Slider

Terengganu dah sudah, Pendang pulak

Sunday, August 8, 2010

Terengganu dah sudah. Entri tak keluar – keluar lagi. Macam mana nak jadi blogger berhemah bermutu tinggi berkaliber berdedikasi berkomitmen dan ber ber ber yang lain kalau berperagani macaam ni. Pergi Pendang pulak.

Macam entri sebelum ni, nasib baik padet blog dalam feri, kalau tak, memang tak keluar – keluar la entri tu.

Sekarang sudah berada di dalam feri dengan Julia. Pegi seminar anjuran Majlis Daerah Pendang berkenaan Local Agenda 21. Kalau ikutkan hati bos, dia nak hantar ke empat empat orang PKA tapi yang diluluskan cuma dua je..so ikut je la.

Terkejut sekejap tiket feri ke Kuala Kedah dah jadi RM20 (ke memang sebelum ni RM20 tapi lupa diri bajet tiket tu murah)

Pegi beli tiket dengan Julia. Nasib baik beli awal – awal. Kalau tak, tak pasal – pasal terlepas feri pukul 11.30 pagi.

Ramai jugak orang hari ni. Habis bercuti mungkin.

Bagi harga tiket, untuk penduduk yang beralamatkan Langkawi di kad pengenalan hanya dikenakan RM20 berbanding RM23 bagi penduduk yang bukan beralamatkan Langkawi di kad pengenalan mereka.

Nak tau tak, dulu orang pakai trik guna kad pengenalan orang Langkawi untuk beli tiket sebab kita perlu kemukakan kad pengenalan kita kat kaunter kalau nak beli tiket harga Langkawi.

Sekarang ni, kalau seseorang penumpang tu hulur tiket warna merah (untuk penduduk Langkawi) waktu nak naik feri petugas feri akan check sekali lagi bagi memastikan pemegang tiket tu betul – betul orang Langkawi.

Pic2465
bukan tiket yang dimaksudkan

Waktu pergi Terengganu dulu, takde la pulak orang check. Sebab petugas kenal dengan ayah kot sebab ayah yang hulur tiket waktu nak masuk dalam feri.

Time dengan Julia ni, mungkin kami nampak macam orang luar kot. Nak nak pulak masing – masing punya style macam student dan saya pulak siap bawak beg kertas Hj. Ismail Group, mesti terdetik kat hati petugas feri tu, ‘budak luar ni’ >.<

Sekarang kat dalam feri penuh dengan penumpang. Waktu enjin feri dihidupkan macam tak ramai je orang. Dah penuh dah sekarang.

Err..harga tambang teksi dari Kuala Kedah ke Pendang Lake Resort berapa eh? Nak claim nanti Big Grin

 

2 comments:

  1. hahaha...a'ah tuh ler kan. camno tueee nk jd blogger tegar cam akak zie. kene gagahkan diri update tau cyg oii...hikss. sonoknyerr gi bercuti..

    akak gak yg x pnah gi bercuti kat resort² ca fina nih taw. sadis kan ..haha

    ReplyDelete
  2. @Redbloodsnow
    haha..kak zie..nasib baik la netbook ni kecik. asal ada idea je terus update. tak kisah la kat mana, tak kisah lah orang nak cakap apa. diorang tak tau takpe, dimaafkan..haha

    psst..kak zie, bercuti kat resort tu simpan untuk pegi honeymoon la..wahh..lomentik gitu hehe

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright