengan orang “Hello..Nana, watpa” dan lepas tu taknak cakap dah.

Kebetulan telefon mak terus bertanyakan hal Dikja. Lepas selesai borak, saya tanya mak “Tak keluar makan ke malam ni?

Keluar makan kenapa?

Ye lah, kan malam ni birthday ayah..

Eh, hari jadi ayah kau..eh, hari ni baru 8 haribulan..ayah kau kan 10 haribulan!

Arrrrrrrr..ye lahhhhh..ya Allah, tadi baca mesej dari celcom hari ni hari jadi ayah..” (padahal baca mesej tak abes)
Ya Allah..malunyaaaaa

Haha” mak gelak

=.=”

Malu Blushing

 

P/s – moral of the story, sila habiskan pembacaan anda sebelum buat spekulasi. nanti berkulat siku. Eh, ada kena mengenakahTongue

8 comments:

  1. ayahnya anggukkan saja. hahahaha

    ReplyDelete
  2. @2901527319360604753.0
    Q! haha..ayah nak cover kot yang saya silap tarikh..dia pun senyum blur - blur je adoiiiii..malu >.<"

    ReplyDelete
  3. ala..kire ok la awl 2 hari..

    aku pnh wish awl 2 bulan..sbb bgun2 tdo mimpi smbut befday bapak aku, trus aku wish smbil peluk bapak aku..

    hahhaa

    ReplyDelete
  4. @[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ
    haaaahahahah..ingat saya sorang jek..ada lagi sakan..hahah

    ReplyDelete
  5. Ayah hang maleh nak layan anak dara dia yang tak semenggah..

    hua hua hua..
    baca mesej tak abih..:))

    ReplyDelete
  6. takpe..janji ingat..jangan lupa terus haha

    selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  7. @Aujinz
    wawawa..tu la pasai..malu ai sorang2 :">

    ReplyDelete
  8. @Fitrihadi.com
    selamat berpuasa fitri!

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright